Advert




06 January, 2012

Duduk Cafe

Cer teka ni kat mana? Teka tau..


Tak banyak kedai bukak lagi. Nak shopping apa pun tak tau kat sini sebab mostly restoran je.


Lunch kat sini beberapa Jumaat yang lalu (dah lupe). Sebab terpengaruh kat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Bab makan cepat je terpengaruh.. ish ish ish..


Duduk Cafe ada signature aiskrim cake yang tersendiri. Tu yang tampal kat dinding tu. Tapi tu bukan lah cakenya tu just sebagai wallpaper. Nanti aku citer pasal cake.


Mula-mula citer bab main dish dulu. Aku order set nasi lemak dapat dengan air cincau sekali. Harga RM9++ tak silap aku. Kira mahal lah kan. Rasa pun kureng sedap. Nasik lemak mesti lah sambal yang penting kan, sambal dia pedas tapi pedas tak tentu arah.  Member aku si Norin order soto yang tawaq habiaq, Seri pulak makan spageti. Spageti not bad lah boleh tahan sedap.


Ok citer pasal cake tadi, ada beberapa flavor. Kami pilih flavor lain-lain so boleh merasa. Yang ni memang sedap, dalam bekas comel, ready to eat. Something new, brilliant idea. Harga RM5 satu.


Kalau korang rasa terpengaruh, boleh la pegi. Kat mana? Kan tadi aku suruh teka. Teka lah. Takpun google kan ada :P Hahhaha jahatnye aku.  Sila terjah tapi tak terjah pun takpe sebab tak sedap. Statement jujur katanyeww..



1 comment:

ida said...

hai ade jual hndbg ke