Dah masuk Mei, cepatnya! Next month Jun. Bulan yang mulia. Tetiba nak claim Jun bulan mulia sebab besday saya dan anak teruna. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.
Sedih pagi ni sebab lepas Papa hantar anak-anak sorang ke babysitter, sorang ke sekolah, dia terus pegi outstation lagi. Sobs..what to do, life goes on.
Alhamdulillah rezeki lagi pagi ni kat office...bekpes orang belanja. Walaupun hanyalah nasik lemak singgit, tapi sedapnyaaaaa dan kenyang. Nampak sangat yang bagi tu ikhlas kan? Semoga murah rezeki kawan saya yang nama dia Seri :)
Semalam dalam pada larat tak larat, terjah Sogo jap demi nak cari 'hadiah' untuk Papa. Ingatkan nak pegi hari ni lah, tapi bila Papa kata dia balik Jumaat pagi, kenalah cari semalam gak.
Dalam masa 1/2 jam ni je lah yang dapat. Congratulations Papa! Alhamdulillah finally. Rezeki anak-anak kita. Bukan tak nak share tapi sebab masih dalam kerisauan. Adakah kami bakal berjauhan lagi. Tu yang tak sanggup tu. Lain kali kita share k :)
4 comments:
naik pangkat & kena transfer ke?
Oja: lebih kurang la tu :)
Nasi Lemakkkkkkkk!!! I like
Kin, semua org pun like nasik lemak, sape tak like memang rugi hehehe
Post a Comment