Advert
29 December, 2010
Mama yang kejam
27 December, 2010
Ubat lagi sedap
>
>
>
>
Hah, ko ada? (Stress sebenarnye anak tak suka makan nasik tapi suka makan ubat...camno).
26 December, 2010
Musim orang kawen
Adik bukan boleh nampak orang makan, dia pun macam tak makan seploh hari. Rasa-rasa kan buah oren. Tu bukan rasa lagi tu, memang habis satu slice dia hisap.
23 December, 2010
Kantoi pam susu
22 December, 2010
Dating di Anniversay ke 4
Hadiah anniversary? Nampak Papa curi-curi beli kad hari tu. Konon-konon nak buat surprise suruh amik barang dalam laci almari baju, rupa-rupanya ada kad dan kotak. Apakah di dalam kotak itu? Biarlah rahsia...hahhaaha. Apa pun, terima kasih Papa. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang keempat. Hadiah untuk Papa tak beli lagi. Suar track suit boleh tak? Sebab suar track suit dah lusuh n satu hilang. Hehehehe..
21 December, 2010
Budak perempuan yang keras hati, Budak lelaki yang manja
Syirah anak Mama yang keras hati. Bila kata tak nak tu tak nak lah. Jangan dipaksa-paksa. Penah sekali dalam kereta, dia gaduh dengan Ucu. Lepas tu dia ngantuk. Dia sanggup tido duduk takmo baring sebab sakit hati dengan Ucu. Sepanjang perjalanan menahan mata. Sanggup tu. Panas baran pun ye jugak Syirah ni. Kalau marah, campak barang.
Setiap anak adalah berbeza. Jangan lah expect semua sama. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting, semua pun kita sayang :)
18 December, 2010
Momen Indah Seorang Mama
Tengok adik beradik ni tido alahai...Kakak takmo tido atas katil, nak tido dengan adik kat bawah. So far takde kes kakak terhimpit adik lagi. Agaknya automatik tido pun berhati-hati je bila tau ada adik kat sebelah. Kadang Mama dok kat tengah, sempit sikit lah time nak bagi adik nyusu. Abih dah semua nak kepit celah ketiak Mama.
Doa - WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR (LEBIH KURANG 10 MINIT SEBELUM TIDUR)
a) Baca Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)
Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.
2. WAKTU ANAK SEDANG TIDUR (Baca ayat-ayat di atas kemudian buat seperti di atas)
16 December, 2010
Lets go to the Zoo!
Takpelah, at least Syirah dapat gak jalan-jalan nak tunggu Mama bawak kena tunggu adik Irfan besar pulak. Nasib baik ada orang nak bawak gi jenjalan. Mama pun dapat spend masa dengan Irfan kat umah. Kalo ada kakak, berebut mana satu nak tengok.
Memula sampai happy giler, asik buat posing 'Peace Korea' dia. Spek hitam dia tak ketinggalan. Seronok kan kakak dapat tengok show singa laut, tengok tapir tido, naik keretapi, beraninya kakak pegang ular (Papa bangga) dan akhir sekali kakak tertido kepenatan. Banyak gamba kakak telah dicapture Ucu tapi yang ni antaranya. Thanks Ucu for the piccas. Rentetan gamba menceritakan segalanya :)
15 December, 2010
Panggilan Haji telah tiba lagi..
Selain itu (perenggan baru karangan sekolah kena ada ayat 'selain itu' baru gempak), Kak Faz memang terkenal dengan lasagna dia yang superb meletop kebabom. Aku citer ni pun terliur-liur lagi (buruk perangai kan, pegi bukan nak ziarah orang padahal nak terjah lasagna). Selalu kalo kat ofis pun Kak Faz rajin bawak lasagna. Dah banyak kali dah rasa. Serius sedap kalah Pizza Hut ke Secret Recipe. Masa kat umah dia, kami makan sampai habis..sib baik dia kata "takpe ada lagi, yang tu memang untuk u all". Terus kami sambung makan...boleh? Dasar kan.... Ala kami memang dah macam adik beradik, setakat kutuk sesama sendiri tu dah biasa. Tak kecik ati punye.. kecik ati kalu, ko pegi main jauh-jauh.
14 December, 2010
Jemput makan bubur brokoli
Lepas dah jadi bubur tu, tapis pulak lagi nak bagi halus. Tadaa.....siap. Sayur boleh tukar dengan carrot ke, tambah kentang ke. Kadang kan dah takde idea nak buat bubur ape sebab boring lah dia kan hari-hari bubur yang sama. Korang ada resipi, share lah ye.
Sebolehnya usahakan untuk masak bubur sendiri sebab yang dah readymade macam nestum, puree dlm botol tu tak digalakkan. Tapi untuk ibu bekerja kadang terpaksa sebab kesuntukan masa. Kena berkorban sikit lah. Bangun kul 5 pagi masak bubur. Anak suka, mama gembira :) hehe
13 December, 2010
Balik kampung
Menyuap kambing nenen yang nenek bancuh. Suka sangat kakak.
10 December, 2010
Hadiah 6 bulan
- Mama's alarm clock. Tido awal (sejurus lepas Maghrib), bangun awal (sebelum Subuh). Sorry la nak bangun lambat weekend pun.
- Suka sunyum/gelak esp dengan orang lelaki (sib baik kan kalo tak gatai)
- Dah kenal orang. Orang tak dikenali amik, dia nangis
- Berborak bahasa sendiri dengan suara kuat dan bising
- Bila Mama pakai tudung, dah excited and takmo orang lain amik. Dah tau nak pegi jalan
- Terus menangis bila nampak Mama balik keje, nak nenen lah ape lagi
- Dah boleh pegang barang dan campak barang
- Suka gigit selimut/hand towel (yang berunsur kain), sampai ralit
- Sudah pandai gaduh dengan kakak esp berebut barang. Jerit-jerit ok berebut..kakak pun takmo beralah.
- Berat sudah 7++ kg.
....dan hadiah untuk Irfan sempena birthday dia yang ke 6 bulan ialah......
*
*
*
*
*
KENA DEMAM CAMPAK (tapi yang halus tu orang panggil MEASLES)
Sian dia. Nanti kita citer pasal ni di lain entry.
09 December, 2010
Romantika D Amour
Esok 4.30++ pm genap 4 tahun perkahwinan kita...
buat isteri tersayang thanks
for everything...
papa rindu dan sayangkan sayang dan anak2
Baru 4 tahun. Semoga jodoh kami berkekalan, dimurahkan rezeki, bahagia dan dipermudahkan segala urusan membesarkan anak-anak.
I love u.
08 December, 2010
Spa sendiri di rumah
Tak perlu lah nak gi spa kan. Gosok sendiri badan kat umah. Wangi2 kan pulak lepas tu sapu dengan losyen. Wah...harum je.
Sementara ada sale ni boley la rembat. Sebab kalo tak harganya mahal pastu takde diskaun. Gamba di atas tu bukan aku punya semua sekali, share dengan member. Sesekali kan nak wangi-wangi. Tapi kena wangi untuk suami je tau. Bye.
02 December, 2010
Rahsia susu banyak
- Horlicks - hasil biasa2 je.
- Milo - agak memberangsangkan.
- Lobak cina - takde perubahan, biasa je.
- Coke (ni akak ofis yang citer pengalaman dia n aku try) - memang susu bertambah tapi aku tak berani buat lagi sebab tak elok minum coke kan.
- Susu soya - ada la perubahan sikit.
- Makan banyak n minum banyak - sangat berkesan.
Sebenarnya setiap individu itu diciptakan Allah berbeza. Ada yang minum horlicks susu dia banyak. Ada yang minum milo tak banyak. Begitulah.Rasanya sebab pagi tadi aku makan nasi lemak dengan lauk paru. Tu yang hasil banyak. Aku perasan kalo makan light-light macam roti ke, kuih ke..hasil biasa-biasa je.
Maka di sini dapatlah disimpulkan bahawa ko tak perlu nak makan supplement or buat benda-benda pelik untuk tambah susu. Just makan ikut waktu and takyah diet-diet. Pastu minom lah air banyak-banyak. Mesti susu banyak and rasanya tak perlu lah takut gemok demi kesejahteraan anak.
01 December, 2010
Imaginary friends
Kisahnya, Syirah sejak 2-3 bulan kebelakangan ni selalu cakap dengan 'kawan' dia yang dipanggil Baby Bear. Kadang dia amik handphone, dia kol lah 'kawan' dia tu. Tanya buat ape, dah makan ke belum, macam-macamlah. Kalau main kat umah sorang-sorang, dia akan main dengan Baby Bear. Selalu kalau kol Opah dia waktu office, akan dengar suara dia bising sangat. Tanyalah dengan Opah "Syirah main dengan siapa?". Opah dia jawab "Main sorang-soranglah". Tapi bisingnya lahai macam ada 10 orang.
Hari tu dia tengah buang air besar kat toilet, tetiba dia cakap "ha datang pun Baby Bear'. Maksudnya lama lah 'kawan' dia tu tak datang kot. Penah sekali dia citer kat Opah dia Baby Bear kena tangkap polis sebab nakal. Kehekehkeh.
Aku penah tanya Baby Bear tu warna apa. Syirah jawab "warna putih lah". Meremang sekejap bulu roma. Bila google untuk cari info pasal imaginary friends ni, nah! Memang sah, budak 3 tahun akan ada kawan imaginasi untuk develop social skills dorang. So jangan sekat dia untuk berimaginasi sebab bila semakin membesar, kawan imaginasi dorang ni akan hilang begitu saja. Setakat ni aku tak sekat lagi selagi tak memudaratkan. Kalo kritikal, haruslah berbuat sesuatu.
Ni aku share artikel dari babycenter.com pasal imaginary friends:
Your 3-old imaginary friends
An imaginary friend can be human or animal and usually comes with a name and distinct personality. Part confidant, part playmate, part protector, and part scapegoat, they help kids practice relationship building and let them be in control for a change. A pretend friend can be a child's way of handling an increasingly demanding, expanding world.
Watching your child's interactions with her imaginary friend can give you useful insights into her fears and stresses. If her imaginary playmate is afraid of monsters under the bed, then your daughter may be, too.
Although it's wise to be respectful of your child's imaginary friend, try not to get involved in the relationship. For example, avoid using imaginary friends as a way to manipulate your child ("Harvey ate his peas, why can't you?"). Instead, follow her lead. She knows deep down this is an imaginary creation, and it can be a bit alarming to her if you buy into it too readily. These extra members of the family usually disappear by age 7, as your child becomes immersed in the very real-life world of school.
Your life now
Having a 3-year-old can make you proud and completely nuts all at the same time. Because your child's verbal skills and physical abilities have expanded so much since her wobbly 2-year-old days, it's easy to fall into the trap of expecting more from her than she can always deliver. Progress is gradual. Although preschoolers sound and look capable of much more now, social and emotional maturity take time to develop — and that means lots of patience on your part. She still has faulty logic and a healthy ego. She thinks the world revolves around her — as it should at this age.