Advert




31 March, 2011

Watermark bukan Water Mug

Memang gamba tu ialah sebiji cawan air (water mug). Kawan ofis bagi dari Paris.


Ini kisah watermark - untuk protect gamba. Tapi kalo crop still boleh hilang watermark tu kan.


Buat sendiri watermark ni guna tool senang je cari kat internet.


Maka, gamba-gamba di blog ni dah ada watermark sendiri. Yeah.


Sorry sebab ada kawan macam aku

Umur saya bulan Jun nanti masuk 31 tahun. Saya sudah bersuami dan punya 2 orang anak. Alhamdulillah.


Saya ada ramai kawan, sebab saya suka berkawan. Dalam ramai-ramai tu, ada yang kita boleh bergurau, ada yang serius. Kita tak boleh treat orang yang serius dengan lawak jenaka, dan orang suka berlawak saya serius. Paham. Macam pepatah 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboo' .. lebey kurang lah. Walaupun kita bukan kambing mahupun lembu. Kita manusia. Itu pepatah je lah dun take it seriously.


Adakah kerana kita sudah berkahwin dan beranak pinak tetapi kita tak boleh bergurau?


Seperti bila pergi surau (kat ofis), ada rak tempat letak kasut. Saya nampak kasuit kawan baik saya tersusun kat rak paling bawah. Eh nak bergurau lah, saya pikir. Saya ambik kasuit kawan saya tadi, saya sorok kat rak paling atas. Haha jahat tak saya. Pastu bila dia dah balik ofis, saya tanya 'jumpa tak kasut tadi?". Dia pun reply "hahahhahhha". See, tak marah pun. Kena pilih lah dengan sape nak bergurau dan situasi gurauan itu.

Perkara main-main 'sorok' kasut bukan terjadi sekali dua. Masih berlanjutan sehingga entry ini ditulis. Saya tengah pikir nak beli kasuit lain sebab nanti dia tak kenal kasuit saya (bagi tujuan balas dendam). Paling tragis, saya pernah ambil kasuit kawan yang sama, letak kat display kasuit-kasuit kat Sogo masa dia tengah try kasuit. Sebab saya nak 'uji' ada tak customers nak beli kasuit kawan saya tu (agak lusuh). Kalo ada, maknanya kasuit kawan saya tu cantik lagi lah, takyah beli baru. Malangnya takde. Maka.....(paham-paham sendiri kalo dia baca entry ni). Mesti korang kata saya childish kan.


Kat rumah pun saya suka bergurau. Dengan adik-beradik lagi lah selalu. Dengan anak-anak. Dengan suami saya kalah sebab kalo nak buat lawak dia kata 'tak kelakar pun'. Dia saja sebab nak sakitkan hati. Padahal dalam hati dia tak tahan nak gelak, jangan nak tipu. Pastu saya tarik muka lah merajuk. Konon-konon manja. Puiii.


Tapi..bila time serius, orang kata saya sombong. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, tak semestinya kena bercinta.


Kepada kawan saya itu dan kawan-kawan yang lain yang pernah kenal saya, terima lah saya seadanya. Hahaha. Saya memang kalo gurau tahap korang kata jahat. Tapi sesungguhnya saya suka bergurau.


Peace no war.


*Tetiba nak guna kata ganti diri 'saya' dalam entry ni. Macam karangan UPSR - 'Saya Sebatang Pensel'.


30 March, 2011

Sebab pipi Irfan kena babab...


Nampak tak 2 ketul 'mutiara' kat dalam mulut Irfan. Mana tak kena babab kan....main gigit-gigit bila menyusu. Adoi lah. Kini penyusuan menjadi satu detik debaran buat Mama. Muahahhaha....

29 March, 2011

PadaMu ku Bersujud

Korang cari lah lagu ni. PadaMu ku Bersujud by Afgan (Indon). Sangat soothing dan very touching. Silap-silap boleh nangis bila dengar lagu ni (aku lah tu). Sambil nyanyi kita berdoa. Semoga kita jadi hamba yang diredhai Allah.



