Advert




26 May, 2009

Syirah dah 1 tahun 7 bulan


Sekejap je masa berlalu. Kira dah besar lah anakku. Macam-macam yang dia dah pandai bila dah makin 'dewasa' ni. Nak re-cap sikit.

1. Follow cakap orang tu sudah semestinya. Kalo tersasul tu pun dia nak ikut. Kira dah pandai cakap lah.

2. Sangat aktif terutama memanjat meja, kerusi dan sebagainya.

3. Boleh disuruh letak baju kotor dalam bakul, ambikkan remote, sapu sampah (hahah..)

4. Sangat manja dengan semua orang (dimanjakan pun iye jugak).

5. Pandai guna telefon especially kalau Papa call, dia borak dengan Papa dia macam org bercinta.

6. Dah grad cucuk imunisasi. Yeay!! Tunggu 4 tahun lagi..

7. Paling suka attention orang, kalo org tak pay attention dengan dia..kena paksa pandang.

8. Tak suka tengok katun atau apa2 rancangan kanak-kanak. Memang tak minat tv. Tapi kalau azan, siap lari2 takut terlepas. Pastu paksa orang tadah tangan baca doa.

9. Setiap kali mama, maklong, ayah ngah dan ayah cik nak gi keje, kene bawak dia round dulu. Kalo tak, akan menangis macam kena pukul.

10. Pandai buat ayat, contoh 'papa...work', pen (plane)..nenek..abing (kambing) => aku assume maksud dia = naik plane gi umah nenek tengok kambing ... hehehhe

Dalam pada tengok Syirah dah semakin bijak ni, kerisauan di hati ada jugak especially dia ni susah sangat nak makan. Badan kecik gile tak padan dengan umur dan suara yang kuat tu. Macam-macam dah resipi aku try. Makan setakat 1-2 suap pastu diluahkan. Ikut je ke mana dia pergi, gigih nak bagi dia makan..pun tak jalan.

Masa gi cucuk dia hari tu, berkesempatan tanya kat Paed dia.. lega lah hati sikit sebab doktor kata asalkan dia sihat, cergas dan jarang sakit...takpe. Tapi bagi dia makan 5 kali sehari, sikit2 pun ok. Ye lah kan, janji Syirah sihat. Doktor kata, Syirah ni small eater. So not to worry. Mestilah risau kan, anak kecik je. Ramai orang cakap gini " tengok lah papa ngan mama dia, kecik..takkan anak tetiba nak besar". Apapun, aku tetap usaha nak bagi Syirah makan walaupun dia susah sangat nak makan.

Semoga sihat selalu Syirah!

4 comments:

Emma said...

same here... la nie dok ligat mcari article yg leh kasi hati i nie tenteram...

hehe..

-mama emma-

mama-syira said...

Ryan pun takmo makan ke? risau ek.. kalo jumpa article tu jangan lupa share ;)

mummysya said...

dah besar kan....

Sekejap jer rasa.... Cepat betul masa berlalu kan farah....

mama-syira said...

ye mummysya. kalo anak tgh tido tu, tenung muka dia sambil usap kepala dia 'alahai dah besar dah anak aku'..cam syahdu je...