Advert




28 March, 2012

Steamboat Antarabangsa @ Harbour Place

Jangan u ols ingat Harbour Place tu kat Ostolia ye. Harbour Place sekangkang kera je dari umah i. Kat Klang jew. Dekat tapi baru 1st time pegi. Kat sini ada banyak kedai and ada jugak MBO. Tapi kenapa ntah macam suam2 kuku je tak ramai orang. Kedai pun cam suram.

Saje lah nak pegi one fine day tu. Lepas balik keje, malas nak masak. Kami tingin nak makan steambot tapi nak yang dekat umah. Try kat sini. Kedai tak besar sangat.



 Kaunter aiskrim.



Ape lagi kan, nampak aiskrim mana boleh sabar.



Tak berapa varieties. Tak meriah. Kebanyakannya jenis yang kita boleh dapat kat supermarket frozen food. Yang luar biasa macam siput pelik2 tu takde.



Dapur dia pun macam kat dalam gamba ni. Nak tunggu staff dia on kan dapur ni pun makan masa. Terkial-kial. Pastu tukar banyak kali stove tu yang ketiga baru boleh guna. Kalo nak grill, letak bahan2 kat tempat yang ada aluminium foil. Nasib lah kalau melekat.. makan lah sekali dengan aluminium. Hahahha

Ada 2 pilihan sup as usual: tomyam atau plain soup. Semestilah kena pilih plain kalau ada anak2 kecik.  Kat mana ek aku penah  makan steambot, boleh pilih both soup. Periuk dia ada divider lah 2 bahagian. Kan best camtu. Nak tomyam boleh, nak sup biasa pun boleh.



Set didatangi dengan air teh limau. Harga untuk satu kepala RM23 (adult), RM12 (toddler).



Masa tengah makan tu, kat wayar stove kami tu keluar api !!  Memula bau hangit pastu nampak api percik-percik. Stove ni bebetul depan muka aku.  Aku bawak lari Irfan dulu sebab dia dok kat sebelah...pastu letupan kecik.  Aku panggil lah staff situ.  Relaks je datang macam "kejadian ini biasa berlaku"...ha gitu lah kalo nak boh caption pada reaksi muka dia. Sorry tak, ape tak... dia pegi tukar dapo lain.

Aku dah ilang selera nak makan. Bawak budak-budak turun pegi tengok air pancut kat lobby.  Papa minum air, bayar dan blah.

We'll never come again. Sorry Steamboat Antarabangsa Klang. Tak sedap dan tak friendly. Sekian, terima kasih.

Sib baik anak-anak tak apa-apa.




5 comments:

Liza Hashim said...

farah.. gi makan kt tupai2 seksyen 13 shah alam tu.. leh amik dua2 sup skali, tom yam dan plain soup..mmg ada devider kt periuk dia tu.. then buffet cuma RM28.. byk choice.. ada nasi goreng, meehun goreng, kuewteow goreng.. sup cendawan/bubur nasi tuk anak2..ice cream.. dessert.. air ada byk pilihan.. mmg puas ati la mkn..

farikh said...

ada harapan tgh makan steam boat lalu tekorban dalam kebakaran ni kak

mama-syira said...

Liza: wah best ni. tq for info! nanti boleh pegi :)

Payiet: saman juta2!

Anonymous said...

g flaming steamboat..more than 150++ varieties...best woo...

kelbros puro said...

nak tanya .macam mane nak booking awal dan kalau ada boleh tak bagi no telephone tempat tu ..