Advert




21 May, 2012

Happy Mother's Day

Selamat hari ibu/mama/mommy/bonda/mak kepada semua yang memegang gelaran paling bertuah di dunia ni.  Betul kata orang, bila kita belum jadi mak kita tak berapa nak paham jasa dan pengorbanan seorang ibu. Bila kita jadi mak, baru kita tau dan sedih terkenangkan mak sendiri betul kan?

Ada orang kata tak boleh celebrate hari ibu. Semua hari tak boleh, hari pekerja tak boleh semua pun tak boleh, susah la hidup kot? Katanya hari ibu ni sebenarnya ada kena mengena dengan agama lain ye ke? Dari tau, baik tak payah tau. Anggaplah satu hari yang kita boleh ingat dan raikan ibu-ibu kita. Memang lah hari-hari boleh raikan tapi kiranya ada satu hari yang extra special. Tak salahkan?

Maka sempena hari ibu baru-baru ni, kami adik beradik sepakat nak bawak mak makan. Tempat makan biar mak yang pilih. Kelaka mak/opah pilih restoran dekat je dengan umah, restoran biasa je. Dia kata selalu nampak orang ramai makan kat situ. So dia nak try. Nama restoran adalah terlupa. Menunya makanan Thailand. Kami ada order Ikan Poktek tajuknya.

Mak yang diraikan.


Adik beradik, ipar ngan cucu-cucu seramai 2 ketol pun ade. Cuma menantu sorang yang selalu keja outstation tu takde. Wakil bini dia je, yang tengah taip ni. Hahahaha.. Ucu pun takde, tengah keje overtime.



Kalau takde cucu-cucu yang 2 ketol ni maka tak meriah lah majlis. Mau tak, memanjat menonggeng menyepah menjerit..memang happening!


Mereka di bawah ni single lagi..Kehkehkehe...

Mak kata ok dah try tak sedap so lain kali pegi tempat lain pulak.  Baik bos. Sorry lah gamba makanan tak sempat snap.


Happy mother's day to Opah yang menjaga kami 5 beradik. Susah payah Opah memang kami akan kenang sampai bila-bila. Especially bila arwah Abah meninggal masa kakak sulung masih kat UiTM and adik bongsu baru darjah 1.  Nak jaga, sekolah and cari makan untuk 5 anak, Opah memang hebat gile!!

No comments: