Advert




19 October, 2012

Tour @ KPJ Klang Specialist Hospital

Pintu kedai?



Kedai apa?



Bukan kedai lah sayang. Ini lah specialist clinics kat KPJ Klang.  Konsep macam you all tengah berjalan kat shopping complex, di kiri kanan ada pintu-pintu kedai. Tapi kat sini semuanya klinik pakar.  Gynae ke, Paed ke, Orto ke, Neuro ke... best kan? Nampak kemas dan teratur.



Memandangkan KPJ Klang ni masih baru, masa open house raya yang Irfan jumpa Upin Ipin hari tu, i amik peluang la buat tour dalam hospital ni.  Hehehe ye lah nak survey kalo nak bersalin kat sini nanti ok tak? Eh! :P

Ada wad yang masih belum beroperasi, macam wad kanak-kanak. Tapi maternity ward dah beroperasi. So aku tanya nurse "so baby macamana?"  Nurse kata "buat masa ni baby duduk dengan mama dia dulu, lagipun hospital ni menggalakkan breastfeeding so baby kena sentiasa dengan mama".

Lobi pun macam hotel.  Lagipun baru kan..



Signage nombor bilik yang comel.


Lantai pun comel juge. Ada ladybird.


Seronoknya tengok bilik comel ni. Baru nak intai babies yang baru keluar 'oven' tapi ward ni kan belum beroperasi so semua babies kat mama mereka.



Wad kanak-kanak.



Amboi happynya kakak ngan adik masuk maternity wad. Tunggu lah nanti kalo nak ada adik baru, boleh lah diconsiderkan hospital ni. Kihkihkih..

"Ok dah jom turun anak-anak. Dah sudah melawat dah"

"Mama, kita kat tingkat 3, kenapa tak pegi tingkat 1, 2" kata Syirah sambil tunjuk directory kat sebelah pintu lif.

"Tingkat lain tu wad orang sakit kak, taknak lah pegi."

"Tingkat ni bukan orang sakit ke?" tak puas hati lagi si Syirah ni.

"Tingkat ni sakit jugak, Mama keluarkan Syirah ngan adik dulu sakit la. Tapi happy sebab dapat hadiah Allah bagi Syirah ngan Ipan. Paham?"

"oooooo..."

Hahaha aci tak jawab camtu? Takmo lah gi visit wad lain, menakutkan.  Wad bersalin takpe la, dapat baby kan kan?



Sebelum balik, nampak orang tulis dia pun sibuk nak tulis.



Upin Ipin peginya. Bukan cakap pasal hospital. Hahaha.



11 October, 2012

Irfan berjumpa idolanya - Upin Ipin

Terkadang benda yang tidak dirancang lebih best dari yang dirancang beria-ia. Pepatah ku hari ini. Hahahaa. Betul tak kawan-kawan semua? Kalau kita beria plan something tu berbulan-bulan tapi akhirnya tak menjadi seperti yang diinginkan tapi yang tak plan tapi 'petik' je terus berjalan dengan lancar.

Al-kisahnya terjadi bulan september yang lalu. Maafkan saya citer agak basi.  Seminggu selepas raya to be exact.  Weekend tu memang plan nak duduk rumah je.  Pagi sabtu tu lepas kerja-kerja umah dah settle, tetiba mendapat panggilan dari Opah.. "Budak2 buat pe? Ni ha Acik Intan nya ajak gi office dia ada open house, ada Upin Ipin".  Acik Intan tu adik ipar aku. Dia kerja kat KPJ Klang Specialist Hospital.  Ikutkan malas nak pegi sebab setakat nak gi makan raya tu kan tapi bila dengar ada Upin Ipin, harus ku pegi ni.  Peminat setia dia kalau jumpa ni cemana lah gayanya.

Peminat setia Upin Ipin - Irfan.  First time nampak Upin Ipin dari jauh dia dah teruja. Tapi bila nak salam takut sebenarnya tapi minat sangat ni gigil-gigil agaknya tak percaya Upin Ipin depan mata. Hahaha...kelaka tengok.

 


Upin Ipin tengah nyanyi lagu raya dengan koir KPJ Klang.



Kakak control keterujaan.  Buat-buat maintain je.. 



Mama pun nak join.  Bergamba ramai-ramai. Sapelah yang duduk dalam maskot ni kan, rasa nak tanya je "panas tak dok dalam tu?" Tapi tak jadik tanya takut kena lempang.



Lebih 5 kali sebenarnya amik gamba dengan Upin Ipin ni. Sebab Irfan sibuk nak banyak kali dekat2 ngan Upin Ipin.  Finally, Upin Ipin yang datang kat meja kami n duduk sekali sama-sama.



