Advert




31 May, 2012

Hari Guru

Dah lama berlalu kan Hari Guru? Ni dah cuti sekolah pun.  Mama lupa, baru nak story mory. Cikgu pun satu tau, ada ke lusa ada sambutan Hari Guru. Harini baru nak bagi surat. Kalo tak boleh lah tempah kek ke, muffin ke, kuih ke untuk bawak. Cikgu tak lah suruh bawak makanan tapi bagi memeriahkan majlis kata orang.

Sehari sebelum hari guru tu Syirah dok la risau nak bawak apa harijadi cikgu kata dia. Hahhaa..  Malam tu menggagau la pegi cari kek. Secret Recipe kek sebijik kan kemain mahal RM84 inclusive tax. Boring je plain macam tu

Pegi Tesco, ada kedai kek King Confectionery. Ingatkan murah la kek situ, sama gak mahalnya. Ada pulak beberapa kek angry bird. Syirah dah terlompat-lompat excited. "Iyah nak kek angry bird! Iyah nak kek angry bird!"

Kak, ni harijadi Iyah ke harijadi cikgu? Tapi sebab nak jugak jugak, belikan je lah. RM66 ye harganya.  Takpelah nak makan dengan cikgu dan kawan-kawan. Comel jugak kek nya.

Kat sekolah cikgu dan kawan-kawan panggil dia Maira =)



Kad ni beli jugak, tulis sendiri. Mama sebut, dia tulis. 



Thank you teachers.  Semoga Syirah bakal menjadi murid yang bijak ilmu duniawi dan ukhrawi.  InsyaAllah.

Esoknya selepas sambutan hari guru kat sekolah, tanya dia "Kakak makan tak kek tu, sedap tak?" "Iyah tak sempat makan dah habis".  Emmmm anak saya ni memang bab ni memang ketinggalan. Slow motion. Takpelah kak. Lain kali lah makan :P

2 comments:

Anis Rahim said...

wahhh...pandainye Iyah...da boleh menulis and mengeja ek....congrats, Iyah....auntie anis so proud of you...

mama-syira said...

Thank you Auntie Anis :)