Advert




02 May, 2012

Outing dengan kawan2 Mama lagi.

Wah Mama korang sejak dah boleh handle Syirah ngan Irfan, kemain panjang langkah kan. Itupun dengan izin suami. Tapi paling jauh pun berani takat Shah Alam je. Lagi jauh kalu...Mama tak berani. Syirah tu ok, takut si Irfan. Dia tu kuat ngamok. Dibuatnya ngamok masa Mama tengah driving... tak ke haru biru?

Kali ni outing dengan kengkawan hostel Cempaka 2 masa kat UiTM dulu. Rindunye kat kamu semua. Paling rindu dengan memories kat situ. Aku rasa sepanjang hidup aku belajar, pengalaman paling manis ialah masa diploma kat UiTM. Masa sekolah tak manis sangat hahaha. To be exact, kenangan kat hostel Cempaka 2 ni. Kawan2 yang best, environment hostel tu yang membuatkan kita happy, kakak2 senior pun best. Dalam ertikata lain, best2 belaka.

@ Pizza Hut, SACC Mall. Nak kumpulkan batch kami ramai sangat. Yang boleh je lah dulu. Lenkali buat reunion besar-besaran.


Kami bertiga beranak. Ni aku nak bagi tips sikit lah. Cewah cam bagus je bunyiknye. Bukan apa, nak share. Korang kalo nak bawak anak2 keluar tanpa pembantu iaitu kalo suami/maid tak ikut sekali, tipsnya:

1. Tempat - PAAAAALING PENTING ni. Kena discuss ngan kengkawan tempat biarlah baby friendly, dan senang nak pegi.

2. Majlis - Korang tengok majlisnya apa. Setakat duduk makan pastu takde agenda lain takpe. Jangan lah outing meleret-leret. Bawak anak2 memang payah.

3. Kawan - Kalau dengan kawan-kawan, make sure kawan2 pun jenis dah beranak pinak. Sebab dorang boleh tolong tengokkan anak2 kita sama. Contoh kalau aku nak gi bawak Syirah toilet, Irfan boleh kawan aku tengokkan kejap. Kalau kawan single ni susah la sikit, diaorang pun takde pengalaman nak handle budak. Lain lah kawan tu tak kawen tapi biasa jaga budak. Contoh cam aku kalo keluar ngan kawan aku si Anisah tu, takyah risau. Memang dia yang bertanggungjawab jaga anak-anak aku. Kahkahkah..Sorry Anis. Lama dah tak kuar sama ni. Bila lagi? Tapi aku takpe, kawan2 mostly dah beranak pinak so saling paham memahami dan bekerjasama menjaga anak2 sendiri dan anak2 mereka.

4. Dekat ngan parking - ni penting sgt ni. Dari parking ke tempat nak pergi jangan lah jauh-jauh. Cari parking paling dekat. Senang nak masuk dan keluar. Senang nak bayar tiket parking. Kalo jauh dengan parking, kan susah nak bawak stroller ke beg bagai. Pastu bahaya nanti takut orang jahat dan sewaktu dengannya zaman skrg ni.

Tapi yang pasti, nak bawak anak2 kuar tu biarlah dorang dah besar sikit. Kecik baby sangat lagi tu dok je lah umah dendiam. Kalo suami ada, baru kuar.



Syirah tengah buat show. Alhamdulillah sejak sekolah, dia berani dah nak cakap depan orang. Selamba je naik atas kerusi nyanyi beberapa lagu nak bagi kawan2 Mama dengar. Satu pizza hut tengok n tepuk tangan. Hahhaha..


Mama sebagai coach untuk pidato peringkat tadika. Train dia berani cakap depan orang ramai, ok tak?


Bab bergamba no satu. Macam2 pose. Cakap dengan dia "Poyonye kak buat muka camni". Hahha geram nengoknye..belajar dari ucu lah ni.


Ni antara yang terapat masa kat hostel Cempaka 2. Dari kiri Nanie Murnie (budak engine), Lin (budak applied science), Aku (budak SS14), Lin Kay-E (budak engine).


Perhatikan gamba ini tapi shot ke-2. Tak tau budak baru tu dia course apa dulu. Mungkin Veterinar.  Muahahhaa...BFF aku tu sila mahapkan dia.


Irfan dalam stroller time ni. Punyalah Mama dia sebok amik gamba, rupanya tangan dia tersepit celah stroller. Sikit je lah tapi nangis. Sian Irfan. Teruk perangai Mama ko.

Really enjoyed the gathering. Mengimbas kenangan...nanti buat yg betul2 punye baru boleh bukak cerita 1001 malam yang tak akan abis.


2 comments:

Deqna said...

bagus ko masih lagi contact dengan budak2 hostel kan.. kiterang contact2 gitu jer.. tapi tak pernah lagi jumpa...

mama-syira said...

Still Derna.. yg sorang tu terus jadi cousin sbb dia kawen ngan cousin aku hehehe.. best kan dok CK.