Advert




06 March, 2012

Fendi Ikan Bakar, Kelana Jaya

Weekend bulan lepas punye hal..hahaha.. ikut mana sempat je lah masuk blog. Kalo rasa dah berkurun gamba tu, takyah update langsung. Simpan je wat kenangan abadi sendiri.

Kisahnya, nak gi umah maklong aku kat Kelana Jaya. Aku lah yg sajes kat mak 'jom gi umah maklong cuti2 ni mentara tak wat ape kat umah'.  Selalunya bila Papa outstation lah kami keboringan 3 beranak, baru lah nak mengajak Opah gi jenjalan kan. Kalo korang nak tau, tanak tau pun takpe saje nak peramah bagitau jugak.  Aku ni suka gi umah orang. Aku rasa dari terbawak dari kecik la suka gi umah jiran. Hahha.. sampai besar suka gi umah sedara mara, kengkawan, lagi2 time raya. Satu hari suntuk gi beraya umah orang pun takpe. Tabiat aku ni nampaknya bakal diwarisi Syirah. Dia pun sama. Kalo gi beraya siap tanya "mama, esok kita gi raya mana lagi?" Tanya dia "Syirah suka ke gi beraya umah orang?" " Sukaa!". Ok lah kan daripada suka gi menebeng kat shopping complex, gi melawat sedara mara lagi bagus.  Gitu kisahnya dah ke laut.

Sambung balik. Disebabkan masing-masing pun malas nak masak, singgah la lunch dulu sebelum tu.  Memula nak gi makan ikan bakar Bellamy tapi takut tutup. Sape tau situ bukak ke hari sabtu-ahad? Sila tolong bagitau kalau korang tau ye. So google lah cari ikan bakar yg dekat-dekat.  Jumpa lah Ikan Bakar Fendi ni, lokasi pulak dekat je dengan umah maklong kat Kelana Jaya jugak.  Masa kami sampai pun baru je nak beroperasi, ngam-ngam time lunch tapi orang dah beratur.  Wah sedap sangatkah?



Sirap bandung aiskrim ngan air biru selasih. Tak tau betul ke tak tajuknya camtu, belasah je sebab lupa lah nama air-air ni. Semua sedap, alhamdulillah.



Sotong bakar, kuah cicah, ulam-ulaman. Ala..kuah cicah tu bit dissappointed la. Tak shedap.



Ikan pari, ada jugak ikan kembung, ikan sebelah... tapi tak amik gamba.  By the way, dia ada jugak set kalau korang tak nak satu-satu camni. Set ikan bakar RM6.50. Air tak termasuk.



Anak dara ni tetiba nak pakai tudung masa keluar.  Tapi ikut mood dia jugak.  Sedang belajar lagi . Tapi kalau pakai baju takde lengan (yang mama dah terbeli) dia akan pakai cardigan. Dia yang cari sendiri,pakai sendiri.  Agaknya sebab dah pegi sekolah pakai tudung kot. So pasni takleh la beli gaun lagi kot. Kena tukar wardrobe lah nampak gayanya. Cane ha? Gaun cecantik. Ada ke gaun tutup aurat? Sebab dak pompuan pakai gaun comel kan. 

Beria Syirah makan ulam. Eh ada jugak dessert yg warna kuning tu, spt biasa lupa nama dia. Tapi macam puding pastu ada laici. Quite sedap.


Mama with boipren tercinta..


Overall, Fendi Ikan Bakar biasa-biasa saja.  Rate affordable. Bellamy / belakang Istana tetap yang terbaek! Walaupun peluh2 makan dalam kedai atap zink kan.  Satu hari nak bawak jugak mak gi makan kat situ. 

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.  Sebab kakak/mak syirah yang belanja. Yahuuu Alhamdulillah rejeki...



Kalau nak pegi, alamatnya:

Jalan SS 6/20A
Dataran Glomac, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya.


Sila guna gps/papago..whatever.



1 comment:

Zareene Saifuddin said...

farah, fendi ikan bakar ni sedap tau.. he started with jual nasi lemak ayam rempah dari dalam van jek.. then ada lori sendiri.. menu pon tambah ada ikan & ayam bakar..bulan posa mniaga ikan kt psr ramadhan kelana jaya.. dessert yang kuning cam jelly tu nama dia cikong.. sedap.. tp manis sket.. van merah dia tu adalah tempat tetap lunch aku time keja kt kelana jaya dulu..