Ku menatap dalam kelam

Tiada yang bisa ku lihat

Selain hanya nama-Mu Ya Allah

* Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah


** Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya Hamba-Mu yang slalu bertakwa

*** Ampuniku Ya Allah

Yang sering melupakan-Mu

Saat Kau limpahkan karunia-Mu

Dalam sunyi aku bersujud

28 March, 2011

Hola Dora!

Chanel kanak-kanak Nickleodeon bawa Dora the Explorer ke I-City Shah Alam, Malaysia!


Teka sape yang melompat? Anak tentu-tentu suka, mak lagi double suka. Hahaha. Paham-paham je lah perasaan mak ni bila tengok anak suka. Ishh takleh nak describe.


Makanya pada hari Sabtu, 19/3 yang lalu kami pun bercadang memakbulkan impian Syirah yang merupakan peminat fanatik Dora. Program start kul 6.30 pm, tapi kul 4.30pm kami dah sampai. Hebat tak? Muahaha punya nak rebut. Anak punya pasal weh.


Syirah pun excited sampai takmo tido. Lastly tido dalam keta masa on the way. Bila sampai, mamai la jadi nya. Amik gambo pun lemah longlai.


Time makan adik 4.30pm so kena la siap-siap bawak bekal. Kat sana kawasan lapang pastu ada bumbung. Just nice je lah nak bersantai-santai sambil bagi budak lelaki ni makan.

Haii Irfan kalo berjalan, senyum sesaja lah. Penat pun takpe, ngantuk pun takpe. Sume orang nak ditegur dan sedekah senyum. Bagus nak.. senyum murah rejeki.

Lama nak tunggu Dora keluar. Maklum la sampai awal. Irfan dah berpusing-pusing dalam stroller. Dah boring la tu. Kakak memang sedia kala diam tak kisah. Sambil nak tunggu Dora, ada colouring contest atas stage. Tengok kan je lah kat screen besar tu.

Menunggu lagi dengan penuh kesabaran. Syirah dah segar sikit. Adik dah boring.

Kalo nak tau, camni lah rupa lautan maknosia yang berebut nak jumpa Dora. Organiser pulak tak sistematik. Suruh orang beratur tapi line takde. Berebut lah orang. Memula aku dukung Syirah beratur depan lah jugak, pastu kena tolak n kena himpit. Tak tahan aku sebab siankan Syirah kena himpit sampai berpeluh2 dia. Aku keluar barisan, suruh Papa dia yang rebut. Camne ntah cara dia rebut, tetiba dah dapat tiket. Wahh..syabas Papa! (mesti dia buat muka kesian). Terima kasih lah jadik hero hari tu.

Impian Syirah jadi kenyataan. Terkedu dapat jumpa Dora depan mata. Dora tu pegang kepala dia, salam dia. Dia tengok je muka Dora. Dah turun stage, dia tanya "Mama, Dora tu tak cakap pun kan?" haha.. kang dia cakap tetiba keluar suara amoi mana ntah. Sah-sah dalam tu maknusia. Tapi memang dia happy lah, 5 hari 5 malam asyik sebut "comelnya Dora tu.." asyik ulang-ulang.

Kami antara yang terawal dapat naik stage jumpa Dora. Kat belakang tu ramai lagi tengah tunggu turn. Sian Dora penat. Hehehe..

Lepas tu kami pun jalan-jalan kat sekitar i-city. Dah banyak kedai rupanya kat sini. Last pegi dulu masa mengandungkan Irfan takde apa pun. Sekarang kedai haiwan-haiwan pun ada.


Makanya, 2 beranak ni mana boleh nampak binatang kan. Menggelupur nak tengok. Siap amik gambo. Selamba je pegang ular si Syirah ni. Geli Mama.. eii

Budak yang sangat hepi dapat jumpa kawan dia, Dora. Yang mampu Mama ngan Papa akan usahakan. Kalo impian nak gi London ke Paris, itu nanti dulu kak ye. Kakak belajar rajin-rajin nanti akak pegi lah sendiri lah ye. Hhehe. I love u Kakak.




