Advert




30 May, 2012

Paradigm Mall - shopping mall baru.

Welcome to Paradigm Mall! Dah rupa penyambut tetamu tiga beranak ni.

Al kisah, sabtu lepas ada opening shopping mall baru ni yang terletak kat Kelana Jaya. Betul-betul opposite Giant Kelana Jaya. Aku tau yang nanti opening tu ada Faizal Tahir. Hahhaa. Baiklah mari aku bagitau awal-awal supaya korang jangan berpikiran negatip yang kata di mana ada FT, di situ ada aku. Kan kan?

Aku tau yang FT akan ada, tapi aku tak plan nak pegi sebab hari Ahad tu memang dah ada event aku nak pegi yang ada FT. Yang ni memang dah plan earlier.  So Sabtu baiklah duduk diam-diam kat umah siapkan keje umah yang patut lagipun takut lak husband marah hari-hari nak gi event FT kan.

Tak semena-mena, wah ayat baek punye. Abang aku sms, nak gi Paradigm Mall tak petang ni? Bagai pucuk dicita ulam mendatang bak kata pepatah, aku iye kan je lah. Itupun selepas call husband untuk mintak permission.  Husband pun bagi green light, aku pun siapkan lah semua keje umah, masak bagi anak makan. Ye rumahtangga tidak diabaikan ye kerana FT. Muahaha.. kena bagitau ni kang orang mengata.



Sampai-sampai dah kul 3pm, FT tengah nyanyi. Depan stage dah penuh so aku duduk belakang jelah tengok dari jauh ok la kan. Nak pusu-pusu ke depan tu agak-agaklah bukan anak muda. Bawak camera godang ok la nak amik gamba dari jauh ada zoom. Nasib baik pegi dengan abang aku and girlfriend dia.  Girlfriend abang aku ni dah ala-ala PA kalau aku pegi event FT. Memang anak-anak dia jagakan sementara aku mengambik gamba or tengah tengok FT. Dia yang offer,  Mama lagi suke. Terima kasih banyak-banyak kat Acik Sue sudi jadi babysitter ^_^



Dari pandangan atas lak.  FT tengah nyanyi lagu Bencinta. Besar jugak Paradigm Mall ni, banyak kedai. Padini besar, Brands Outlet besar, ada Charles & Keith, eh banyak la. Cuma sebut beberapa nama (yang masuk dan interested). Ngeh ngeh ngeh.

                     

FT nyanyi 4 lagu je, lepas tu banyak cakap pulak mamat ni sekarang. Suara sengau akibat selsema. Sian. Perlu kew nak cakap semua ni? Bluwek. Pastu berjumpa kawan2 yang merupakan peminat tegar FT. Mereka berempat ni aku kenal pun sebab FT. Mereka sangat tegar memberi sokongan. Semua event FT, pasti ada mereka. Aku baru jumpa mereka 2 kali, tapi dah macam kenal lama sebab mereka friendly and baik. Thanks for the friendship Fyra, Farah, Kak Rose & Anne.





Lepas FT dah abis, Syirah mintak belanja ice cream. Nak makan masih kenyang lunch, so beli kan sorang satu ice cream kat Famous Amous. Banyak sebenarnya kedai ice cream tapi tak jumpe.  Floor plan agak pening gak kat Paradigm Mall ni. Tengah jalan-jalan tetiba nampak cafe ni nama Irfan. Bila adik bukak cafe tak bagitau Mama pun? Kihkihkih..


Diakhiri dengan Mama yang kehausan nampak kedai air soya bean tapi versi baru. Soya bean yang pelbagai. Ada bubble. Sedap sangat!



 

No comments: