Advert




27 May, 2009

Love Letter

Dear Mike,


I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know his result I pick is very correct, because you love she very high from
me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.


Safe walk..
Tijah

source: email

26 May, 2009

Syirah dah 1 tahun 7 bulan


Sekejap je masa berlalu. Kira dah besar lah anakku. Macam-macam yang dia dah pandai bila dah makin 'dewasa' ni. Nak re-cap sikit.

1. Follow cakap orang tu sudah semestinya. Kalo tersasul tu pun dia nak ikut. Kira dah pandai cakap lah.

2. Sangat aktif terutama memanjat meja, kerusi dan sebagainya.

3. Boleh disuruh letak baju kotor dalam bakul, ambikkan remote, sapu sampah (hahah..)

4. Sangat manja dengan semua orang (dimanjakan pun iye jugak).

5. Pandai guna telefon especially kalau Papa call, dia borak dengan Papa dia macam org bercinta.

6. Dah grad cucuk imunisasi. Yeay!! Tunggu 4 tahun lagi..

7. Paling suka attention orang, kalo org tak pay attention dengan dia..kena paksa pandang.

8. Tak suka tengok katun atau apa2 rancangan kanak-kanak. Memang tak minat tv. Tapi kalau azan, siap lari2 takut terlepas. Pastu paksa orang tadah tangan baca doa.

9. Setiap kali mama, maklong, ayah ngah dan ayah cik nak gi keje, kene bawak dia round dulu. Kalo tak, akan menangis macam kena pukul.

10. Pandai buat ayat, contoh 'papa...work', pen (plane)..nenek..abing (kambing) => aku assume maksud dia = naik plane gi umah nenek tengok kambing ... hehehhe

Dalam pada tengok Syirah dah semakin bijak ni, kerisauan di hati ada jugak especially dia ni susah sangat nak makan. Badan kecik gile tak padan dengan umur dan suara yang kuat tu. Macam-macam dah resipi aku try. Makan setakat 1-2 suap pastu diluahkan. Ikut je ke mana dia pergi, gigih nak bagi dia makan..pun tak jalan.

Masa gi cucuk dia hari tu, berkesempatan tanya kat Paed dia.. lega lah hati sikit sebab doktor kata asalkan dia sihat, cergas dan jarang sakit...takpe. Tapi bagi dia makan 5 kali sehari, sikit2 pun ok. Ye lah kan, janji Syirah sihat. Doktor kata, Syirah ni small eater. So not to worry. Mestilah risau kan, anak kecik je. Ramai orang cakap gini " tengok lah papa ngan mama dia, kecik..takkan anak tetiba nak besar". Apapun, aku tetap usaha nak bagi Syirah makan walaupun dia susah sangat nak makan.

Semoga sihat selalu Syirah!

21 May, 2009

Fireflyz

Last weekend, Papa nak balik Klang. Tapi hari Sabtu ada meeting urgent. Tapi nak balik jugak sebab dah 2 minggu tak tengok anak kesayangan beliau (mak dia bagaimana?). Pastu tidak semena-mena Khamis petang Papa suruh check tiket flight yg murah. Check AirAsia, MAS dua-dua lebey kurang je harga mahal. Pastu try la Firefly...murah sikit tetapi dekat kalo nak fetch Papa nanti. Maka, terus la beli online. Nak cepat sampai punya pasal. Sekali sekala bleh la kan..selalu sgt naik flight, tokey ikan keli pun bankrap.... muahaha..

Sabtu flight Papa sampai Subang kul 2.10pm.. kul 12.30 pm dah kuar dengan Syirah. Berdua lebih baik. Tak lama pun sampai Subang Airport.. dah la parking pun senang. Eh best pulak la kan..takyah jauh-jauh nak ke LCCT/KLIA tu ha..kat ujung dunia tu. Tapi Subang Airport sedang renovate kat bahagian luar. Masa ni tengah dukung Syirah, sebelah tangan snap gamba ni. Semangat waja betul..


