Advert




26 November, 2010

Fireflyz pun ok

Hari ni hari Jumaat, masih berada di Kedah sejak hari Selasa malam. Pak Ngah Syirah & Irfan kawen, so Mama kena cuti lah. Seminggu terussss.

Hari Selasa petang flight pukul 6.25, naik Fireflyz kat Subang. Memang pilih Fireflyz sebab dekat dengan umah. First time ni naik Fireflyz. Kan best kalau Airasia ke MAS pun ada kat Subang, takyah nak gi ke Sepang sana. Jauuhhh..

Not bad Fireflyz, sama je macam MAS..kata adik beradik kan. Cuma seat dia agak sempit. Pastu seatnya dua-dua. Alah nak ke Penang je pun baru nak duduk dah sampai kan. Tapi kalo ada baby macam aku ni ha, rasa bercinta nak sampai Penang yang 45 minit tu. Si Irfan buat perangai pulak takmo duduk pastu nangis. Bagi nenen taknak, dah nak landing baru nak nenen tertido. Aiyoo budak ni kan..

Irfan nak tengok semua benda, tu yang takmo tido. Stewardess lalu lalang je cakap 'hai', lalu lagi cubit pipi, lalu lagi sorang 'comelnya', lalu lagi siap cangkung cakap 'nak pegi mana?'... mana budak ni nak tido. Tapi oklah stewardess dia helpful tak macam Airasia yang sombong. Pastu ada gak dapat kacang, muffin ngan air epal. Airasia kena beli sendiri.

Nasib baik seat sebelah Mama takde orang, so taklah ganggu orang sebelah dengan 'kesibukan' aku melayan Irfan. Memang sibuk sungguh sampai terjatuh-jatuh barang.


Papa dok dengan kakak berdua-duaan. Kakak as usual dok sebelah tingkap. As usual katanya, hahhaa..ye lah dia ni dari sejak dalam perut bape kali dah naik flight. Untung je budak zaman sekarang. Tengok muka, sket punya relaks. Sampai dah tau nak dapat kacang, siap-siap bukak tray kat depan. "nak kacang, nak kacang". Suara dia je yang dengar dalam flight tu. Sib baik mintak kacang, kalo mintak pizza hut ke nasik goreng ke....mana mau cekau.

Alhamdulillah sampai Penang 1 jam tepat. Landing cantik...malam pun cantik. Terus menuju ke Baling, Kedah.


Kesimpulannya, naik Fireflyz best. Service pun ok. Saya mesti pilih!

25 November, 2010

Selamat Bertunang Firdaus & Intan Sharinaz

Tahun depan nampaknya ada kenduri besar lah. Adik lelaki sudah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, yang berasal dari Segamat. Mujur lah bertunang buat kat Shah Alam je. Hehe leh aku menyebok. Maklum la ada anak kecik nak jalan jauh ni pikir banyak kali.

Cincin berlian tu cincin tunang. Halus camtu pun dah 1k++ ek, mahal betul harga emas sekarang. Cincin belah rotan adalah cincin merisik.


Sireh junjung tempah kat florist. Jangan tak caya, India yang buat. Cantik kan.


Cupcakes ditempah dari Anisse Cupcakes, Shah Alam. Nice doing business with her. Simple and fast. Aku nak sponsor cupcakes, so aku google jumpa Anisse Cupcakes ni. Cantik-cantik, geram tengok.


Hantaran-hantaran lain seperti perfume, telekung, baju nikah, fruit tart. Ada yang takde gamba kat sini, lupa nak amik ke ape ntah. Semua hantaran digubah oleh butik pengantin dekat ngan umah. Kami semua tangan keras tak pandai nak gubah. So kena la tempah. Sedih...

Lapik dulang kaler off-white tu aku ngan akak gi beli kat Semua House. Cari punya cari jumpa lah yang berkenan. Beli 13 helai terus. Ni untuk dipakai oleh keturunan-keturunan yang lain. Tu pasal beli kaler off-white senang nak match.


