Advert




08 May, 2012

Weekend u ols buat ape?

Dah Selasa pun harini. Weekend hari tu best. Alhamdulillah. Cuaca sejuk je. Masa yang ada dapat settlekan banyak kerja umah. Sabtu lah selalunya diperuntukkan untuk siapkan semua kerja umah. Ye lah orang bekerja kan, maid pun takde. Siap kemas, sapu, mop, basuh bilik air, basuh kain, sidai bagai semua lah.

Hati ni teruja nak guna tupperware yang dekat 2 minggu beli. Tak sempat je. So ada masa Sabtu tu, cuci fridge ngan kemaskini. Jadi lah gini. Baru puas ati sedondon je haiwan2 duduk dalam tu.

Petang sikit pulak Opah call ajak gi umah Maklong kat Kelana Jaya. Nak visit cucu terbaru Maklong. Anak keempat cousin, finally its a girl! Heheh.. 3 boys, akhirnya dapat bidadari si pipi merah. Nama baby ni Nur Umairah. Eh nak sama macam Kak Syirah la nama awak!


Hari Ahad plak, dapat la bangun lambat sket. Itupun Syirah dah kejut, kalo tak mau terbongkang lagi 4 beranak. Bangun2 je terus mandikan anak-anak dan diri sendiri. Papanya mandilah sendiri kahkahkahkah.  Pastu ajak Papa bekpes kat kedai. Kononnya tingin nak makan roti canai. Padahal malas nak masak. Kuikuikui. Strategi tu beb. Pastu singgah beli lauk nak masak tengahari sekali. 



Papa singgah beli mainan budak-budak ni kat kedai dekat je. Ikutkan hati tak bagi beli sebab mainan dah banyak pastu nanti bersepah-sepah. Masing-masing dah amik mainan sendiri pastu peluk. Adik pilih train, kakak beli mainan pancing. Hahhaha Papa ajar anak dara memancing, elok sangat lah tu *sambil jegil mata*

Tengok-tengok dah dekat kul 12 tengahari. Oii bila nak balik umah ni Mama nak masak.

Balik umah, tak sabar-sabar tengahari tu jugak nak main pancing ikan. Dah sape soh belikan? Hamek lah layan anak-anak tu. Mama nak masak kat dapo sambil masak nak tengok Melodi. Hahhaaa.. Aman dapat masak tanpa gangguan. Sebab mereka semua sibuk 'memancing' kat luar.


Lepas makan kenyang, mata pun kuyu lah. Nampak katil ngan bantal je dah ni. Masa tengah nak tidokan anak-anak, intai kat luar ada orang tengah sidai kain la... ok Mama sambung baring. Ekekekee...


Malam plak main train a.k.a ketapi.  Mama nak buat keje meng'iron' baju plak. Ketapi ni..siapa beli, dia yang pasang dan kemas lepas main. Itu perjanjiannya (merujuk kepada Papa ler). Kalo Papa korang takde ni, lama la train tu terperuk dalam kotak. Serius Mama tak tau nak pasang.


Itulah citer weekend kami yang sangat berharga. Sebenarnya dok umah lagi best dari pegi outstation ke shopping complex ke. Pada aku lah. It depends. Sebab aku dapat spend masa dengan anak2 sebab 5 hari seminggu sibuk kerja, dapat bersihkan rumah yang 5 hari seminggu pun tak sempat nak buat, dapat masak, dan yang penting tak penat.  Kalau keluar tu rasanya lagi penat. Mana nak siapkan anak2, diri sendiri, nak siapkan barang segala baju susu budak2. Bila balik umah tak sempat berkemas..lagi stress.

Tapi sesekali kena keluar jugak. Kalau rajin dan yang penting banyak duit. Hahahha. Kalo keluar takde duit tak best nanti takleh shopping. Entry diakhiri dengan ucapan, "Papa bila kita nak kuar shopping?" :p

4 comments:

farikh said...

"haiwan haiwan" katanyaaaa

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Isnin - Jumaat keje. Sabtu Daddy's day. xleh kacau. Ahad hari bersama family and normally kami keluar, kesian Zara terperap kat umah. (ceh, padahal mummy yg nak kuar) kuikuikui

mama-syira said...

Farikh: sopan sikit dari binatang2 hehe

mama-syira said...

Oja: baby terperap kat umah takpe. keluar selalu pun tak elok hehe..
Daddy's day so daddy tak boleh diganggu lah ye?