Advert




30 August, 2012

Imam muda Irfan.

Budak lelaki ni kalau tanya "Irfan, esok besar nak jadik ape?". 

Dia jawab "Imam".

Tak tau mana dia belajar tapi Mama suka dengar. Mama doakan ye dik. Sebagai permulaan, Mama belikan jubah masa kita jalan2 kat SACC Mall bulan posa aritu. 

Elok pulak ada size.

Imam muda Irfan.  Amin ya rabbal alamin.



Menjelang Raya.

Tak penah-penah esok nak raya, sibuk nak pegi shopping complex. Sebab selalunya dok lintang pukang tolong mak kat dapo.  Tahun ni sampai 2 hari berturut-turut gi 'tawaf' Jusco Bukit Tinggi.

2 hari sebelum raya, gi Jusco sebab nak jumpa kawan Mama. Dia nak hantar baju raya Mama yang dia tolong tempahkan kat tailor. Sebab dia lupa bawak kat office. Tak ke haru. Sampai dah tutup semua kedai, kami masih dalam Jusco. Papa masa ni tengah beratur bayarkan barang-barang yang Mama grab. Kejam tak cakap camni? Hehehe..Ko amik barang-barang, dah la semua barang ko, bagi kat laki suruh laki beratur bayar. Pastu jenjalan ngan anak-anak kat tempat lain sampai semua kedai tutup. Ish ish ish... ape nak jadik. *geleng pale*

Dua budak ni happy sokmo.


Ni tengahari esoknya. Kira sehari sebelum raya. Papa pulak ajak gi Jusco lagi. Sebab dia nak cari kasut raya. Kami ikut je lah. Sambil tu leh shopping lagi. Kahkahkah. Tapi by kul 2 dah balik, nak tolong opah masak kat umah. Eii seram kalau tak tolong langsung, nanti opah sound. Seram ok.

Orang shopping raya, budak2 ni shopping buku.



Penat pemalas punya pasal , malam tu bukak posa kami beli Pizza Hut. Jemu pulak nak makan nasik. Lauk-lauk raya pun ada yang dah siap masak tapi tak syok nak  makan malam raya, nak makan pagi raya baru feel. Kihkihkih.   Malam raya di umah Opah (konon-konon balik kampung, padahal jarak umah sekangkang kera).  This year raya Klang dulu.



Pakcik sedara n cousin dari Sg Petani dah sampai, dorang beraya sama tahun ni.  Masa ni tengah lompat dengar pengumuman. Kakak dah paham, adik tak paham lagi. Masih blur. Hahaha..

Yeay! Esok raya!

Masa muda remaja dulu, malam raya mesti tido lambat sebab nak tengok Sampaikan Aidilfitri lah, ape2 lah rancangan malam raya. Sekarang? Ape citer raya semua tak tengok langsung.  Raya pertama? kedua? Nan hadooo..



28 August, 2012

Ihya' Ramadhan Tadika Intan Bestari

Hujung-hujung bulan puasa haritu, banyak aktiviti kat sekolah Kakak. Mungkin cikgu pun dah lemau nak ajar anak-anak. Hehe.  Gamba-gamba semua pinjam kat FB cikgu dia. Cikgu dia update live thru FB. Hehe. Kecuali gamba aktiviti malam kat bawah entry ni Mama yang captured.

Ni tengah menghafal doa-doa dan takbir raya.



Aktiviti buat biskut raya. Rajin cikgu-cikgu melayan. Petang tu sampai je umah, terus kejar "mama, mama tadi kat sekolah Iyah buat biskut raya.. sorang bawak balik 4, ni Iyah simpankan satu untuk mama, satu untuk papa" Wah terharu tak korang jadik aku? Terharu beb..



Buat kad raya ngan ketupat. Untuk decoration sekitar sekolah.



Ni aktiviti Ihya' ramadhan yang sebenar. Mama encourage lah Syirah join, walaupun dia tak pernah lagi bermalam tanpa mama. Tapi bila lagi nak bagi peluang camni kan? Tanya dia dulu nak ke? Dia nak, beg baju pun dia kemas sendiri ^_^ Tak ramai anak-anak yang join maybe sebab parents tak bagi. Bak kata cousins "malu acik Long, Iyah 5 tahun pun gi qiammulail bagai". 

Dimulakan pagi tu dengan solat sunat dhuha.  Dah tau niat ngan doa. Mama dulu 5 tahun tak tau pun ada solat dhuha. Kat umah kadang dengar lah dia nyanyi doa dhuha "ya Allah..jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah... " Hehehehhe... sedap plak lagu nya.

 


Ha time ni Mama dah sampai sekolah kakak, saje nak intai kakak buat apa. Petang after keje tu sempat singgah sebab nak hantar juadah berbuka posa. Potluck dari parents untuk sumbangan anak-anak berbuka nanti. So sambil anta makanan, sambil intai. Masa ni lepas solat Asar, sementara tunggu waktu berbuka.. dengar cikgu bercerita. Masing-masing tak bukak telekung lagi. Kalo bukak telekung pun, sentiasa bertudung je. Alahai..begitu comel sekali. Syirah nampak Mama datang, mula2 pandang pastu buat-buat tak nampak. Puas la Mama senyum kat dia, dia buat derk (mama ko yang over). Hahahaha..

Lepas anta makanan ngan intai kakak, balik umah nak bukak posa suami menunggu tu. After Isya' datang balik bawak Irfan, konon nak solat terawih sama tapi diaorang dah start. Mama lambat. Segan la pulak nak join, tengok takde pun parents datang. Hahahaa.. mama sorang je ke yang beria nak join ni? Hahaha malu jugak ni tapi buat macho je. Anak-anak sedang solat terawikh 8 rakaat, pastu witir.  Mama tengokkan aje. Lepas witir, duduk zikir lama ok. Imam tu lama betul zikirnya. Mama yang tua ni pun rasa letih, tapi tengok anak-anak tu ok je duduk lama. Amazing dorang ni boleh behave rupa-rupanya. Cuba dengan mak bapak masing2? Jangan harap...


Syahdu je tengok suasana ni.


Selesai zikir kul 10 malam, cikgu dah janji nak bagi main bunga api. Sorang 6 batang nampaknya cikgu bagi.


Pagi esoknya ada sahur, solat subuh, mandi semua. Start sekolah cam biasa tapi aktiviti nyanyi, bagi hadiah, takbir raya, salam-salam.  Balik sekolah awal. Esoknya Jumaat, dah start cuti raya. Alhamdulillah seronok aktiviti camni. Terima kasih cikgu-cikgu.

 


17 August, 2012

Ucapan Raya 2012.

Selamat Hari Raya kawan-kawan semua.

Gamba pinjam kat Instagram adik.  Popiah nestum - Opah buat, Dahlia - adik buat, Suji Marble - i buat. Thehehehe. Tu je lah kan biskut raya homemade, better than last year semua biskut 'tunjuk'.



Biskut makmur, family tradition punya biskut. WAJIB buat kerana sedara mara/kwn2 datang umah, baru kat pintu dah tanya "makmur ade?". Siap nak tapau bawak balik ok. Ni kakak yang buat.  Dia dah belajar dari Opah.


Ok hari ni, Jumaat terakhir dlm bulan Ramadhan. Huhuhu. Ramai dah cuti hari ni kan. Eksen ni tak cuti awal..sebab raya kat Klang dulu. Hehehe. Kalo balik Kedah, tentu lah dah cuti awal. Wellllllllllllllllll...

Selamat pergi dan balik ke kampung halaman masing-masing. Make sure rumah tu dah check semua yang patut dicheck.  Tinggalkan umah dengan keadaan selamat.  Kereta pun wajib service sebulan sebelum raya patutnya. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jangan happy-happy sangat.  Bila nak happy over tu, ingat kat orang susah, kat orang sakit. Sure kita insaf. Sian kan.

Ramadhan dah nak pegi.. tak pasti Ramadhan tahun depan dapat berjumpa lagi.  Itu yang sedih kan.

Hari Raya ni pada yang dah ada anak-anak, lebih untuk happykan anak-anak je.  Walaupun mereka tak puasa :P Untuk kita, kemenangan selepas sebulan berpuasa dan beribadat. Semoga ibadat kita diterima Allah swt. 

Tahun ni Syirah dah pandai nak mintak maaf, dia dah belajar kat tadika. Hari tu dia practice balik apa yang dia belajar. Tapi cikgu dia ajar Ibu & Ayah. So dia pun sebut Ibu Ayah. Berbunyik begini "Maafkan saya ibu, ampunkan saya ibu, doakan saya ibu". Masa dia cakap tu, nak menitik airmata ni ha. Belum betul2 raya ni. Huwaaa sedihnya Mama dengar Iyah cakap camtu. Dah la suara syahdu masa cakap.  Patut la Opah akan nangis setiap kali Mama salam Opah masa raya :'( Mama dah paham.

Plan raya ni nak ikut suami solat sunat Hari Raya dengan anak-anak. Teringin sangat. Tengok cane.  Kakak insyaAllah boleh behave. Adik tu tak sure.

Selamat Hari Ray Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

15 August, 2012

Di kala raya menjelang tiba..

Saya rindu arwah abah saya.

Arwah abah orang yang paling cool, tak pandai marah dan suka geletek orang.

Rindunya kat abah.

Semoga arwah abah dicucuri rahmat, berada di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan tenang di sana.

Dalam pada kita seronok nak sambut Raya ni, pasti terkenang pada yang dah tiada. Especially yang rapat dengan kita. Kawan-kawan yang baca ni, tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Abah dan semua umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.

Terima kasih.



07 August, 2012

Birthday Mama hari tu.

Kesian. Birthday bulan 6, celebrate bulan 7, update bulan 8.

Restoran Murni. Ada banyak cawangan tapi kami pegi yang paling hampir dengan umah iaitu kat USJ. Taklah hampir pun memandangkan yang lain lagi jauh. Dah lama teringin nak makan kat William. Tengok orang post gamba makanan ngan air dia, best-best.  Restoran Murni ni sama macam William. Yeay dapat akhirnya pegi di hari jadi saya ^_^



Pelbagai jenis dan warna air.


Dan juga berpuluh2 jenis makanan dalam menu sampai tak tau nak pilih.  So ini lah pilihan kami. Itupun tak snap semua gamba makanan, ini yang sempat je lah ye.

Teruk kan aku post gamba makanan bulan2 posa camni? Maafkan saya.



Yang paling kanan sekali tu namanya roti Beckham. Dalam dia sardin dan campur ada ayam. Tak sedap sangat. Sebab terlampau banyak bahan.



Tiba-tiba datang kek dari belakang. Surprise lah kononnya hahahaha.... tapi agak terkezut gak la tak sangka ada kek bagai.



Berduet tiup lilin, amboi siap tiup lilin dah tua tua ni.



Terima kasih Papa belanja makan kat sini, terima kasih bagi surprise kek.



Terima kasih semua yang join memeriahkan majlis.  Terima kasih Allah kerana bagi peluang untuk hidup merasai nikmatMu. Alhamdulillah untuk semuanya.



06 August, 2012

Resipi Buttermilk Chicken

Atas permintaan ramai (maaflah agak perasan bagus), disini saya nak sharekan resipi Buttermilk Chicken yang sedap. Especially to those yang suka makanan yang creamy, lemak2 gitu. 

Sebenarnya resipi ni pun saya copy dari myresipi.com. Kalau nak cari resipi yang sedap dan senang, aku rasa kat situ lah tempatnya. 

Bahan-bahan (untuk sekor ayam)


• 1 ekor ayam (dipotong ikut suka & dicuci bersih)


• 1 tin button mushroom (dihiris)


• 1 tin susu creamer sejat / evaporated creamer


• 1 buku butter


• Beberapa helai daun kari


• Cili padi (kalau nak pedas. dihiris & ikut suka byknya)


• Garam secukup rasa


• 2 sudu makan Susu Manis + dgn air secawan


Cara-cara


1. Mula-mula ayam diperap dengan garam secukup rasa dan sedikit halia dlm stengah jam. Lalu digoreng dgn tepung (tapi jgn overcook). Setelah siap ketepikan dulu...


2. Panaskan kuali pas2 masukkan butter tadi. Tunggu hingga cair pas2 baru masukkan susu creamer, susu manis yg dicampur air, cili padi, daun kari dan garam secukup rasa... Tunggu hingga mendidih pastu masukkan ayam yg digorang tadi... Tunggu hingga pekat barulah ditutup apinya... Sedia untuk dihidang....


3. Dah siap! So boleh lah cuba balik nanti untuk hidangan berbuka posa :)



03 August, 2012

Cotton On Kids

Last weekend hari Ahad kami bukak posa kat Setia City Mall, Setia Alam. Shopping complex baru kat Klang #abis lah Papa. Hahhaa...

Sebenarnya nak gi Charles & Keith kat situ nak tengok handbag, sekali belum bukak daa...opening soon on August.  Gile banyak kedai kat Setia City Mall ni. Mata Mama dah bersinar-sinar <-- Papa kata.

