Advert




16 March, 2011

Masalah kecacingan

Bila kali terakhir korang makan ubat cacing? Jangan ingat kanak-kanak je kena makan ubat cacing, orang dewasa pun kena makan. Penting tau makan ubat cacing, jangan main-main.
Aku baru tau rupanya ubat cacing kena makan 2 kali setahun. Sebagai langkah pencegahan walopun ko takde cacing. Syirah kan tak suka makan dan kurus melengking so aku gi klinik baru-baru ni dan mintak advise doktor pasal ubat cacing. Doktor lah cakap kena bagi setiap 6 bulan sekali regardless anak ko main tanah ke tak. Sebab punca dia dari banyak sumber. Pastu doktor cek Syirah, takde pun masalah kecacingan tapi kena gak makan ye puan.
Syirah dah makan ubat cacing ni
Harap-harap cacing2 dah terbunuh
Tetiba jadik pembunuh kan


Ok, mari baca info sangat berguna ni:

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia
Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Tanda atau Gejala Jangkitan
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Demam, ruam-ruam badan, alahan
Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Kesan Kecacingan
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran (Stephenson et al 1998).

Pencegahan dan Rawatan
Apa yang anda perlu buat :-
Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
Potong kuku pendek
Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Pemberian Ubat Cacing
Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.

6 comments:

AdanyaKauUntukku said...

ada dengar pasal ni
tapi sampai sekarang akak tak de bg anak-anak akak makan lagik....mmg wajib yek Farah

mama-syira said...

Kak Ila,
kena bagi kak. langkah pencegahan. hehe

sufiza said...

salam kenal..mohan share info ni yerr..sbb ank sy pon baru jer kena jangkitan nih..untuk rujukan mase depan.. tq

mama-syira said...

Salam kenal Sufiza.
Dipersilakan... sharing is caring

Anonymous said...

Ubt utk bunuh spesies cacing yg berlainan sume sama ke?

Anonymous said...

Ikut yg disarankan zentel, utk cacing selain cacing pita n cacing benang,mkn ubat yg sama cuma kena makan selama 3 hari berturut2