Mama sudah terjebak dengan drama ini. Mungkin dah ditakdirkan untuk menonton Sein!!! (yang dah lama tak berlakon) sebab kebetulan turn on chanel TV9 hari Isnin tu, cerita ni dah 10 minit berlalu. Aku pun update status kat FB tanya citer ni dah berapa episod. FB frens replied baru episod pertama. Wohooo..
Suka sangat tengok Sein dan Nora Danish, comel sangat berdua. Sein dah la handsome, Nora comel macam baby doll.
Sinopsis
Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya.
Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dari Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’.
Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.
--------------------
Selasa lepas adalah episod yang keempat. Mereka dah pun bernikah di Paris. Tapi selepas malam pertama (teetttt), keesokan paginya bila Mikhail bangun tengok Ariana dah takde kat sebelah. Ariana tinggalkan surat yang dia terpaksa balik ke Malaysia dan minta diri dia 'dilepaskan'. Mikhail menangis dan persoalkan apa salah dia. Manakala Ariana masa tu kat airport sedang menangis merindukan Mikhail. Atas nasihat Jamil, Mikhail pun melafazkan cerai talak satu ke atas Ariana disaksikan Jamil.
Sehinggalah 4 tahun kemudian (cerita dah kembali kat KL), Mikhail dah bertunang dengan seorang perempuan bernama Mysara. Mysara ni adalah seorang perempuan bekerjaya yang macam jahat je (andaian aku). Mysara macam nak tangguhkan perkahwinan sedangkan Mikhail dah ready to settle down. Di penghujung episod 4, Ariana berjumpa driver arwah ayahnya kat sebuah restoran untuk kirim perbelanjaan untuk maknya. Rupa-rupanya mak Ariana marahkan Ariana sebab tak balik masa bapak dia meninggal ataupun marahkan sebab benda lain tak sure. Ariana ada cakap "Ariana dan Mimi akan balik bila mama dah sedia untuk terima kami". Siapa Mimi? Aku suspek mesti anak dia ngan Mikhail. Perghh satu malam pun dapat anak. Ekekeke aku suspek je lah, maklom la citer melayu. Hahhaa. Tak sabar nak tunggu next episod sebab Ariana akan terserempak dengan Mikhail masa keluar dari restoran tu. Tunggu next episod!

Korang nak tau aku tengok drama ni camne? Concentrate tetap concentrate layan perasaan, tapi bila iklan je aku cepat2 berlari basuh botol2, iklan lagi berlari masukkan kain dalam mesin basuh, iklan lagi sediakan beg anak-anak, so kita boleh jimat masa di situ. Tak la terbengkalai keje. Irfan alhamdulillah dah tido, Kakak pulak ada kat sebelah buat homework. Sesambil tengok homework kakak sama. Hahahha... bagi lah can sesekali Mama layan drama. Bukan selalu nak follow drama berepisod ni. Selalu tak follow. Ni sebab Sein ni..
Jangan lupa setiap hari Isnin & Selasa, 8.30 malam, TV9. Sib baik 15 episod je =) Kalau tak, laghaaaaaaaa je lah dunia Mama ni.
No comments:
Post a Comment