Advert




31 July, 2012

Go Green!

Terlupa betul nak buat entry ni. Ini tidak adil..tidak adil bagi Syirah. Nyanyi cam Yuna sket.

Karnival Go Green! ni anjuran Persatuan Tadika-tadika Daerah Klang. Tak wajib untuk join tapi apa salahnya experience kan Syirah dengan aktiviti-aktiviti camni.  Seawal 8 pagi hari Sabtu kami dah terpacak kat Taman Rakyat Taman Sri Andalas, Klang untuk acara ni.  Kami bertiga memakai baju hijau, sebagai warna tema karnival.



Mama pun excited nak pegi sebab dapat tengok ramai kanak-kanak comel. Masa ni teachers tengah arrangekan barisan, lepas tu mereka buat sikit performance. Tadika Syirah nyanyi lagu Burung Kakak Tua. Comel gile.

Cari Syirah?



Syirah jadi munge *_*



Dah selesai berarak, buat performance, baru dapat breakfast. Kakak suap adik nasi lemak. Syahdunye tengok gamba ni. Dah besar rupanya anak dara saya. Sobs.



Ada jugak booth-booth pameran contohnya, jenis-jenis nyamuk yang berbahaya. Macam yang mereka berdua tengah tengok ni.



By kul 11 am kami balik. Itupun acara tak abis lagi, tapi sebab dah panas. Mintak kebenaran teacher sebelum balik.  Satu acara yang menarik utk Syirah dan Irfan tambah ilmu.  Sekian, peliharalah alam sekitar kita. Hehehhee..


No comments: