Advert




26 January, 2012

Pencinta Macadamia

Macadamia ialah sejenis kacang, bukan nama anak orang. Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang berjaya menemui kacang ini. Gitu serba sedikit sejarahnya.

Aku adalah macadamia nuts lover! Kalau beli aiskrim, nak yang ada macadamia (kat Baskin Robbins la yang paling best). Kalo beli donat, kalo ada jual kat Big Apple mesti cari yang ada macadamia (tapi mana ade pun), kalo beli biskut famous amous pastilah ambik yang macadamia. Manakala kalo macadamia nuts sesaja, harus lah rasa nak beli lapan blas peket terus!

Ini lah rupa macadamia nuts, dah la comel sedap pula.

Googled

Teringin nak tengok apakah kebaikan atau keburukan kacang comel ni? Wah wah rupa-rupanya takde keburukan malah kebaikan je. Kebaikannya ialah:
·         Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%).
·         Kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium.
·         No cholesterol.
·         Individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.


Sesapa yang pegi Aussie, boleh lah kirim sekampit. Ha beli banyak-banyak sebab kat sana murah. Kat sini kalo beli kat supermarket ikut gram tu 100gm je dah RM14. Kalau beli kat kedai buat kek, murah lah sikit kot.

Yang pasti, macadamia nuts IS A MUST ITEM WHEN ON THE GO.  Pasti singgah petrol pump untuk membeli barang sepeket dua tiga empat. Beli pulak yang honey coated. Sedapnyaaaaaaaaa...



1 comment:

Anonymous said...

Kat mana nak cari kacang ni secara timbang.. kacang ni memang sedap n bnyk khasiat.. kt jb saya cari x jmpa, bnyk tmpt dah cari.. yg ade pun produk tong garden yg cmpur dgn kacang,badam je.. plz info.. tq