Advert




24 July, 2012

Donat Suria

Alhamdulillah 1st puasa tahun ni jatuh pada hari Sabtu bermakna hari cuti. Boleh lah nak masak-masak ke atau ada yang dapat balik kampung berbuka dengan family. Aku pun balik kampung gak walaupun hanyalah sekangkang kera je umah Opah tu. Tapi happy dapat berbuka ramai-ramai dengan mak & adik beradik.

1st puasa aku tak masak sebab adik aku dah masak tapi dia kata dia nak ayam golek. So gi beli je lah ayam golek kat pasar ramadhan (PARAM). Cipta sejarah tahun ni ramadhan pertama dah jejak param. Tapi tak masuk sampai dalam, papa yang pegi. Ramai sgt orang, tak kuasa.

2nd day puasa kena la masak, papa dah jeling tu siap request nak makan donat. Aiyoo tak penah ok buat donat sendiri, goreng yang instant penah la. Pagi tu pegi Giant dulu saje jalan-jalan sambil beli barang dapo sikit.  Irfan dapat songkok raya, dah pakai tanak bukak. Hahaha..


Yang si Papa beli menda alah ni.  Tiba-tiba je beli, ikut dan dia nak beli dia beli. Bila lak kalanya bulan2 posa nak buat BBQ. Sebab dia memang suka makan BBQ, raya nanti boleh lah kot.


Balik dari Giant, fenatnye letih mengelolakan anak-anak, kemas barang-barang hasil belian tadi. Bagi anak-anak makan, tido..dah aman semua baru lah ke dapo kita. Nak buat donat suria ni. Hahhaa.. first time buat kena la refer resipi. Resipi aku copy dari blog Syerah Omar. Senang bangat buat donat suria ni rupanye. Korang tiru je bulat-bulat method kat sini. DONAT SURIA.

Ni rupa selepas diuli dan ditekapkan acuan donat. Tak tau nape dinamakan donat suria, aku rasa sebab dia tak sama macam donat biasa. Donat ni luar ni rangup, dalam lembut. Korang cubalah sendiri kalau nak tau. hihiihi..


After half an hour, dah jadi naik gemok camni. Terus goreng tau. Macam aku dah siap awal kul 4, takkann nak goreng kan dekat waktu berbuka baru nak goreng cadangnya. Sekali donat-donat ni dah melekat antara satu sama lain. Bila nak amik utk goreng tu dah payah n tak cantik.  Pastu goreng dgn minyak sederhana panas. Aku tak tau, pi goreng dengan minyak panas betul so jadik lah gelap-gelap donat tu. Maklom la 1st timer :P Nak amik gamba after goreng pun malu sebab buruk hahahha.. lagipun sebab nak cepat masa tu dah kul 7. Nak gi umah Opah dah berbuka. Alasan.

Korang kalau nak buat takyah awal-awal, uli tu sekejap je tunggu dia naik gebu camni terus goreng.

Dapat la 30 ketul. Testimoni dari syirah, suami, opah dan adik beradik mengatakan bahawa donat ini sedap walaupun rupanya buruk. Ok nanti nak buat lagi bagi cantik.



Alhamdulillah Ramadhan kali ni dipermudahkan setakat ni. Semoga terus sihat, anak2 pun ok..dapat lah lebih beramal ibadat. 

2 comments:

Anonymous said...

nampak macam sedap....mana pic yg dah siap goreng

mama-syira said...

Anon:

nanti kita post ye :)