25 March, 2011

Amalan mulia

Tengah kemas-kemas folder gamba, terjumpa gamba ni. Lupa nak share. Masa ni Irfan baru 6 bulan. Kepala botak lagi..hehe. Tengah tengok youtube lagu ABC tak silap. Dasat eh budak2 zaman sekarang. Dulu kita masuk universiti baru dapat pegang komputer itupun harta awam.

Beria dua beradik tekun sangat. Bukankah amalan begini amalan mulia, adik-adik?

Happy Birthday Beautiful Ladies!

Lunch date bersama mama-mummy-ibu hot dekad ini. Muahahhaa...sempena birthday Puan Erin dan Puan Ayu. Kengkonon nak buat surprise tapi they smell like something fishy.. hehe. Lunch kat Secret Recipe Sogo saje. (Erin & Ayu, pinjam gamba ye).


Birthday girl yang tergezut!

Tukang seprais yang buat-buat naif


Plan nak beli belon untuk birthday girls sorang satu pegang tapi tak jumpe pulak! Baru imagine kang jalan kaki balik sogo, Erin ngan Ayu pegang belon sorang sebiji. Mesti comel.


Dear Erin & Ayu:

I wish for you to have people to love, people in your life who will care about you as much as I do. Happy birthday my frens.

Gamba tuan tanah mesti ada. Courtesy of Erin. Hehe.

23 March, 2011

Aktiviti hujung minggu

Kalo Papa balik, dia mesti nak bawak anak-anak dia jenjalan. Ye lah balik pun 2 minggu sekali. Tempat lain takde nak dituju, mesti Playland kat Jusco nih. Kira dah macam rumah kedua. Hahhaa.. Masa kitaorang pegi tu macam tak ramai orang, selalu penuh gile. Nak kata hari keje, time tu Sabtu petang. So best lah dapat main lapang-lapang takyah rebut or langgar orang. Syirah dah la tak pandai main ramai-ramai nanti dia mesti kena langgar. Pastu kalo bebudak lari-lari, dia dok sudut tepi tengok orang main. Ater..tak penah dok nursery.

Adik boleh landing. Adik tu baru lepas makan, makan pun mama suap dalam playland ni. Siap berak dan tukar pampers sekali dalam tu ok. Sib baik tak ramai orang, kalo tak semerbak je orang bau.


Pandang sini semua, mama nak amik gambo. Mata adik yang sentiasa bulat macam nampak hantu (mama ke?)



Kakak bab-bab ni dah expert. Siap ajar Papa ngan Mama "macam ni lah naiknya". Ceh ceh.



Tengok, mana de orang. Dia sorang je naik turun naik turun. Syok wehh..


Happy sangat lah tu. Pastu tetiap weekend akan tanya "Mama tak work? Kita ni tak pegi Jusco ke?". Amboi kak takkan tetiap minggu kot ye pun. 2 minggu sekali ok lah tu.

20 March, 2011

BPA-free

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi (NO. 3, 6 & 7).
Botol avent lama kakak dan botol pigeon lama adik untuk ditong sampahkan.


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Bukan tak boleh pakai yang ada BPA tapi lebih baik lah pakai yang terus terang BPA-free. Sebab kalo yang tak tulis BPA -free, kena kendalikan botol tu betul-betul. Kalo tak bisphenol A dia akan keluar (bila botol tercalar).

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Botol susu baru kakak dan adik pun tukar,
yang baru macam kaler honey


Korang jangan lupa tukar ye, demi keselamatan anak-anak kita.

18 March, 2011

Sekejap je dah 9 bulan

Masa ada anak sorang dulu kan, rasa tak sabar nak tunggu perkembangan Syirah - nak merangkak ke, tumbuh gigi, duduk.

Tup tup bila dapat Irfan, tak sedar pantasnya masa berlalu. Ye lah sibuk sangat nak tengok 2 orang, dulu perhatian kat sorang je. Kesian adik, kadang-kadang tak sedar tetiba dia dah pandai duduk. Pastu kan dia suka tepuk tangan bila orang nyanyi tepuk amai-amai. Paling best, pantang dengar muzik... siap la dia goyang kepala macam head banging.
Perkembangan lain adik dah 9++ bulan ni:




Kalo dah lidah menyentil je camtu, maksudnya apa?
Yeay! dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah.



Memanjat dan berdiri adalah expert
Pandai sayang kakak. Bangun tido cari kakak, nak main cari kakak
Elelelele... time gaduh tarik rambut korang ye

Dah nampak bujang kan? Walopun topi tu dapat
duduk 3 saat je atas kepala.

Yang setia menanti Mama setiap hari


My son is a big guy now.. huhu

16 March, 2011

Masalah kecacingan

Bila kali terakhir korang makan ubat cacing? Jangan ingat kanak-kanak je kena makan ubat cacing, orang dewasa pun kena makan. Penting tau makan ubat cacing, jangan main-main.
Aku baru tau rupanya ubat cacing kena makan 2 kali setahun. Sebagai langkah pencegahan walopun ko takde cacing. Syirah kan tak suka makan dan kurus melengking so aku gi klinik baru-baru ni dan mintak advise doktor pasal ubat cacing. Doktor lah cakap kena bagi setiap 6 bulan sekali regardless anak ko main tanah ke tak. Sebab punca dia dari banyak sumber. Pastu doktor cek Syirah, takde pun masalah kecacingan tapi kena gak makan ye puan.
Syirah dah makan ubat cacing ni
Harap-harap cacing2 dah terbunuh
Tetiba jadik pembunuh kan


Ok, mari baca info sangat berguna ni:

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia
Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Tanda atau Gejala Jangkitan
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Demam, ruam-ruam badan, alahan
Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Kesan Kecacingan
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran (Stephenson et al 1998).

Pencegahan dan Rawatan
Apa yang anda perlu buat :-
Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
Potong kuku pendek
Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Pemberian Ubat Cacing
Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.

11 March, 2011

Restoran Soto Shah Alam

Korang kalau nak makan nasi campur dengan pilihan 100 jenis lauk, boleh singgah seksyen 8 Shah Alam sebab kat sini ada satu restoran yang best. Nama dia Restoran Soto Shah Alam tapi bukan jual soto semata. Variety lauk yang akan membuatkan korang macam nak makan semua tapi takleh tapi nafsu meronta. Gitu la lebey kurang.

Lepas makan, ada pulak pencuci mulut iaitu kuih-kuih melayu yang lazat jugak. Nampak buruk je kuih tu kan tapi rasa dia pergh!!

Sedap sampai tak sempat snap gamba. Gamba makanan ngan kuih tu pinjam kat google tapi yang pasti tempat yang sama lah. Masa kami sefamily tengah lunch ni orang memang meramai gile, sekali ternampak Fafau tengah makan ngan mak dia. Umah dia kan dekat-dekat situ je.




Gamba ni je sempat snap. Dah licin.

10 March, 2011

Kursus bersama Dr Hj Mohd Sobree

The Title.

The venue. Holiday Inn Shah Alam.

The accompany sengal with our milk bags.


The superblicious food.


The nice bench with model.


Course completion.


Nampak sangat pemalasnya. At least.... i berusaha jugak untuk update (sambil 2 tangan ke dada dan kepala digoyangkan, sape paham boleh gelak).

08 March, 2011

Bedsheet comel

Bedsheets yang baru diambil dari dobi

Korang minat beli bedsheet atau cadar dalam bahasa melayu nya? Aku ni peminat cadar. Lagi pulak Sogo rajin wat sales cadar kan? Mesti nak tengok dan kalau iman tak kuat, terjebak membeli. Geram betul tengok cadar cantik-cantik. Gamba di atas tu je dah 2 beg cadar baru lepas basuh amik dari dobi.

Aku suka cadar comel-comel motif bunga kecik ke. Sejak ada anak, cadar kartun lah jadik pilihan. Sambil baring sambil belajar, ada tulisan ABC. Hehehe..tapi aku beli cadar selalunya RM50 ke bawah harganya, size Queen. Percentage thread count banyak, baru sedap tido tau.

Haritu nampak cadar Friven kat Sogo cantiknya warna hijau bunga kecik2. Comel sangat. Jom terjah! :P

07 March, 2011

Terima kasih


Ramai ke orang baca blog aku ni? I ingat merapu sorang-sorang je. Baru 5-6 hari buat Visitors Statistik ni dah 300+. Hari ni ada 20 orang pelawat. Tak sangka ye. Terharu i. Haha. Sapa yang sudi baca senyap-senyap tu, terima kasih. Mari lah kita bertukar link. Kawan-kawan lain, terima kasih juga sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni :)

My Bestfriend's Wedding

First of all, nak mintak maaf kat Oja sebab lambat sangat update pasal wedding dia. Dah sebulan, Oja pun dah sampai ke Moscow.

Actually dari Melaka haritu, terus shoot ke Kulai untuk attend my bestfriend's wedding ni. Jauh rupanye Kulai tu ye. Dah la haritu anak-anak tak sihat, tapi ku gagahkan jua demi kawan tersayang. Nasib baik suami tersayang pun memberi sokongan padu dengan drive all the way ke sana. Terima kasih, jasamu dikenang.

Sampai di rumah kenduri kul 4.30 pm. Sila bayangkan betapa jauh dan laparnya saya. Hehehe.. tu yang terjah nasik dulu. Nak suapkan Syirah sekali tapi dia susah nak makan, pagi pun tak breakfast. Maka masa ni lah bermula kejadian Syirah muntah-muntah. Tu lah aku kata holiday kali ni sangat mencabar. Kat Melaka Irfan demam, kat Johor Syirah muntah. Dugaan sungguh.

Pas makan terus amik gamba, nasib baik Oja tak tukar baju lagi. Perjalanan 4 jam tapi dok umah Oja tak sampai setengah jam. Sedey kan.


Family saya dan pengantin. Bukan nak cakap tapi nak bagitau, anak saya si Syirah ni kalau sakit pun diam. Jenis tak banyak cengkadak. Masa bergambo ni dia dah peluh-peluh. Tapi dia boleh diam. Sejurus amik gambo dia berdiri depan pelamin dan muntah kat lantai. Nasib baik tak kena pelamin Auntie Oja. Tumpang bilik air Oja untuk mandi dan tukarkan baju dia. Sayang betul kat dia ni tau sebab tak suka susahkan Mama tapi Mama tak kisah nak oii.. muntah dalam perjalanan balik lebih 5 kali pun Mama tak kisah demi mu anak.


Selamat Pengantin Baru Oja dan Ghauth. Sorry ye aku singgah sekejap je kat umah ko. Semoga rumahtangga yang baru dibina kekal bahagia ke akhir hayat. Ko dah kat Moscow tak dapat nak jumpa. Cepat-cepat dapat baby nanti Syirah n Irfan ada kawan bila buat birthday lunch. Take care my fren. Friendship forever.
p/s: Next - Anis n Kerun. Tak sabo ni..

04 March, 2011

Sama tak serupa


Part kaki tak tahan tu.
Sampai senget-senget. Naaaaak jugak.

03 March, 2011

Adik-beradik

Mula-mula baring sama-sama sebab Mama nak bacakan books. Ni lah aktiviti kami bila weekend kalo tak ke mana. Memerap dalam bilik. (Eh muka adik tu beria nya pandang camera).


Pastu books tah ke mana kan, tengok adik dah start nak panjat.

Aksi seterusnya korang tengok sendiri.



Cari mangsa seterusnya. Sila takut dengan saya. Wahahaharghh..