Sesi perbincangan di antara dua pihak. Sebelah kami diwakili oleh abang sedara yang baju hijau. Perbincangan pun lawak-lawak je, straight to the point gitu. Wang hantaran orang Johor mahal rupanya.. bersedia lah ko Daus. Dah cukup ke duit? muehhehe..


Merah menyala ko bakal adik ipar aku punya baju tunang. Diapit oleh kakak-kakak iparnya. Tudung purple akak aku yang sulung, lom kawen lagi. Ada calon? wahhh... sempat.


Gitu lah kisahnya di hari pertunangan adik lelaki aku. InsyaAllah majlis kawen selewat-lewatnya 1 tahun dari sekarang. Lagi cepat lagi bagus, bak kata pihak pempuan.

Adik aku yang besar tu. Majlis belum bersurai, baru cakap "sekian"...tetiba dia dah terpacul kat pintu. eh eh tak menyempat.


22 November, 2010

Irfan dah tau kena marah

Ini entri luahan perasaan.

Semalam Irfan tido siang 2 jam je. Pastu malam pun dia takmo tido. Aku perasan weekend Irfan jadi camni maybe sebab nak bermanja ngan Mama. Selalunya lepas maghrib dia dah tido. Dia takmo baring pastu orang pandang dia gelak-gelak. Konfem dia ingat nak main je. Mula-mula boleh tahan lagi pastu jam sudah menunjukkan pukul 9pm dia still takmo tido. Enuff is enuff.

Mama pun dah penat n lapar, tiba-tiba Mama tinggikan suara 'Tidolah dik..amboi lagi dia ni!". Tak semena-mena Irfan menangis kuat gile sambil tekap muka kat tilam. Pastu dia angkat muka, Mama marah lagi dia tekap muka kat tilam balik. Ya Allah tak sangka anak aku dah tau makna marah. Ingatkan nak test je tadi rupanya dia nangis betul siap keluar selsema meleleh-leleh.

Terus Mama angkat Irfan n menyesal. Pujuk-pujuk dia bagi nenen. Masa dia nak nenen, siap adik pandang muka Mama pastu nangis balik. Aduh siannya anak aku kena marah padahal umo baru 5 bulan lebih.

Nenen je terus adik tertido. Masa Irfan tido pandang muka dia, sedihnya. Pagi tadi nak hantar rumah babysitter pun sedih, Irfan gelak-gelak je. Sian dia tak faham apa Mama rasa. Sorry dik, Mama marah adik semalam.

Ok banyak keje ni.. seharian tak concentrate buat keje ingat pasal ni. Tak sabar nak balik peluk cium anak-anak.

Conclusionnya, baby 5 bulan pun dah ada perasaan tau. Banyak-banyaklah bersabar jadi mak ni.

18 November, 2010

Teknik Marmet

Dalam sejarah.

Hari ni buat pertama kali aku tak dapat pam susu di ofis sebab soft shield koyak. Heavy duty kot. Actually dari hari Selasa dah koyak sikit. Kol Michelle (www.enjoybreastfeed.com) kedai breastpump kat rumah tu takde stok. Alamak. Gelabah. Takpe pikir-pikir masa cuti takyah pam terus direct feeding kat Irfan.

Hari Khamis, iaitu harini konon ingat boleh guna lagi corong tu. Makin teruk koyaknya memang takleh sedut dah. Adoi gelabah lagi camne nak pam ni. Siap cari map nak gi Ampang naik lrt sebab kat situ ada kedai Medela. Pastu tanya kat fb, macam susah nak ke sana siap kena naik cab bagai.

Maka tiada jalan lain melainkan kena jadi lembu aku hari ni. Perah la apa lagi. Pakai apa? pakai tangan la. Teknik marmet erti kata dalam bidang laktasi ni. Cuba google kalu nak tau lanjut.