Interior dalam Subang Airport very cozy, aman damai, lapang dan tak crowded. Best ahh.. Kedai pun banyak. Big Apple pun ade wohhh.. sempat la bagi Syirah lunch donat dulu sebab tunggu Papa dia nak lunch sama. Maybank ada, CIMB pun ade. Starbuck, kedai-kedai makan lain pun ade.


Syirah suka la dapat lari-lari sesuka hati. Lapang la pulak kan. Suara dia je dengar kuat. Kejap sana kejap sini. Happy betul dia. Masa on the way dalam keta dah bagitau dia "kita nak amik Papa. Papa naik plane macam Syirah naik dengan Mama hari tu masa balik kampung, faham tak." Pastu dia dengar beria-ia je then angguk cakap "hammmm". ok good girl.

Dia dah faham cakap orang, so dia tau Papa dia nak balik..tak senang duduk


Bila Papa nak sampai ni?

Mama, lama lagi ke Papa nak sampai?
Lepas dapat jumpa Papa dia peluk-peluk cium tanpa mempedulikan Mama, dia nangis kerana tidak mendapat makan ais batu. Hehehhe ini budak memang tau..i love u.



19 May, 2009

Mulut macam bertih

Maira Nur Insyiraah ni kan mulut bukan main sekarang. Ada je benda dia nak cakap. Nak mengata lelebih tak boleh sebab mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Muahahha. Tapi yang peliknya bila dalam rumah je mulut bising, dalam erti kata lain, bila dengan orang-orang yang dia hari-hari tengok. Tapi kalau kat luar rumah, even dengan jiran sebelah pun dia takkan bercakap. Terus berdiri jadi patung. Hahahha...lawak tol Syirah pandai berlakon.

Posing pun pandai.. sedang menggayakan cermin mata rekaan terbaru. tidak ketinggalan gaya senyum terbaru

Sekarang kena carefull bila nak bercakap bila ada Syirah, sebab sekeliling dia masing-masing orang dewasa so bila bercakap tu kadang-kadang terlepas apa yg tidak sepatutnya. Minah ni cepat je dengar walhal masa tu dia tengah main tak concentrate ape yg orang cakap pun, dia boleh ikut. Contoh kes weekend hari tu, mak long Syirah panggil aku.. "dina, na.. na" terus dengan pantas Syirah pun ikut "na, na...oo na, na nak kokom (dukung)".... hahahhaha tapi aku ngan akak aku tak ketawa takut dia ingat lawak pulak. Kitaorang lari dalam bilik terburai gelak..hahahhahhahah..

Syirah bangga menggayakan spek hitam terbaru sambil dijeling Mama

Kesimpulannya, segala perkataan dan perbuatan hendaklah dijaga bila ada anak dalam lingkungan umur setahun lebih macam ni sebab mereka sangat mudah dan cepat ikut. Absorb macam span.
hehehehe....

16 May, 2009

Rezeki lagi

Alhamdulillah lagi sekali. Sehari lepas dapat duit, hari Jumaat yang mulia semalam.. rezeki berlipat ganda. Kali ni rezeki makan...sampai 2 kali makan tengahari. Fuhh nak meletop perut tapi ape pun syukur padaNya.

Kul 12pm, kat ofis ada jamuan kesyukuran bersempena bos ku sudah kembali bekerja seperti biasa setelah MC 2 bulan akibat kemalangan jalanraya. Alhamdulillah bos dah sihat cuma sebelah kaki tu macam tak berapa 'sihat' lagi.

Tengok lah menu nya, bisa membuat air liur meleleh, antaranya seperti di bawah...




Dessert pun dah sampai bermacam-macam, tak tau nak makan mane satu wehh.. dengan sago gula melaka, caramel, kek 2 jenis... tu buah-buahan lagi.. ni yang buat aku tamak ni. hahaha.. syuh syuh ni semua syaiton ni.


Ni ahli jemaah yang hadir.. bab makan mana bleh tak hadir...muahahhaha...eh mummysya pun ade.. jemput makan.