Reserve tempat kat Nandos dulu pastu jalan-jalan sambil tunggu waktu berbuka.  Sebenarnya nak citer kat sini ada Cotton On Kids u olssssss... ha mama kau dah menggila kat sini. 

Jom cuci mata!

Antara baju-baju yang berkenan.  Skirt camni Mama suka sangat, sesuai la untuk budak pempuan yang kecik.  Macam penari ballet rasanya. Yang ni sweet gile, yang gaun tu sleeveless lah, boleh pakai ngan cardigan :)




OMG! Kenapa comel sangat baju ni? Siap bagi singlet kat dalam sebab leher baju ni luas sangat. nangessssss tengok kecomelannya



Korang tak tau ke shopping baju budak ni adalah satu stress therapy yang sangat berkesan. Mak-mak mesti tau. Hahaha siap nak buat disclaimer.  Ye ye korang sure paham. Korang pun mak. Baju anak RM70 berkenan..zasss terus amik bayar. Baju sendiri RM50..uii mahalnye, takpelah lain kali lah.  Itu biasa terjadi ye kawan-kawan.

Ok sambung.  Yang ni ranggi sikit.. cantik woi cemana ni.. *mata bersinar lagi*



Ya Allah yang ni mama sangat berkenan. Cardigan ni kaler off-white ada gold dust sikit. Sesuai pakai dengan semua kaler baju. *meleh air liur*




Korang ingat orang dewasa je boleh pakai skinny jeans kalerful?  Budak-budak pun ada tau! Kaler light purple tu cantik, eh pink tu pun cantik.. oren pun...agagagaga...



Dalam banyak-banyak baju dalam kedai ni, baju gaun ni paling mama berkenan di hati tersemat di sanubari gitu. Simple tapi sebab dia lengan panjang.  Pastu rasa macam orang British pulak pakai baju camni. Sweetnyeeeeeeeeeeeeeee.... Suka yang kaler hitam nampak elegant. Pink pun ada tapi boring lah perempuan asyik2 pink.



Berita sedihnya nak bagitau, baju boys memang tak banyak pilihan. Yang ada pun tak berkenan langsung. Sian boys kan..

Mama shopping yang mana? Biarlah rahsia hihihihi. Ok lah Mama nak sambung therapy.  Anak-anak boleh tengok tv, disediakan dalam kedai Cotton On Kids ni. 




02 August, 2012

Singgah berbuka.

Gitu tajuknya. Ala-ala singgah sahur. Tapi ni singgah berbuka. Singgah di mana? Di rumah Opah je. Kihkihkih..

Weekend harus lah masak kan. Weekend bukak posa umah Opah. Tapi kena la masak something nak bawak, takkan datang lenggang kangkong terus suap je. Ape dish nak masak ek? Tapi ayam lah bahan utamanya. Yang special sikit.. mari lah menggoogle. Sekali jumpe resipi Buttermilk Chicken. Masa baca resipi pun dah terliur kahkahkah.. eh, nak buat senang bangat!

Masa berbuka tu aku rasa dulu sebelum bagi orang lain makan, sebab malu la kalo tak sedap kan. Nak rasa masa masak pun tak boleh. Masa rasa, ok cukup rasa semua. Sekali bila adik badik lain mengatakan sedap.. alhamdulillah. Lain kali bleh buat lagi.  Bila post kat fb, ramai pulak mintak resipi. Kehkehkeh.. *poyo*

Sedap uols..



Macam-macam menu dari pelbagai pelusuk dunia ada di hari kejadian. Masing-masing masak satu dish. 

Homemade sushi. Adik yang buat. Aku tak minat sushi so jeling-jeling je lah. Sebenarnya dah 3 hari berturut dorang buat sushi ni. Minat sungguh dorang makan sushi.



Abang masak spegethi alfredo. Western pulok. Bergaduh tak makanan dalam perut.


Tidak ketinggalan, menu dari pantai timur - sata dan otak-otak. Gamba dipinjam kat google sebab terlupa nak snap haritu. Menu yang tu pun homemade! Wah.. Siap bakar belakang rumah lagi.  Menu ni girlfriend abang aku yang buat.  Sedap meletop kebabom! Makan banyak gile.


Lepas makan tu terfikir, syukur Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah bagi. Kadang-kadang tak habis main buang je. Orang lain yang hidup susah, atau yang tengah bekerja keras time waktu orang lain makan beria ni.... apa dorang makan ek?