Advert




20 July, 2012

Bulan merebut pahala.

Assalamualaikum semua.

Hari ni merupakan hari terakhir sebelum kita mula berpuasa esok.  Alhamdulillah syukur semoga dapat kita sampai pada bulan Ramadhan, seterusnya sihat & dapat beribadah dengan baik sepanjang bulan mulia ni.  Bulan Ramadhan kan pahala berganda-ganda, senang-senang untuk kumpul tapi malas jugak kita nak rebut kan?  Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik insyaAllah, semua orang pun doa yang sama.

Niat puasa, kalau terlupa.


Tahun ni plan nak training Syirah berpuasa. Walaupun umur dia 5 tahun hujung tahun, tapi tetaplah dah 5 tahun ikut kalendar. Dapat setengah hari puasa pun jadi lah. Rasanya setengah hari tu confirm dapat sebab pagi dia pegi sekolah. Kul 12.30 selalunya sampai rumah. Syirah ni bukan pemakan orangnya so takde masalah kot nak suruh puasa. Cuma dia kuat minum susu.  Tengok lah nanti nak pesan kat Opah, kalau dia tak mintak susu ke makan. Biarkan lah.  Dia dah tahu erti puasa. Dia kata "mama, nanti bulan puasa tak boleh makan ngan minum siang hari kan?". Tapi nak praktik kan tu bukan mudah ye tak?  Masalah jugak ni nak pesan kat Opah. Opah ni kan lain sikit sayangnya dengan cucu. Silap-silap Syirah ok je puasa, dia yang kesian tengok cucu suruh minum susu. Hai lah Opah... Dah besar rupanya anak aku, dah kena start puasa.  Semoga dipermudahkan semuanya dapatlah Syirah puasa.

Satu lagi masalah yang tak pernah selesai di bulan puasa ialah masalah balik awal.  Aku kan naik ketapi tanah melayu yang tak pernah improve service nya tu.  Tak tau lah cemana keadaannya nanti.  Nak masuk awal, kena hantar anak2 awal. Syirah ok lagi, bab Irfan tu aku lemah. Sebab hantar ke babysitter pepagi subuh tu. Sian sungguh la anak aku. Tapi kalau nak masuk cam biasa, balik pun cam biasa..alamatnya berbuka dalam train. I dont mind nak berbuka dalam train, berbuka kat umah pun bukan nak makan sangat. Tapi suami kan ada, itu kena fikir sama.  Mudah-mudahan ada tolak ansur boleh lah berkompromi dengan isterimu ini sampai lambat sikit. Sementara nak tunggu isteri sampai kalau dah masuk waktu berbuka tu, makan lah kurma ngan minum air dulu pastu solat maghrib. Kang isteri sampai, baru lah makan. Isteri pun maybe beli je lauk tinggal nak panaskan je. Hihi..sian isteri bekerja gini lah.  Tapi kalau weekend pastilah kena masak. 

Semoga dapat baca Al-Quran hari-hari. Niat nak khatam insyaAllah kalau dapat. Terawih kat umah je lah kan. Perempuan seeloknya sembahyang dalam rumah sahaja. Takyah la nak berbondong-bondong ke masjid/surau. Suami je pegi.

Itu lah serba sedikit plan untuk Ramadhan kali ni. Baju raya anak2 alhamdulillah dah settle. Yang lain-lain tu nanti lah (kuih raya, duit raya).

Selamat berpuasa semua. Semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadhan nanti diterima Allah swt.


No comments: