Advert




27 March, 2013

Happy Birthday, Erin.

Birthday girl diraikan secara belated akibat kesibukan masing-masing. Ecewah. Simple lunch treat kat The Loaf, Sogo.

Sepatutnya birthday lunch sekali dengan Ayu, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan Ayu tak dapat join last minit.



Menu limited kat The Loaf so ini lah yang kami makan. Alhamdulillah kenyang.




Hopefully Erin happy dengan lunch yang tak seberapa untuk birthday tahun ni. Semoga Erin dimurahkan rezeki, dirahmati Allah bersama keluarga dan selamat melahirkan baby tak lama lagi.

Sincerely from us, Farah & Ila.

Erin & Ila. Gamba tuan tanah kedaung takde sebab boring nak letak gamba sendiri.



22 March, 2013

Koleksi Doa.

Salam Jumaat barakah.

Beberapa doa bacaan harian saya yang saya kumpul dari fb untuk perkongsian kita bersama.








Sesungguhnya.


19 March, 2013

Berjumpa geng-geng PLK.

PLK tu ialah Pelajar Luar Kampus. Kami berempat ni dulu masa buat degree part time study saling memerlukan each other. Gitew. Ye lah ko ingat senang ke nak buat part time study? Balik keje terus gi class. Penat tak usah cakap, nak hadamkan ape yg lecturer ajar lagi. Kalo yang dah kawen tinggalkan suami, yang dah ada anak cam aku, tinggalkan anak. Kul 10-11 malam baru sampai umah, anak pun dah tido.  Memang rasa nak quit je tapi sebab ada kawan-kawan ni lah tekadkan usaha dan kuatkan semangat.  Kalo takde kawan-kawan ni memang rasanya dah lama quit. Huhuhu..thanks korang. Aku akan ingat kenangan2 kita bersama. Study sama2, dinner kat kantin, berbuka posa dalam kelas, study group bawak bekal di hujung minggu, gi library.. macam2 lagi.  Memang tak boleh lupa susah senang kita time tu. 

Last year kami berjumpe dalam bulan April kalo tak silap.  This year kami berjumpa lagi. Setahun sekali kami try untuk buat reunion ni, jadik lah kan pada tak jumpa langsung. Ukhuwah ni kalo boleh tak nak lah dileraikan begitu aje.  Rindu pun iye.

Chillis, Paradigm Mall.  Geng-geng perempuan only ok, kecuali Irfan hehehhehe..



Selalunya tugas-tugas mengira kita serahkan pada yang pakar - Cik Nurul Farha. Dia memang terror. Ila sebagai assistant eekekekkeke...


Anak-anak kami..



Kami... friend forever. Love u all.


13 March, 2013

Gelagat anak-anak.

Seronok gak bila browse balik entry lepas-lepas, baca cerita-cerita lama dan tengok gamba-gamba lama. Rugi kalau tak diabadikan dalam blog, kelass ayat abadi gitu hew hew heww..

Anak-anak kami pantang nampak menda alah ni. Dorang panggil 'goyang'. So papa memang rajin melabur duit untuk anak-anak naik ni. Siap-siap bawak duit syiling. Kalau pakai token, dekat RM10 lebur. Dah dapat naik,  muka masing-masing macam dapat hape entah...happy kemain.  Syirah dari kecik sampai dah nak masuk 6 tahun tak boring-boring. Adik tentu lah baru nak masuk 3 tahun merasai pengalaman ni..hahhahaha...

Ni kat Setia City Mall.



Gamba ni Ucu whatsapp. Masa mama gi toilet kot dia capture semua gamba ni.. Irfan korek idong pun ade. Alamak kantoi dik..



Syirah tengah menyorok belakang pintu bila dengar kereta Papa masuk garaj balik keje. Selalu macam ni lah. Tapi kalo Papa terus masuk umah ok lagi tak la lama tunggu. Kadang Papa tak masuk rumah terus. Siram pokok lah, borak ngan jiran sebelah la.. jadinya lama lah menyorok hahahhaa siann..



Sorang lagi buat-buat tido. Sian lama nau kelip-kelip mata terpaksala Mama panggil Papa masuk "pa, cepat lah masuk anak-anak Papa dah 'hilang' ni dalam umah, tak tau mana pegi" So papa selalunya paham la nanti buat-buat masuk umah "syirah, irfan..mana lah anak-anak papa ni". Pastu konon-konon terjumpe lah anak-anak yang 'hilang'. Nanti jerit-jerit lah sebab papa dapat jumpe hahahhahaha drama sangat!




Gamba yang last ni korang janji jangan bagitau Irfan tau nanti hahahhaha.. macam lah Irfan tau pun kan. Kot lah dah besar-besar nanti korang jumpe Irfan teringat pasal hal ni jangan malukan dia. Gelak diam-diam sudah lah.

Nak tau gamba ape? Sila tengok di bawah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nak pakai seluar sendiri tapi akhirnya termasuk dua-dua kaki dalam sebelah kaki seluar. Pastu nangis. Mama kat dapo dengar dia nangis macam terjatuh. Sekali datang tengok dah jadik camni,  dia tak sakit tap panik takleh gerak hahahhaha.. mama ko lagi lah notty gi snap gamba sekejap.

Sian Irfan hahahhaa... takpe dik, usaha tangga kejayaan!

Ok lah tu je nak share lenkali kita share lagi...byeeeeeeeee.

08 March, 2013

Kucing - haiwan kesayangan Nabi Muhammad.

