Last weekend, Papa nak balik Klang. Tapi hari Sabtu ada meeting urgent. Tapi nak balik jugak sebab dah 2 minggu tak tengok anak kesayangan beliau (mak dia bagaimana?). Pastu tidak semena-mena Khamis petang Papa suruh check tiket flight yg murah. Check AirAsia, MAS dua-dua lebey kurang je harga mahal. Pastu try la Firefly...murah sikit tetapi dekat kalo nak fetch Papa nanti. Maka, terus la beli online. Nak cepat sampai punya pasal. Sekali sekala bleh la kan..selalu sgt naik flight, tokey ikan keli pun bankrap.... muahaha..
Sabtu flight Papa sampai Subang kul 2.10pm.. kul 12.30 pm dah kuar dengan Syirah. Berdua lebih baik. Tak lama pun sampai Subang Airport.. dah la parking pun senang. Eh best pulak la kan..takyah jauh-jauh nak ke LCCT/KLIA tu ha..kat ujung dunia tu. Tapi Subang Airport sedang renovate kat bahagian luar. Masa ni tengah dukung Syirah, sebelah tangan snap gamba ni. Semangat waja betul..

Interior dalam Subang Airport very cozy, aman damai, lapang dan tak crowded. Best ahh.. Kedai pun banyak. Big Apple pun ade wohhh.. sempat la bagi Syirah lunch donat dulu sebab tunggu Papa dia nak lunch sama. Maybank ada, CIMB pun ade. Starbuck, kedai-kedai makan lain pun ade.
Syirah suka la dapat lari-lari sesuka hati. Lapang la pulak kan. Suara dia je dengar kuat. Kejap sana kejap sini. Happy betul dia. Masa on the way dalam keta dah bagitau dia "kita nak amik Papa. Papa naik plane macam Syirah naik dengan Mama hari tu masa balik kampung, faham tak." Pastu dia dengar beria-ia je then angguk cakap "hammmm". ok good girl.
Dia dah faham cakap orang, so dia tau Papa dia nak balik..tak senang duduk
Bila Papa nak sampai ni?
Mama, lama lagi ke Papa nak sampai?
Lepas dapat jumpa Papa dia peluk-peluk cium tanpa mempedulikan Mama, dia nangis kerana tidak mendapat makan ais batu. Hehehhe ini budak memang tau..i love u.
Lepas dapat jumpa Papa dia peluk-peluk cium tanpa mempedulikan Mama, dia nangis kerana tidak mendapat makan ais batu. Hehehhe ini budak memang tau..i love u.
3 comments:
flight firely mcm mana? besar ke kecik? dia pakai foker ke???
-mama emma-
Syira jer yang happy ker???
Mama tak happy ker???
emma,
itu jugaklah soklam yg saya tanya kat husband sebab in future senang nak naik kan. dia kata ok je, macam airasia cuma dlm kecik sket.
syikin,
mama double happy? boleh??? muahahha
Post a Comment