Advert




23 March, 2011

Aktiviti hujung minggu

Kalo Papa balik, dia mesti nak bawak anak-anak dia jenjalan. Ye lah balik pun 2 minggu sekali. Tempat lain takde nak dituju, mesti Playland kat Jusco nih. Kira dah macam rumah kedua. Hahhaa.. Masa kitaorang pegi tu macam tak ramai orang, selalu penuh gile. Nak kata hari keje, time tu Sabtu petang. So best lah dapat main lapang-lapang takyah rebut or langgar orang. Syirah dah la tak pandai main ramai-ramai nanti dia mesti kena langgar. Pastu kalo bebudak lari-lari, dia dok sudut tepi tengok orang main. Ater..tak penah dok nursery.

Adik boleh landing. Adik tu baru lepas makan, makan pun mama suap dalam playland ni. Siap berak dan tukar pampers sekali dalam tu ok. Sib baik tak ramai orang, kalo tak semerbak je orang bau.


Pandang sini semua, mama nak amik gambo. Mata adik yang sentiasa bulat macam nampak hantu (mama ke?)



Kakak bab-bab ni dah expert. Siap ajar Papa ngan Mama "macam ni lah naiknya". Ceh ceh.



Tengok, mana de orang. Dia sorang je naik turun naik turun. Syok wehh..


Happy sangat lah tu. Pastu tetiap weekend akan tanya "Mama tak work? Kita ni tak pegi Jusco ke?". Amboi kak takkan tetiap minggu kot ye pun. 2 minggu sekali ok lah tu.

2 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

seronoknyer bila dah berfamily kan.. :D

mama-syira said...

Oja, takpe tak lama lagi ko pulak ye ;)