Hasilnya..alhamdulillah dapat keluar tapi kurang sikit hasilnya sebab baru first time try. At least dapat lah jugak. Kalo tak camne Ipan nak susu esok? stok takde. So pasni kalau emergency leh lah buat teknik ni.

Setakat ni aku tak pandai lagi, corong softshield tu dapat petang ni dia hantar kat rumah. Yeay! Alhamdulillah...kalo tak menangis Mama.

17 November, 2010

Dialog tak boleh blah

Dialog 1

Mama : Kakak, lepas main tolong kemas balik mainan letak dalam bakul boleh tak.
Syirah : (amik seketul dua mainan pastu pergi)
Mama : Kakak, nape tak kemas habis ni?
Syirah : Kalau kakak penat nanti macamana?
Mama : Penat, penat lah..setakat dua tiga ketul takkan dah penat. (bengang)

Dialog 2

Dalam kereta balik dari hantar adik umah babysitter.
Syirah : (srott srott dia buat sedut hidung) Alamak, kakak dah tak ceme-ceme ni.
Mama : So?
Syirah : Boleh la mama belikan kakak akemm
Mama : Pagi-pagi subuh nak makan aiskrim? Sorry no no

Dialog 3

Entah apa-apa dia buat keje kat dapur tetiba dengar dia kata "Ya Allah Ya Tuhan ku Ya Karim".
Panjang betul... hehehe..macam ada masalah besar padahal kucing je yang lalu.

Dialog 4

Opah : Syirah, tido lah dah pukul berapa ni tak tido-tido lagi. (tido petang)
Syirah: Ala takpe la sekali sekala.
Opah : (speechless)

Dialog 5

Syirah : Mama, punai adik ni macam Hagemaru
Mama : Ye ke, citer Hagemaru tu ada tunjuk ke?
Opah : Ha'ah ada tunjuk satu siri tu Hagemaru bogel
Mama : Takyah la tengok lagi..tak senonoh je Hagemaru ni


Sebenarnya banyak lagi dialog-dialog tak boleh blah dari Syirah, mulut dia kan macam orang tua. Hadoii. Buat masa ni, ini je yang ingat.

15 November, 2010

Bakal adik ipar


Hari Sabtu lepas, pegi rombongan meminang untuk adik lelaki. Jauh giler...ke Shah Alam :P hehe.. Baru berangan nak gi jalan ke Johor sebab bakal adik ipar asal sana tapi majlis dibuat kat umah makcik dia kat Seksyen 7 je. Vogue de vass owh baju dia macam bersanding hehe.. siap ada pelamin bagai. 5 tahun lepas masa tunang i sempoi je (nada jeles). Hahaha

Preview 1 gamba dulu, gamba-gamba lain tengah resize. Tungguuuu...ceh bajet macam ada orang nak tunggu. Lantak..

11 November, 2010

Solat Dhuha

Kalau ada waktu kat ofis tu, sempat jugak turun sekejap buat 2 rakaat. Tapi tu lah selalunya lalai. Yang aku perasan, bila dah start buat tanpa tinggal tu akan rasa satu kelegaan, ketenangan. Aku jumpa artikel ni masa browsing semalam n nak share kan artikel untuk bacaan bersama dan rujukan aku bila lupa nanti :P

Waktu
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Catatan:
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…


Sumber: http://nursyirah.wordpress.com

08 November, 2010

Birthday Syirah @ Kenny Rogers

Dimulakan dengan gamba ala-ala kengkunun model birthday girl. Posing kat luar dulu sementara tunggu tetamu sampai. Tetamu katanya..padahal ahli keluarga sendiri je pun. Hehe.


Pose lagi..happy sangat dia masa ni. Nampak sangat. Sebagai mama, rasa nak nangis. Over tak. Anak happy, mama pulak nak nangis.