Sampai gini sekali gayanya. Padahal baru lepas duduk mama baru nak makan, dia nak pegi lagi kat Upin Ipin.  Penat Mama tau dik. Nak makan pun tak dapat.  Suruh pegi dengan Ucu takmo, nak Mama jugak.

Teka Irfan jerit apa?



Nak iyum Pipin!!!!  Nak iyum Pipin!!!!  (nak cium Upin Ipin).

Dia jerit sekuat hati. 


Jadik mak ni ko tahan je lah malu.. anak punya pasal.  Mama pegi lagi kat Upin Ipin tu buat kesekian kalinya, cakap "dia nak cium lah pulak".  Maka cium lah anak...



Anak-anak happy, mama pun happy ^___^.  Seronoknya dapat menunaikan impian anak-anak.

09 October, 2012

Syirah dan cerita adik baru.

Kita (suami-isteri) kalau nak tambah anak, kita berbincang sesama sendiri. Ke korang tak bincang, ada rezeki zasssss je? Hihihihi..

Tapi perasaan anak-anak yang sedia ada korang tanya tak? Aku pun tak terfikir nak tanya tapi satu malam minggu hari tu masa tengah duduk berdua tengok tv dengan Syirah. Irfan dah tido, Papa belum balik dari office (laki aku weekend pun keje). 

Maka ikuti lah perbualan kami ini:

"Mama, perut mama ni buncit lah" 

(Mama ko takyah nak sentap dah memang kenyataan)

"Haah kak, mama gemok tu yang buncit. Tapi kalo ada baby cemana? Kakak nak adik tak? " 

Diam.

"Nanti bagi Iyah pikir dulu, mama tengok lah tv nanti Iyah cakap" (sambil pegang kepala buat gaya berpikir).

"ha lamanya pikir, ok apa jawapannya?"

Syirah geleng pale.

"Iyah taknak adik? Nape?"

"Mama tgk lah tv dulu bagi Iyah pikir" (dia buat gaya tadi).

Adoi nak bagi jawapan pikir lama siap pegang kepala bagai.. beria je.

"Mama dah sudah"

"Ok apa jawapannya?"

"Tak nak adik sebab Iyah dah ada adik, kalo ada adik lagi nanti bergaduh".

Hahahaha ok lah anak.  Mama tunggu bila kakak cakap NAK ADIK.  Buat masa sekarang Iyah ngan Ipan dulu lah...    :P :P :P



08 October, 2012

Rumahku Syurgaku

Hari tu dengar ceramah Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, tajuknya Keluarga Sakinah, Mawadah dan Rahmah.

Sakinah tu maksudnya tenang/kediaman. Kalau nak elaborate lagi maksudnya keluarga yang bahagia itu rumahnya memberi ketenangan, sekurang-kurangnya 3 bilik, bersih dan saling bergotong-royong.

Mawadah - menurut Ibnu Abbas ialah cinta seseorang kepada pasangannya.

Rahmah - kasih sayang.

So kesimpulannya keluarga yang bahagia dan diredhai Allah mestilah mempunyai kediaman yang bersih dan selesa selain ahli keluarganya sentiasa berkasih sayang.

Rumah tak besar takpe ye kengkawan janji bersih dan selesa untuk anak-anak. 

Bila 5 hari sibuk keje, weekend dapat kemas dan bersihkan rumah. Baru rasa bahagia nak bersantai-santai dengan keluarga.

Rumah saya kecik je :) tapi alhamdulillah saya bahagia. Living hall tempat kami selalu melepak.  Terdapat juga hasil 'kraftangan' di dinding.  Hahaha...



04 October, 2012

02 October, 2012

Mama @ work

Jarang masuk kisah kerja dalam blog ni. Bukan apa, priority blog ni pun bukan pasal hal kerja. Hal kerja ni tak best pun.. hahaha..

Tapi nak gak selitkan sikit-sikit gamba masa duty kat event haritu. Banyak-banyak event, event ni je yang teringat nak amik gamba. Ye lah selalunya stakeholders internal je, yang kali ni stakeholders orang luar.

Malas nak taip lah, sikit2 cukup lah.


Duty kat registration counter je pun.


Tapi kadang-kadang kena lari ke media secretariat room. Sana sini sana sini selama 3 hari, mau tak sakit kaki!


Menyelit kejap. Ni hari ke-dua.



Ada sesapa perlukan speaker untuk topik Islamic finance? Sila contact... saya bersedia membantu. 

Hahahahaha...