Lepas aku makan laju-laju kat jamuan kesyukuran tu. Aku dah ada date lain yang menanti. Cewah cam ye ye je. Actually date ni dah plan lama takleh nak postponed lagi. Pertama, sebab birthday Anis. Kedua, sebab ibu merandung tingin nak makan kat Secret Recipe. So mari kita makan lagi sekali...[ye, aku kuat makan. mengaku sambil tunduk].

Ni ibu merandung, Puan Ila Si White Tulip posing bersama-sama ibu-belum-nak-merandung sedang menunggu makanan tibe. Aku time ni dah kenyang sebab makan kat ofis dulu.. hahahha tapi nak makan lagi, itu mesti.

Bagi meraikan birthday our friend, Cik Anis ni yang ke....? Teka lah sendiri. Sepatutnya Ayu si Orked Purple pun ade. Malangnya dia terpaksa cuti sebab anak dia sakit mata. Korum tak cukup, sorry eh Ayu..we ols proceed dulu.
Aku makan ni je... tapi tak abis. Sebab tamak kan..padan muke.

15 May, 2009

Duit lama RM50



Semalam Allah kurniakan rezeki kepada aku..alhamdulillah. Syukur nikmat.

Dengan rasa gumbira aku nak ke Sogo untuk 'melabur' kat sana. Ape nak beli ek? lalallaa....dalam list barang yang nak dibeli lebih banyak dari duit yang dapat. Camno tu? Ish ishish.....

Korang jangan jeles, aku tau korang pun dapat. alahhhh.....




13 May, 2009

Lancome Oscillation Mascara

Kelmarin masa on the way ke Bank Islam, aku ternampak satu bas hitam park depan EPF. Bas ni open and dalam dia ada orang sedang mekap. Aku yang busy body ni pun bersama kawan, telah pegi approach. Rupa-rupanya Lancome sedang buat promosi maskara baru yang diberi nama Osciallation Mascara.

Bila budak-budak Lancome tu suruh try, aku dengan kawan pun naiklah atas bas tu dan telah dipakaikan mascara tersebut. Yang menarik, mascara tu ada vibration. Bila guna, ko kena tekan button dia pastu dia vibrate so takyah lah tonyoh2 sangat. Untuk lebih lanjut berkenaan vibration mascara ni, sila baca petikan di bawah yang diambil dari sini.


Product Benefits:

Revolution: Vibrating power for ultimate lash transformation.Extends. Separates. Never seen before.The 1st auto-vibrating mascara by LancĂ´me: 7000 oscillations per minute.
1. The polymer-based vibrating brush has been specially designed to work in synergy with the texture of the PowerMascara for optimal eyelash results.
2. A miniaturized motor (3cm) with a removable and recyclable battery allows for a guaranteed vibrating brush, even up to the last application.

3. Simply press the button for an effortless and controlled lashby- lash application, for beautiful results with no clumping.

Expertise:

1. Its micro-oscillating action allows every single lash, even the shortest and hardest-to-reach, to be coated evenly.

2. The easy-to-use mascara brush ensures a controlled application so each lash is perfectly defined with no clumping.

3. This revolutionary PowerMascara lengthens, lifts and separates for virtually multiplied eyelashes.


Hasilnya di mataku, cam tak berubah je..ke sebab aku memang takde bulu mata? hahahhaha..



Kalau anda semua nak beli, sila pergi ke kaunter-kaunter kosmetik yang berhampiran. Harganya ialah RM120 sebatang.

Aku tak beli pun mascara tu tapi bila dapat barang free, aku happy. Jadi lah kan..leh buat make over pastu amik gambo. yahooooo [sekali sekala nak perasan cun]


11 May, 2009

To all lovely ladies..

Mak,
Selamat Hari Ibu. Jasa mak memang tak dapat dibalas dengan apa2 sekalipun. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu. Sesungguhnya Dina akan cuba membahagiakan mak walaupun selalu melawan dan lain-lain. Sayang mak.



Perasaan menjadi ibu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang merasainya dapat menjelaskan maksud perasaan tersebut. Saat mengandungkan, berpantang sehingga membesarkan anak amat bermakna.

Bila jadi mama, baru tahu erti tanggungjawab bila sanggup bersengkang mata, tak tido lena menjaga Syirah. Tak kisah asalkan Syirah sihat. Bila jadi mama, baru tahu rasa risau bila Syirah demam, sakit dan jatuh. Bila jadi mama, baru tahu erti bangga bila perkataan pertama Syirah ialah "Mama". Bila jadi mama, rupa-rupanya teruja bila Syirah pandai berjalan, berlari, membebel, memeluk, mencium...dan semua2. Semoga mamasyira dapat menjadi Mama yang terbaik untuk anak-anaknya.

Happy Mother's Day to all my friend!

07 May, 2009

Barang Lama/Antik/Evergreen

Ni entry husband yang request. Masa amik gamba-gamba ni siap cakap "nanti masukkan lah dalam blog ayg ye..". Aku tak berapa minat tapi kata isteri mithali, aku bagi lah kata-kata semangat seperti 'cantiknye, eii best lah' (contoh). Ikhlas lah yang penting. Tapi kalo sekali sekala layan best gak...

Oklah ni khas untuk tatapan Papa dan peminat barang-barang antik.

Dalam banyak-banyak koleksi ni kan Pa, mama paling suka iron ngan penimbang ni. Rasa macam dekat di hati.. hihihih..




05 May, 2009

Mama..pen (plane), kata Syirah

Aku tak sempat nak update blog. Tapi kalo ada orang 'mengidam' nak baca tu...aku masukkan gamba je lah dulu.

1 Mei, me and my buddy Syirah balik kampung! Woohoo! Pagi subuh sapie dah keluar umah. Syirah bangun kul 5 pagi sama time dengan Mama dia. Lepas mandi siap2, terus berangkat ke KLIA. Ayah Ngah Syirah yang tolong anta. Beria betul budak Syirah ni tau je nak gi jalan. Tapi on the way ke KLIA dia sempat tido sebab time tu baru kul 6 lebih. Flight kami kul 7.35 am. Matahari baru nak terbit tu ha..


Actually dah terlambat nak keluar tu. Sampai2 je dah announce flight to Penang will be depart soon. Gelabah gaban aku time tu. Sib baik sorang staff MAS ni terus check-in kan aku. Dia tanya "akak berdua je ke?". Bila aku cakap ye, terus dia suruh aku check-in kat kaunter tanpa beratur. Good customer service.

Dah la nak berlari ke Gate 10, yang paling ujung sekali. Giler betul la. Dengan dukung Syirah lagi. Rasa nak patah tangan. Peluh2 aku lari rupanya orang pun tak masuk lagi. Ceh buat suspen je. Elok je sampai kat Gate 10, dia bagi masuk.
Tapi dalam gelabah tu sempat gak snap gambo nak menggambarkan betapa teruja nya kami 2 beranak balik kampung di waktu hening pagi untuk bertemu keluarga di Kedah yang tercinta. Muuahahhaa....
Dalam flight tak ramai orang, kosong je. Nak lari-lari pun boleh :P. Syirah dok dediam je, kusyuk makan kacang. Flight depart on time, sampai pun on time. Best.

Syirah bila nampak Papa dia dari jauh dah berlari nak kejar. Ala-ala macam jejak kasih pulak. Orang tengok senyum suwit-suwit gitu..ala-ala syahdu campur gembira kot. Hahhaa. On the way tu merengek (Mama) ajak Papa breakfast. Mau tak lapar..kul 5 dah bangun, sampai kul 8.20, mesti la nak makan. Gi Old Town jap.. pastu ada orang tu pi order karipap 2 basket padahal nak order telur setengah masak 2 bijik. Sah mengigau. Gelakkan Papa...ahahhaha...sape nak makan karipap sampai 2 basket??

Alhamdulillah selamat sampai di kampung disambut nenek ngan tok wan. Last, muka budak happy...