Family picture adat lah kan. Tunggu orang lain tak sampai-sampai, amik la gambo nak buat apa lagi. Sementara Irfan belum tido.

Tak senang duduk dah Kakak. Berdiri pulak. Actually birthday celebration ni among us family members je. Last year dah buat kat McD jemput ramai orang, tahun ni malas lak nak buat ramai-ramai. Kenny Rogers Bukit Raja Klang aku booked 2 days before event. Alhamdulillah, senang deal dengan staff situ. Datang-datang meja n kerusi dah siap tersusun. Venue pun cantik, hujung sudut so privacy. Nak nenen Irfan pun senang. Kehkeh.


Irfan suka sengih. Tapi sekarang dah kenal orang, orang tak biasa tengok dia akan nangis.


Part ni yang paling ditunggu-tunggu. Bila jelly kek Barney tu keluar je, Syirah dah macam surprise. Bila ramai-ramai nyanyi lagu birthday, dia pun nyanyi sekali tapi muka dia memang nampak sooooo excited macam nak pengsan. Perasaan aku masa tu? Speechless, am so touched tengok anak happy macam tu.


Syirah kan sekarang tengah 'gila' dengan Dora. So hadiah-hadiah dia dapat semua berunsurkan Dora. Kek je tak Dora. Sebab kat situ takde lagi buat Dora.


Family saya. Semua dah kenyang...Thanks kerana sama-sama meraikan Syirah. Semoga Syirah sihat selalu dan jadi anak solehah. Amin.

04 November, 2010

I just lurve my Medela Swing


Info ni mungkin berguna bagi ibu-ibu yang sedang mencari-cari breastpump yang sesuai. Banyak pilihan sebenarnya dari pelbagai brand. Dari yang murah hingga yang beribu riban. Dulu aku penah guna Avent Isis Manual. Ok jugak tapi manual lah kan.

Sebelum lahirkan Irfan, aku bersedia nak cari breastpump dan setelah baca di internet dan tanya kawan-kawan yang pernah guna, decided to choose Medela Swing Electric Breastpump. Dah guna sejak dalam pantang, kira-kira dah 5 bulan guna. Aku amat-amat lah berterima kasih dan suka akan ini pump. Antara sebab-sebabnya:
  1. Senang nak assemble - tak banyak parts. Sangat2 lah mudah especially bila nak bawak pergi ofis and masa malam sebelah nyusu Irfan sebelah lagi pam. Takde la mengagau tengah2 malam tu dengan ngantuknya.
  2. Sebab tak banyak parts so senang lah nak pasang n basuh. Jimat masa.
  3. Ringan - senang nak bawak on the go.
  4. Ada 2 peringkat hisapan - 1st phase macam baby suction yang laju-laju tu. Lama sikit bila susu dah start kuar dia automatik tukar ke 2nd phase - slow suction.
  5. Boleh jugak guna battery bila keadaan memaksa (bila takde letrik ke).

Tapi yang paling suka sebab tak banyak parts tu lah. Puas hati sesangat, biasalah nak cepat kan. Tinggal nak basuh corong tu je. Alhamdulillah hasil susu pun takde lah hebat sangat cukup lah untuk Irfan minom. hehe..

Kengkawan yang lain tu pun tentu breastpump best-best kan. Ini saja je nak share info. Yang lagi hebat, ada kawan tu boleh pam guna tangan je. Fuh dasat!

02 November, 2010

Rambut gugur lepas bersalin


Nampaknya takleh jadi, kena potong rambut sebab gugur dengan maha dahsyatnya.


01 November, 2010

Splash! Splash!

Mencabar betul nak mandikan budak ni. Tak reti diam langsung. Kaki tangan bergerak laju. Takut terlepas je. Tab mandi pun dah tak muat sebab dia dah panjang. Pasni mandi dalam bilik air je lah.
Tengok muka Irfan. Eksen weh..


Ni yang paling eksen...siap dongak kepala hahahaha.