Tup tup dah nak dekat 2 tahun bulan Jun nanti. Cepat nye besau. Semalam baru pegi cucuk dia last. Itupun dah terlambat 2 bulan. Tak nangis tapi dia kata "atok wat..atok wat" (atuk buat) hahaha dia panggil doktor atok.
Tetiba nak jadik baby.. |
Setakat hari ni, perkembangan Irfan:
- Banyak mulut. Kadang-kadang paham, kadang-kadang bahasa german. Tapi memang agak kuat bercakap. *double pening*
- Dah pandai gaduh dengan kakak. Dulu kakak je yang buat dia. Sekarang dia pun sama naik. Asyik la terpekik terlolong. Berlawan gaduh. Fuhhh sabo sabo. Kat umah mama selalu naik hantu.
Time tak gaduh..bukak vcd lagu kanak2. Joget tak hingat dunia |
- Pandai mengadu. Silap sikit cari mama "mama, tatak wat.." Pastu nanti kakak jerit "mana ada tatak buat". Tak tau mana satu yang betul tapi rasanya kadang-kadang tu betul kakak buat. Kadang-kadang tu Irfan yang lebih drama mengadu domba.
- Logik tak kalau aku kata dia boleh baca ABC? Sebab hari-hari dengar lagu ABC. Aku percaya kalo kita bukak hari2 lagu ABC atau apa2 bacaan (quran), mesti anak kita boleh ikut dan terus ingat..terus boleh hafal. Korang mesti biasa buat jugak kan?
Kakak buat homework, dia pun nak jugak. |
- Makan semua dia bedal. Tapi tetap kurus. Keturunan <-- kata Opah dia. Keturunan Papa ye kot, keturunan Mama..tak kot ^__^
- Gigi dah penuh. Memang anak-anak ku gigi cepat penuh. Tu yang dari umo setahun dah makan macam-macam.
- Kepala angin.. hahaha. geram Mama. Kalo nak something, mesti bagi. Tak boleh tidak. Kang ape yang dia pegang semua dia baling. Eiii..
- Tido masih di bawah ketiak Mama. Kang ilang Mama, nangis la =)
- Bau masih sedap dicium... sniff sniff..emmm wanginye (walaupun kadang bau masam)
- Rotan (feather duster) tu dah banyak kali turun dari tempat gantung. Sebab kadang tak larat nak dengar gaduh. Acah-acah tunjuk, terkelip-kelip mata adik ketakutan. Kakak dah siap-siap lari. Ha tau takut...
Tu je lah yang Mama ingat setakat hari ni. Nanti kalo ada, Mama citer lagi.
No comments:
Post a Comment