Memang takde nak pegi mana sebab dah decide nak lepak rumah je mengemas, masak, makan, tido, baring, tengok tv..gitu lah antara aktiviti yang dirancang. Papa pulak pegi outstation. Maka bertiga beranaklah kami. Nasib baik umah Opah dekat. Aku bukan apa, dah trauma nak pegi jalan jauh during CNY ni. Akibat peristiwa balik dari Kedah ke KL masa pregnant Syirah 5 tahun lepas. Dah la tengah pregnant, duduk dalam keta sikit punya lama dekat 10 jam. Nak stop kat R&R pun tak bleh sebab jalan nak masuk ke R&R pun jem! Huwaaaaa tobat aku.
Diam tak diam..hari Sabtu pagi-pagi Opah dah call "takde nak pegi mana ke, jom lah pegi Giant..Opah nak cari jubah". Eh sejak bila Giant jual jubah? Bukan dalam Giant, kat luar Giant tu ada satu butik tu jual jubah, baju kurung ready made banyak cantik-cantik. Ok lah Opah, tunggu nanti kami datang amik Opah. Nasib baik umah dah siap kemas mop malam tadinya. Kalau tak, tak senang hati nak keluar umah.
Kalo dah sampai ke Giant, takkan beli jubah sahaja? Lunch lah sekali sebab balik takyah masak. Hahha pemalas. Kat umah bukan ada orang. Kami lunch kepci.
Adik bab makan mesti lah excited. Kakak bab posing je lebih, makan ada la dua tiga suap pastu dah kenyang.
Hari Ahad pulak dah plan nak baring-baring je kat umah sebab kakak macam nak demam balik (jumaat dia dah demam tak pegi skool). Sabtu tu dah ok makan ubat, dah pegi kepci semua. Petang Ahad tu, budak demam request nak nasik ayam. Dia kalo nasik ayam nak yang The Chicken Rice Shop je. Bukan kat kedai biasa. Punya lah demand budak sekarang. Tapi puas hati bawak dia makan sini sebab memang akan makan banyak kalau makan nasik ayam The Chicken Rice Shop. Feberet dia.
Cian budak demam, muka pun longlai ha. Makan nasik ayam kat Jusco Bkt Tinggi.
Manakala yang ni happy sokmo... dapat pegi jalan, mana tak happy.
Mama ngan Mak sempat shopping sket. Kami pergi petang raya, so banyak kedai dah tutup sebab Cina nak gi makan yisang.
2 beradik yang perasan dan 2 beradik yang sibuk nak amik gamba budak2 perasan. Paham?
Bestnye cuti panjang kan, so Isnin pulak pegi makan busat kat umah Kak Qish (officemate) kat Bukit Tinggi. Ni memang dah plan before cuti. Saje nak bergossip sambil bawak anak-anak berkenalan.
Syirah, Irfan dan kakak baby. Mama dia panggil baby, iyah ngan ipan kena la panggil kakak baby. Hahahha.. anak officemate aku tu. Comel macam anak omputih.
Kami potluck. Makan petang yang light-light je sambil makan sambil citer hal ehwal semasa, hiburan, office, sejarah dan berita antarabangsa. Hadooo?
Pastu budak-budak kami rendamkan dalam air. Ha main lah air puas-puas takyah gi Sunway Lagoon yang mahal tu. Ni kat umah je save budget satu hal, air pun tak kotor. Aku geli sikit nak bagi anak-anak mandi tempat ramai-ramai camtu. Syirah tak mandi, almaklumlah tengah suam-suam kuku recovering from demam.
Sorry lah entry terpanjang sebab cuti panjang. Hahhaha... hari Selasa, pengakhiran cuti. Kejap je pun ingat lama sangat cuti 4 hari kan? Kami adik-beradik buat BBQ kat umah Opah. Adik aku lah yang sibuk nak buat. Kami follow je. Aku datang makan je, lagi best dan pemalas.
Adik aku yang lelaki tu kan pandai masak, ni lah antara yang dibbq kan. Ayam, udang, frankfurters, kentang, roti garlic tu sedap. Pandai dia buat. Sian adik aku, lepas BBQ tu dia keluar gi padang nak exercise naik basikal fixie dia. Sekali jatuh, tangan patah. Sekarang kat hospital lah tu kena operation tangan. Sian bini dia berjaga kat spital. Dugaan pengantin baru.
Begitulah cerita hari cuti yang panjang. Eh sudahnya mana pegi nak baring-baring tu? Tak dapek gak. Tapi nasib lah dekat-dekat je pun.
Kesimpulannya, kalau ada duit, boleh lah bercuti bawak anak-anak jalan ke hotel atau lain-lain tempat. Tapi kalau rasa nak simpan duit atau nak save budget, banyak benda yang boleh dibuat tanpa perlu keluar duit. Pegi lah beriadah ke taman permainan, mandi kolam depan rumah, main cikgu-cikgu dengan anak dalam rumah (boleh belajar sekali), tengok dvd dengan family (buat macam wayang), macam-macam lagi. Lagi bagus kalau pegi berziarah saudara-mara kan?
Kesimpulannya, kalau ada duit, boleh lah bercuti bawak anak-anak jalan ke hotel atau lain-lain tempat. Tapi kalau rasa nak simpan duit atau nak save budget, banyak benda yang boleh dibuat tanpa perlu keluar duit. Pegi lah beriadah ke taman permainan, mandi kolam depan rumah, main cikgu-cikgu dengan anak dalam rumah (boleh belajar sekali), tengok dvd dengan family (buat macam wayang), macam-macam lagi. Lagi bagus kalau pegi berziarah saudara-mara kan?
Hari ni Jumaat. Sabtu & Ahad nak buat apa pulak? Happy weekend ols!
No comments:
Post a Comment