Sebenarnya, aku ni bukan pencinta haiwan. Tapi dikelilingi adik-beradik, suami dan anak (Syirah) yang sangat sukakan haiwan tak kira lah kucing, arnab, ikan..(yang jinak) sampai lah ke katak, ular, harimau dan semua haiwan yang ada dalam dunia ni.  So dari kecik memang umah sentiasa ada kucing belaan, dulu kekecik sampai berbelas ekor kucing dibela sebab adik lelaki aku suka sgt kucing. Tapi aku dengan mak lah tukang halau, kadang sampai amik penyapu syoohh syooh kucing soh keluar. Kalo dah beranak pinak tu kadang aku ngan mak senyap-senyap keluar bawak kucing2 ni buang kat kedai.

Kucing kan selalu ada kat sekitar rumah atau kedai2 makan berbanding haiwan-haiwan lain, maknanya kucing ni sentiasa ada di mana-mana kita pergi.  Aku ni memang tak suka kucing bukan sebab geli atau takut tapi sebab tak suka nanti dia berak, dengan bulu-bulu dia tu rasa macam kotor lah. Kisahnya, kat umah kami dulu ada kucing tumpang beranak. Papa siap sediakan tempat beranak kat luar rumah. Dan lahirlah 3 ekor anak kucing. Knowing Mama yang tak suka kucing as usual lah main syoooh syooh je.  Allah Maha Kaya, nak bukakan pintu hati aku agaknya, satu hari aku ni kesian sungguh kat anak kucing ni (mak dia dah takde maybe mati dan tinggal sekor je yang diberi nama oleh Syirah sebagai Ciko).  Mungkin sebab pengaruh Syirah dan papa jugak yang sangat sayangkan kucing.  Syirah tu takat peluk siap cium lagi. Papa memang ada beli makanan untuk Ciko - friskies. Kira dah jadik kucing kami lah cuma aku tak bagi masuk rumah.  Budak2 nak main boleh lah mama bagi dengan syarat lepas pegang je terus basuh tangan. Satu hari friskies dah abis, siap aku yg pesan kat papa soh beli. Ini ajaib selalu kucing tu makan ke tak pun aku tak amik tau, papa lah yang bagi selalu.  Sebab aku tahu, kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah saw. Kalo kita tak bagi makan, tak kesian apetah lagi menyeksa berdosa lah kita.  Dan lagi mungkin sebab faktor naluri keibuan.

Sedangkan Rasulullah pun boleh minum bekas air yang sebelum tu kucing dah minum, maknanya kucing itu tak najis. Kalo korang nak tau lebih lanjut pegi google.  Kucing bukan haiwan najis. Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza (nama kucing Nabi) sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza. Ya Alah betapa Nabi sayangkan kucing, tapi kita? Siap tendang-tendang lagi kalo kucing datang. Berdosanya kan.

Aku pernah baca jugak yang kalau kita bela kucing, akan dimurahkan rezeki kita. Dan kucing-kucing ini akan mendoakan kesejahteraan kita! MasyaAllah.

Pasni aku tak nak kasar dengan kucing lagi. Sebab aku pasti, Ciko mendoakan kami sekeluarga. Sebab kan aku rasa tenang lah bila balik umah sekarang, dulu silap sikit marah kan sebab penat balik keje. Aku rasa lah. Mungkin ye bukan tidak. Wallahu'alam. Lagi satu, kalo kita berkasar anak-anak tengok cemana? Kalo anak kita tiru? Nak anak perangai elok tapi maknya tendang kucing.

Terima kasih Ciko, terima kasih Allah.


Camni lah setiap pagi, Ciko akan hantar sampai pagar. Aku pesan kat dia "Ciko jaga rumah ye". Balik umah dia dah tunggu kat pagar. Walaupun aku jaraaaaang pegang Ciko tapi kalo dia ngiau aku atau anak-anak akan tuangkan makanan dalam bekas dia.
 

06 March, 2013

Sukaneka Tadika Intan Bestari 2013


Dah sebulan baru update. Terlupa. Sorry Syirah.

Tahun ni, sukaneka Tadika Intan Bestari berlangsung lebih awal. Terkejut gak memula dapat surat pasal sukaneka. Aik awal tahun ni? Mungkin banyak agenda lain cikgu-cikgu nak buat selepas ni kan.

Seawal pagi dah bangun kejut Syirah, Irfan ngan Papa nya. Breakfast dulu baru boleh bersukan, nanti cemana nak ada tenaga? cemana nak menang? Amboi mama over tau.. Happy je anak aku ni nak gi sukaneka tahun ni. Maybe sebab dah besar, dah senior kata ko.  Macam last year diam je..tak berapa nak happy hahaha.. Lepas register, duduk dalam barisan dulu.



Mula-mula student 6 tahun buat persembahan senamrobik dulu. Tapi gamba lupa nak save, citer je lah. Senamrobik dengan lagu-lagu rancak, comel sangat.  Lama jugak dalam 10 minit memang berpeluh-peluh lah.

Lepas tu baru start sukaneka untuk 4 tahun, 5 tahun last sekali baru 6 tahun. Comel nye lahai anak-anak ni bersukan. Lagi-lagi yang 4 tahun ada yang menangis tapi lari jugak kelaka hahahhaha

Syirah dan kawan-kawan tengah tunggu turn nak bersukan dengan happynya.  Korang tengok je lah gamba-gamba ye. 








Mama mesti lah ada di sisi anak memberi kata-kata semangat dan jadik pom pom girl. Hahahaa..


Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Tadika Intan Bestari, Puan Sandrawati..



Ada acara untuk parents, mama join. Menang pulak tu. Hehehe.. dapat hadiah mangkuk lauk yang cantik. Rezeki rezeki...alhamdulillah.

Yang penting Syirah was having so much fun dengan kawan-kawan! Thank you cikgu-cikgu yang gigih melayan anak-anak kami.