Advert




14 March, 2012

Kisah Dirang jadikan pengajaran

Sedih dengan kisah arwah Nurul Nadirah atau Dirang. Kita sebagai ibubapa kena sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kita. Arwah Dirang baru berumur 5 tahun tapi dah diberi tanggungjawab pegi ke kedai. Kenapa ye  mak dia tak boleh pergi? 5 tahun tu sebaya Syirah, kecik lagi tu. Sedangkan Syirah nak keluar pintu rumah yang masih dalam kawasan pagar pun tak bagi, inikan ke kedai. Mungkin pada sesetengah orang dah besar, dah kena buat itu ini.  Tapi kalau dah jauh ke kedai sorang-sorang..? Speechless.

Zaman kita dulu (zaman 80an) sebenarnya biasa perkara-perkara ni. Aku pun dulu biasa pergi kedai, mak tulis kat kertas..pastu naik lah basikal pegi kedai.  Tunjuk je kat makcik kedai pastu bagi duit. Tunggu lah barang-barang diambik dan duit baki.  Tapi itupun dah sekolah rendah. Bukan lah seawal 5 tahun. Lagipun, zaman dulu takde kot ramai orang jahat macam sekarang.  Bunyi agak kasar tapi itulah hakikatnya.

Orang jahat di mana-mana sekarang. Orang sakit jiwa, orang sakit hati. Kalau tak, takkan lah kat rumah sendiri pun orang boleh ceroboh masuk mencuri di siang hari? Kalau tak, macamana kindergarten pun dah tak selamat bila ada orang mengamuk? Ya Allah Kau lindungilah Malaysia dan kami semua dari segala jenis kejahatan dan merbahaya. Amin.

Aku pernah baca satu artikel dari seorang pakar agama (dah lupe). Menurut beliau, semua ni berpunca dari institusi kekeluargaan itu sendiri. Dari mana punca rezeki, punca makanan, berkat ke tidak, amalan-amalan dalam keluarga tu. Ini semua memainkan peranan penting. Sebab halalnya punca rezeki, makan makanan yang halal akan menjadi darah daging.

Kita sama-sama jadikan kisah adik Dirang menjadi pengajaran buat kita semua. Sebenarnya sejak kisah Nurin Jazlin lagi. Arwan Nurin pun pegi pasar malam sorang-sorang. Ibubapa biarlah kita mengawal dari jadi camni.  Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang beriman.



4 comments:

Liza Hashim said...

Farah.. mmg la kalau difikir2kan.. maybe ajalnya dh sampai. Cara adik Dirang mati tu penyebab jer.. tapi dlm hati ni pun terfikir benda yg sama mcm farah.. mcm mana mak dia leh benarkan anak sekecil tu pergi ke kedai seorang diri.. sedangkan Qaleesya tu saya tgh sidai baju kt luar (dlm kawasan pagar rumah) pun saya tk benarkan dia jauh dari saya.. tk benarkan dia main2 dekat dgn pagar.. takut apa2 jadi.. maklumlah, org jahat skang ni dlm rumah lagikan dia masuk.. ini kan pula luar rumah.. kita sama2 amik iktibarla dari kisah ni.. kita dah berusaha menjaga keselamatan anak kita sebaik mungkin, selebihnya tawakal pada Allah utk melindungi mereka.. moga roh Dirang dicucuri rahmat..

mama-syira said...

Betul Liza. Kita buat yang terbaik untuk anak2 kita.. dan berdoa kepada Allah swt semoga kita semua dalam lindunganNYa.

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

terima kasih krn tulis entry ni..at least boleh jugak salurkan rasa terkilan kita atas pemergian arwah adik Dirang ni...

mmg ada sesetengah ibubapa yg x berapa kisah, dan lepas tangan bila berani menyuruh anak2 kecik keluar ke kedai...tak ingat ke kisah arwah adik Nurin Jazlin dlu, mcmana keadaan dia...?? kenapalah tak jadikan pengajaran....

erin pernah terserempak dgn budak lelaki umur dlm 5 thn berlari dlm keadaan tgh nangis, nak ikut kakak ngan abg dia gi kedai. Bygkan betapa mak bapak ni... boleh percayakan anak2 kecik yg sekolah rendah utk jaga adik, pastu dorang keluar gi kedai, tinggalkan si adik sorang diri...last2 si adik merayau keluar...

Sib baik kitorang berhenti & tanya nak pegi mana kat budak kecik tu..kalau dibiarkan confirm la dah melintas jalan & boleh eksiden...

Aduhai...mak bapak di luar sana...tolonglah concern dgn keselamatan anak2...

mama-syira said...

Kalau kita prihatin dengan sekeliling, insyaAllah org akan prihatin dengan kita. Buat baik di balas baik. itu je kita pikir kan Erin?