..atau dalam bahasa melayu nya - ibu yang terlalu melindungi anak-anak.
Aku lah salah sorangnya. Mengaku ni. Kadang-kadang orang tak paham atau kata "over nye ko ni semua hal nak amik tau, nak sensitif, nak susah hati.." dan macam-macam lagi. Ada ke mak yang tak susah hati? Tipu sangat, semua mak macam ni. Ye lah anak aku pun baru nak masuk 6 tahun. Contohnya lah, perihal Syirah buat pertama kalinya nak pergi 'trip' dengan kawan-kawan & cikgu ke KLCC tahun lepas. Ko tak kecut perut ke? Bagi yang bukan kategori macam aku, mungkin akan kata "alah biarlah dia nak berdikari atau alah diaorang ok punye". Ye aku paham untuk melepaskan anak berdikari tapi perasaan risau setiap minit tu memang muncul dalam diri aku ni. Semua ibu pun kot, tapi mungkin aku terlebih poyo. Lebih-lebih lagi, anak sulung aku ialah seorang PEREMPUAN. Anak lelaki mungkin tak serisau ini, mungkin ye, diulang MUNGKIN. In future tak tau. Sebab Irfan baru 3 tahun dan alhamdulillah babysitter dia sangat bagus so takde masalah untuk dirisaukan setakat ini.
Cumanya, sikit demi sikit aku belajar untuk menerima. Ye lah selari dengan umur anak yang makin membesar. Alhamdulillah dah dapat terima bila Syirah kena balik sekolah naik van sendiri (dulu tersangat risau sampai kakak van pun naik boring mama asyik call), kalau ada aktiviti/trip kat sekolah insyaAllah boleh dilepaskan but give me some time lah kan.
Macam baru-baru ni, Papa cuti. So mama pesan alang-alang cuti,tolong registerkan sekolah agama Syirah. Bila papa call, "pa, ok tak sekolah tu?" "Ok? Ok lah..macam sekolahlah". "Ye lah kawasannya ok tak? Toiletnya bersih tak?" "Ya Allah, Papa rasa mama ni kena jumpe psikiatri lah, teruk sangat sampai hal toilet sekolah anak pun sibuk, dalam bahasa melayunya ini dipanggil gile meroyan". ntaha hapa gile meroyan orang lepas beranak lah! Teruk kan laki aku kata aku gile meroyan. hahahahhahhahampeh. Ye lah aku dah start pikir cemana anak aku nak gi toilet ni, si Syirah tu dah lah penggeli. Kang dia tahan lak kencing berak kat sekolah. Kat tadika sekarang takpe lagi, 3 jam lebih je kat sekolah. ha kan dah start dah mama ko ni..nak jadik risau tak tentu hala. fuhhhh tarik napas, lepas...istighfar.
So far, aku rasa aku menjadi overprotective mothers dalam hal-hal yang di luar jangkauan mata atau persekitaran aku. Tapi kalau kat rumah, aku biasa bagi tanggungjawab untuk anak-anak contoh: masukkan baju sendiri dalam bakul, tolong sapu sampah, lap air tumpah, yang simple2 je. Anak-anak mungkin dah paham walaupun umur masing-masing baru 6 dan 3 tahun. Setiap hari aku akan call Syirah tepat pukul 12.15 (waktu dia sampai rumah dari tadika). Satu hari, aku terlambat call sebab sibuk. Pukul 2.30 pm baru aku teringat tak call dia lagi. Bila cakap hello je terus Syirah cakap "kenapa mama lambat tepon arini?". Anak-anak pun dah adapt, dan sebagai mak aku rasa dihargai dan bangga. Of course! *mata kelip2 dan bersinar*.
Salah ke untuk menjadi overprotective mothers? Tak salah kawan2, tetapi di sini saya nak share sikit info yang saya dapat hasil pembacaan saya melalui internet. Kesan-kesan kalau anda menjadi terlalu overprotective dengan anak-anak, saya copy je ni so malas nak translate, semua mesti paham BI kan ^_^:
•A child with an overprotective mother is never ever able to become fully mature. He ends up remaining a baby, who can never ever think for himself and is always on the look out for someone to depend on.
•A person with an overprotective mother will never be willing or able to shoulder responsibility. This is because since he was a child, he was neither given any responsibility, nor held accountable for anything.
•Individuals with over protective mothers cannot face any criticism, be it negative or positive. The reason is that they are used to being protected and pampered all through childhood.
•A child with an over protective mother gets used to too much pampering, care and concern. The result is that they are not able to have successful relationships otherwise, since they are not used to adjustments.
•Over protected kids grow up to be insensitive individuals, who can care only about themselves. The reason being that they have never ever been taught to care for others in return.
•An overprotective mother cannot digest the fact that her child can do mistakes also. For her, he/she is always right. Thus, she fails to see and rectify the faults of her children.
Apapun, kita berpegang teguh lah pada Al-Quran. Baca ayat kursi dan doa2 perlindungan untuk anak-anak setiap hari. Allah ada di mana-mana. In the end, anak-anak hanyalah harta tak ternilai pinjaman Allah swt kepada kita. Sementara diberi amanah ini, kita jaga lah mereka sebaik-baiknya.
Note: Entry ini turut dikongsikan oleh blogger Farikh Manzora di http://farikhmanzora.blogspot.com/. Saya sebagai penulis jemputan gitewww.. kelass..
Note: Entry ini turut dikongsikan oleh blogger Farikh Manzora di http://farikhmanzora.blogspot.com/. Saya sebagai penulis jemputan gitewww.. kelass..