So, tetiba start ayat dengan so.. hahaha.. Kira sambungan dari sebelum ni lah.
Ada 1 malam masa kat SH, kami keluar dinner. Tak tau pun nak dinner kat mana tapi redah je lah. Sebenarnye nak pegi Pasar Filipina pastu saja nak bawak budak-budak naik shuttle bus. SH punya shuttle bus RM3 pergi balik untuk sorang. Ada beberapa stop untuk korang turun dan naik semula untuk balik hotel pun stop yang sama.
Maghrib kat sana awal dan malam pun awal. So bersiap lepas maghrib baru pegi. Lihatlah si kurus dan si gemok berposing di lobi hotel.
Maaf lah kat Pasar Filipina tak amik gamba langsung. Sebab Papa sibuk shopping pearl, bukan aku yang shopping ok. Suami yang shopping pearl. Mampu? hahahaa....Aku tak minat lah pearl ni. Ada beli pun sikit-sikit untuk bawak balik sebagai souvenir bagi kat kengkawan. Dah dia sibuk shopping pearl, anak-anak pulak nak tido. Tu yang aku malas jalan malam tapi kalau tak ikut, rugi pulak. Anak-anak aku ni jenis tido awal. Stroller ada 1 je pulak. Sudahnye, kakak tido dalam stroller, Mama kena dukung adik tido.
Dah lepas shopping kat Pasar Filipina tu, perut dah lapar. Tak tau nak makan mana. Tengok kat depan Pasar Filipina tu ada pasar malam. Nama dia Pasar Malam Sinsuran. Konsep jual makanan dan ada kerusi meja untuk makan sekali. No choice, makan je lah kat situ. Nak makan seafood.
Kat KK, chicken wing adalah sangat famous.
Udang galah besar gile.
Kalau pergi tempat orang, kena lah try makanan yang takde kat tempat sendiri kan? Ni rumpai laut. Rumpai laut dia rebus je. Rasa macam sayur rebus. Cuma bila kunyah tu, dia meletup-letup dalam mulut. Hehehe..
Aku takde mood time ni. Penat dan ngantuk. Dan merajuk dengan Papa.. huhuhuhuw...
Jangan lupa singgah Pasar Malam Sinsuran kalau sampai KK. Boleh experience makanan yang belum pernah kita rasa.
Rasanya takat ni je lah citer Sabah. Nak muntah pulak rasanya. Kalau aku pun rasa nak muntah, korang ape ntah lagi. Hahahhaa....Walaupun ada lagi gamba2 yang boleh diblogkan. Adoi tengok lah mood camne nanti. Terima kasih ye kawan-kawan yang sudi baca. Really appreciate it =)
5 comments:
macam telor ikan pun ada yek rupa dia
ha'ah tapi rasa sayur biasa.. menarik jugak nak makan tu sebab meletup dlm mulut haha
ala citer la lagi eh...
best la...
tu apesal muncung 14 tu haha :D
pandang ke sana ala2 filem P. Ramlee masam-masam manis dah....
Erin,
tengok rajin nanti sambung yg last kopek punye. hahah merajuk kunun puiii
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment