Sementelah tak lama lagi nak puasa, mari kita keluarkan dulu gamba-gamba makanan sebelum terliur. Acara jalan-jalan cari makan ni pun dah lama berlalu. Baru nak upload gamba ha. Dah lama tak update blog lah katakan.
Urbano e Fresco ni restoran makanan Italy kat Publika Solaris Dutamas. Sikit2 Publika sekarang kaaann. Bukan apa, dekat ngan opis. Banyak kedai makan. Itu je sebabnya.
Ada jugak jual beraneka jenis jem. Jem yang sapu kat roti tu. Roti dan jem adalah buatan sendiri.
Sebenarnya kami pegi sini guna voucher Groupon. Beli masa offer kat Groupon dari RM50++ jadi RM19 sahaja seorang untuk 3 course meal. Air je kena beli asing.
So memula datang la garlic cheese bread ni. Sedap ya ampun. Banyak pulak tu. 3 pinggan camni dia bagi.
Kemudian, chicken wing pula menyusul. Alhamdulillah sedap jugak. 3 pinggan jugak.
Pastu gamba spegeti aglio olio lupa nak amik, rasanya waktu tu dah terlampau kenyang sampai tak larat. Nak makan pun sampai kuis-kuis nak habiskan. Kesian orang somalia kan..tak dapat camni.
Finally, dessert. Tiramisu kek. Sedap kawan-kawan. Tak nyesal beli voucher RM19 dapat makan banyak. Kalau takde voucher, mahal. Alhamdulillah.
Kalau nak pegi sebelum puasa, boleh la pegi:
Urbano e Fresco,
D2-G3-3A, Solaris Dutamas (outside Publika),
D2-G3-3A, Solaris Dutamas (outside Publika),
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment