Advert




30 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya (2).

Maaf lah ye baru nak sambung episod ha.. iklan bertahun hehehe...

Papa sampai lambat dari Cherating, dah dekat kul 9 malam. Kami bertiga beranak dah kelaparan.  Terus Papa ajak dinner kat restoran dalam hotel je.  Food wise biasa-biasa aje, harga standard hotel lah.. mahal kan.  Tapi portion besar.


Alhamdulillah, kami dapat complimentary anniversary cake dari pihak hotel.  Sedap bangat fruit cheese cake nya.  Kek ni actually petang tu pihak hotel dah hantar kat bilik.  Malam tu baru kami celebrate anak-beranak dalam bilik.


Amboi muncung Mama yang paling tajam.. beria nau..Semoga rumahtangga kita kekal bahagia dan dirahmati Allah hingga akhir hayat.  Gaduh tu biasa lah nak wat cemana..kalo tak gaduh takde la perkataan PUJUK dalam kamus. Kan kan.. kalo tak pujuk cemana nak manja, kalo tak manja cemana nak dapat hadiah..eh lelebih plak...


Mama takde idea and duit pun tak berapa nak ada, so itu je lah yang mampu bagi kat Papa.  Kasih sayang je mama bagi k Papa? haha


Pagi tu, anak-anak tak mandi lagi dah turun breakfast.  Budak-budak takpe jangan mak bapak budak tak mandi turun breakfast tak senonoh sangat rasanya.


Lepas breakfast, menggelupur nak mandi pool.  Sebab apa tau, pool sama level dengan bilik kami.  Keluar masuk memang akan melalui pool tu yang tak menahan tu. Pool kat atas... so nampak building lain di sekitar hotel.



Papa tengah melayan anak-anak mandi. Cantik kan building hotel ni..



Manakala Mama melayan feeling sambil kaki melunjur atas kerusi malas berpayung putih. Gitewww...





Lepas bersiap dan check-out..kami jalan-jalan dalam hotel sebelum balik.



Main kat tepi tasik buatan..


Bye-bye Pullman. Tak cukup 1 malam rasanya.. Papa nak tambah lagi 1 malam tapi mama yang tak nak.. takpelah maybe next time.  Till we meet again. Begitulah cerita bulan madu kami yang ke-6.  Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas nikmat kurniaNya.


Info:  saya book hotel online through asiarooms.com 3 hari sebelum. Dapat harga RM320 incld. breakfast. Price may vary depends lah ye...

22 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya.

Memang menjadi kebiasaan tetiap tahun kami akan celebrate wedding anniversary kat mana-mana hotel selalunya yang dekat-dekat aje.  Yang penting tak nak kat tengah-tengah bandar. Tahun ni plan nak jauh sikit, tak la jauh sangat paling jauh ke Colmar Tropicale je cadangnya tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kami memilih Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. 

Alhamdulillah rupanya pilihan Mama tepat. Poyo tak. Hotel ni jauh dari hiruk pikuk bandar walaupun kat Putrajaya, dan berhampiran ngan PICC.  Yang penting, ada tasik by the side of the hotel.  Konsep hotel ni (bangunan) bertemakan etnik Melayu, India, Cina dan Borneo.

Kisahnya, mama drive sendiri dari Klang ke Putrajaya dengan dua orang kenit ini.  Papa last minit kena attend meeting kat Cherating dengan bos dia.  So sebab hotel dah book, kena lah pegi jugak hari Jumaat tu check in. Papa bila habis meeting sampai Jumaat tu baru bos dia hantar terus ke hotel Pullman.  Allah Maha Besar sepanjang perjalanan dipermudahkan, paham-paham la jalan kat Putrajaya ni one way je.  Perjalanan mama ngan anak-anak smooth sailing dari Klang ke Putrajaya tanpa sesat! Hehehh...cayalah! *muka belagak idong kembang kempis*

Dah sampai. View sekitar hotel sangat cantik. Anak-anak kat luar pintu lobi hotel. 


Ini konsep Borneo kot?



Irfan kat tepi pool ikan-ikan banyak sangat. Ni of course konsep bangunan etnik Cina. Kawasan hotel luas memang jenuh gak nak berjalan.


Lepas tu, jalan-jalan tepi tasik.. scenery mendamaikan.. walaupun tasik buatan tetapi SubhanAllah cantik.



Alah alah alah..suka tengok gamba ni. Macam sweet je. Beria dua beradik ni berborak meluahkan isi hati kew? Hahahhaaa



Dah penat jalan-jalan, tak masuk bilik lagi ni lepas check-in tadi. Beg pun tak amik lagi ada kat bell boy hahahha selamba tinggal. Ok jom naik bilik! Yabeda beduuuu..


Bilik tak besar sangat, just nice kata omputeh.  Yang best, ada jakuzi dalam bilik! Aku ni kalo pilih hotel, kalo boleh dalam hotel nak carpeted.  Takmo lantai je nanti sejuk nak pijak pastu kalo kena tido bawah, tak sakit sangat badan.

Ewah... kemain lagi anak-anakku posing.



Mama pun apa kurang nya... hahahhahahhaa bagi chance lah woi


Jakuzi tepi katil.. tepi tingkap. Kalo honeymoon sila tutup tingkap tu kot nak mandi naked suami isteri pun ape ada hal. Yang ni anak-anak je lah naked mandi hahahha


Irfan tengah intai mama. Suka la tu. Happynya tengok anak2 happy. Time ni Papa belum sampai. Mama layan tv kaki melunjur atas katil sambil makan mister potato tgk anak-anak mandi jakuzi. Walahhh.....nikmat.


Dah letih mandi, bagi susu.... tidoooo.

To be continued...



17 January, 2013

Family Day Office Mama @ Sunway Lagoon.

Seperti biasa lah citer lama baru nak buat entry.  Maklom la blog suam-suam kuku katanye.. Ni kisah ujung tahun lepas.  Tempat mama work ada buat family day untuk staff dan keluarga.  Dapat lah Mama bawak anak-anak (papa tak ikut sebab outstation) bersplash splash kat Sunway Lagoon. 

Sebelum acara mandi manda, kakak ada masuk acara pakaian beragam.  Itupun last minute committee family day ni call.  Nasib baik ada baju gaun. Kepak butterfly dengan stick tu menggagau cari kat kedai kat umah nasib baik ada. Hehhee..  Nak pulak Syirah tu. Ingatkan dia segan ke tak nak. Rupanya suka hahahhaha.... selamba je catwalk.


Tapi tak menang la dapat saguhati je.  Ok la kan saje nak bagi dia berani berdepan orang ramai.


Lepas tu ada acara untuk ibubapa jugak. Persembahan setiap jabatan. Mama masuk nari-nari cam orang gile. hahahhaha... wat malu kat anak2 je. Dah la kalah pulak tu.

Yang penting, the kids were having so much fun!




Actually pagi tu datang dengan Ayah Ngah so Ayah Ngah la jaga anak-anak sementara. Dah tengahari sikit, Mak pulak datang.  At least boleh la tolong tengok anak-anak yang tak keruan bila nampak air.


Lagi-lagi minah yang berani sangat ni.  Menonong dia naik slide budak2 yang paling tinggi, kami tak sempat nak larang. Tetiba dah sampai atas siap beratur dengan budak2 besar.  2-3 kali dia naik slide ni.. happy sangat dia..


Dah penat mandi, pegi tengok binatang-binatang kat Wildlife Park.  Kami tak explore semua tempat sebab tak larat.  Lepas tengok binatang, sambung mandi lagi before balik.  Mama dah siap2kan susu sebelum drive.  Belum keluar dari parking, dua-dua budak sudah ketidoran susu pun tak abis hahhaa padan muka penat.


Terima kasih BNM bagi tiket free untuk kami dan jugak doorgift.  Ohh mama menang lucky draw juge, iaitu sebijik thumbdrive yang shomel. Jadik la dari takde hahahhaha...

Bye.

16 January, 2013

Doa untuk ibu bapa.

Dulu masa arwah abah ada, susah nak tunjukkan sayang. Susah nak jaga baik-baik walaupun arwah abah tak sakit. Bila dia dah takde, terkeluar lah perkataan 'menyesal dulu tak sempat ini, tak sempat itu, bawak sini bawak situ'. Kan.

Sementara mak masih ada, yang mana boleh berbakti setakat yang Dina (panggilan kat umah) mampu, Dina buat lah ye mak. Mungkin ini lah hikmah rezeki Allah bagi rumah dekat ngan mak supaya Dina boleh selalu tengok mak. Allah nak bagi pahala kat Dina lah tu.  Terima kasih Allah, kadang kita tak nampak semua ni bila dah ditimpa ujian baru kita sedar.

Nak kenangkan pengorbanan mak memang tak cukup lah satu entry. Mak dulu berniaga membesarkan kami 5 beradik lepas arwah abah meninggal. Kami gilir-gilir ikut mak berniaga.  Tengah sibuk masak untuk berniaga pun mak sempat amik Dina kat stesen komuter balik keje lepas tu amik adik balik sekolah (masa tu Dina belom kawen n takde keta lagi).  Penatnya Allah Maha Mengetahui tapi Dina boleh nampak dari muka mak. Sebab tu sekarang mak tak sihat sebab banyak buat kerja berat demi kami. Pengorbanan mak memang tak dapat dibalas tapi apa yang mampu kami beri..

Mudah-mudahan mak diberikan kesihatan yang baik supaya kami dapat berbakti lebih lagi dengan mak.  Dan semoga kami dapat menjadi ibu yang baik jugak buat anak-anak kami. Bukan untuk dibalas jasa tapi cukuplah sebagai peneman di kala tua nanti.


Sementara mereka masih ada, kawan-kawan mari doakan mereka. 


10 January, 2013

Cempaka 2 UiTM Shah Alam yang dirindui.

Masa pegi tengok Ucu konvo haritu, sebelum tu sebenarnya menyinggah ke hostel lama Mama kat UiTM Shah Alam.  Kolej Cempaka 2!! Rindu sesangat. Sebenarnya masa buat part time study dulu, setiap kali balik class mesti lalu depan kolej C2 ni sebab nak tengok.  Banyak kenangan tercipta kat sini yang pastinya kenangan-kenangan manis sebab tu lah rindu. Kalo kenangan pahit nak lalu pun trauma ye tak.

Bayangkan Mama dok kolej ni dari pra-diploma sampai habis part 6.  Otai habis! hahahhaa...Biasalah zaman tu orang panggil GP.  Muahahaa. Kalau sesapa student UiTM Shah Alam tau lah kolej ni tepi jalan student-student balik class.  Dekat ngan Perindu. Memang centre dekat ngan menara jugak.  Tapi sekarang semua kolej cempaka/kenanga dah jadik classroom :(


Pandangan C2 dari C4 (cempaka 4).  Sekarang jadi tempat parking. Ingat lagi tempat parking ni dulu kami bersenam robik masa minggu induction. Kalo ada minggu konvo, sini tempat bazar jual makanan, bunga lah ape lah. Dan tempat student2 berdating.. :P



Bahagian dalam Cempaka 2.  Tak sangka kerusi tempat melepak tu ada lagi.  Malam2 senior2 lepak situ pastu jerit nama orang.  Kanan tu dorm masa part 2. Dalam tu ada 12 orang.  Budak2 nya rajin study semua pandai-pandai.



Ni masa dah part 4 rasanya terus naik tingkat 4. Tingkat paling tinggi. Masa ni dah senior. Hahhaa.  Bilik sebelah-menyebelah dengan bestfriend. Makanya tetiap petang bancuh air makan biskut sama2. 



Tangga ni untuk ke kolej-kolej Kenanga kat bawah nun. Kat kerusi bawah tu ada koperasi tempat beli makanan, megi dan roti di kala kelaparan. Kat atas sikit tu ada cyber cafe. Dedulu kan mana ada internet on-the-go semua kena ngadap pc.  Hehehe.. buat assignment pun kat situ.


Dining hall!  Tempat mengisi perot. Menu yang paling famous tentu lah ikan jaket. Walaupun makanan berulang-ulang je tapi tetap makan dengan happy sebab makan dengan kawan-kawan.  Mama dengan roommate rajin pegi breakfast during weekend sebab orang lain tak rajin bangun pagi. So dapat lah makanan extra lebih2 lagi telor setengah masak. Hahahhaa..


Kalau nak cerita kenangan2 kat C2 ni memang tak abis lah. Terlalu banyak, semua yang happy2. Syukur alhamdulillah dapat merasa dok hostel kat UiTM dan dapat pulak hostel yang happening. Kakak-kakak senior yang best, kawan-kawan yang best dan semestinya pengalaman yang tak dapat kat tempat lain. 

I love u C2!


09 January, 2013

08 January, 2013

Balik kg Ulu Yam - makan buah dan mandi sungai.

Kisah tahun lepas agagagaga.. baru nak citer.

Nenek Usu ajak balik umah persinggahan. Suruh cucu2 kutip buah pulasan ngan rambutan sendiri dari pokok. Kira-kira nak ajar cucu-cucunya Alam & Manusia. Hehehe..


Motip utama kalau balik kampung. Harus lah MANDI SUNGAI! brrrr air sejuk giler. Sungai ni tepi umah sedara so tak tercemar dengan orang-orang luar. Lokasi dirahsiakan. Hahahaaha..




Bestnye mandi sungai.  Kakak si kurus mandi sikit dah menggigil kesejukan. Adik ada isi sikit so tak sejuk sangat. Mama isi banyak laaaaaaagi lah tak sejuk.  Ada paham?


04 January, 2013

Will update later.

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2013.

Semoga semuanya bakal dipermudahkan dan diberkati perjalanan hidup kita di bumi Allah swt ini.

Takde masa (read: malas) nak update blog.

Nanti kita update ye. 

Till we meet again..bye.