Ibu-ibu terutamanya, bila balik kerja mesti letih kan? Anak-anak pulak buat perangai padahal sebelum keluar rumah setiap hari dah berazam tak nak marah anak-anak. Tapi bila dah penat letih, memang tak boleh nak control. Yang bertambah stress tu bila semua kerja kita nak buat. Bak lipas kudung buat keje tak duduk lagi dari balik keje ni..bapaknya bukan takde tapi anak-anak nak kita jugak. Lagipun bapaknya tak membantu kan.
Ni nak share artikel Encik Zaid Mohamad, pengasas Smart Parenting. Mungkin lepas baca ni korang boleh rasa lega, ikhlas dan tak stress lagi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam menghadapi suasana kehidupan berkeluarga sehari-harian, pasangan atau anak-anak pasti akan meminta kita melakukan atau memberikan mereka pelbagai perkara atau benda. Kadangkala kita merasakan permintaan itu mungkin menjangkaui batas kemampuan kita dan jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa kepada perselisihan faham, syak wasangka dan tekanan.
Contohnya, apabila anak-anak merengek inginkan sesuatu permainan, atau pasangan kita meminta kita membersihkan rumah atau membelikan sesuatu yang sangat dia ingini. Kita merasa berat untuk menunaikannya kerana kita sendiri terperangkap dalam kesibukan hidup yang tiada kesudahan.
Jika kita memaksa diri untuk melakukannya juga, kemungkinan besar tidak timbul rasa ikhlas dalam diri kita. Ini boleh mendorong kepada perasaan marah, kecewa dan ingin mengungkit-ungkit perkara lampau. Kita juga akan mudah digoda syaitan agar melawan segala kehendak pasangan dan anak-anak kita tadi secara kasar, malah ada yang menjawab secara kurang sopan. Ini kerana si pemberi merasakan ianya tidak adil dan hanya membebani dirinya sahaja untuk memberi/melakukan apa yang dipinta tadi.
,
Tatkala ini, kedua-dua pihak akan kerugian. Hubungan yang baik akan terjejas dan kebahagiaan yang dicari akan semakin menjauh.
Strategi yang lebih baik ialah dengan menilai kembali apakah niat kita dalam menunaikan hajat mereka tadi. Adakah kerana kita terpaksa, atau kerana kita ingin menggembirakan hati mereka?
Pilih untuk melakukannya bukan kerana suami/isteri/anak-anak, tetapi kerana Allah, kerana Allah sememangnya suka kepada mereka yang suka membantu dan memberi. Bila kita berfikiran sebegini, insyaAllah kita tidak akan berasa tertekan lagi, sebaliknya berasa seronok untuk menggembirakan mereka.
Dan percayalah, pasti Allah akan membalas usaha kita dengan meletakkan kepuasan dan kegembiraan dalam diri kita pula!
Pilih untuk melakukannya bukan kerana suami/isteri/anak-anak, tetapi kerana Allah, kerana Allah sememangnya suka kepada mereka yang suka membantu dan memberi. Bila kita berfikiran sebegini, insyaAllah kita tidak akan berasa tertekan lagi, sebaliknya berasa seronok untuk menggembirakan mereka.
Dan percayalah, pasti Allah akan membalas usaha kita dengan meletakkan kepuasan dan kegembiraan dalam diri kita pula!
Artikel from http://ibubapabijak.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment