Advert




19 January, 2012

GM Klang

GM Klang ni Wholesale City tau kawan-kawan. Apa yang best dengan GM? Sebab macam-macam ada. Dari baju budak, baju orang tua, barang-barang permainan, handbag, kasut, barang household, eh macam-macam lah tak tau nak cakap. Kalau beli banyak, dapat harga laaagi murah. Besar tau building dia. Ada 6 Pavillion semuanya. Aku baru sempat pegi Pav 1 & 2. Lain-lain pavillion, lain-lain kaler building dia. Korang nak tau lanjut, gi kat website GM Klang.

Bulan lepas punya citer ni. Aku dah lama nak pegi tapi tak terpegi-pegi. Satu hari Sabtu tu boring dok umah, Papa plak takde. Dah siap berkemas, breakfast semua boring pulak. Aku gamble pegi dengan budak 2 orang ni. Boleh? Bertiga beranak je pegi. Dulu berdua dengan Syirah keluar berdua tu perkara biasa. Sekarang ada tambahan ahli kumpulan iaitu Ipan. Hahahha.. macam kumpulan muzik pulak kekdahnya. Tapi aku yakin, Allah bersama kami. Pasti segalanya dipermudahkan. Sebab selalunya begitu, am sure :)

Sampai kat GM tu lebih kurang kul 10 pagi, aku aim nak parking depan pintu. Tapi parking macam dah penuh. Jalan depan sikit, eh ada parking kosong satu je tinggal betul-betul depan pintu dan depan pak guard. Alhamdulillah, kan aku dah kata :) Siap pak guard tolong bukak kan pintu sebab aku tengah nak amik stroller Ipan.

Nak amik gamba bangunan punya pasal, anak-anak aku suruh tunggu situ. Nampak tak? hahaha..

Antara kedai-kedai yang aku sempat snap gamba. Banyak gak aku dapat amik gamba rupanya ye. Ye lah sebelah tangan tolak stroller, sebelah tangan pegang Syirah. Jangan risau, GM ni beraircond, selesa nak jalan. Anak-anak pun suka (sebab banyak kedai mainan). Kebanyakan kedai kena beli in bulk lah. Sekali sedozen camtu. Tapi kalau nak beli satu boleh cuma harga jadik mahal.

Kalau nak buat party packs pun banyak kedai jual plastik bag, belon, stationeries comel2..lengkap satu kedai untuk buat party packs sendiri.



Ada kedai jual handbangs murah untuk manja-manja bawak pegi kedai runcit, ada yang mahal gred AA, sampai AAAAAAAA tak tau sampai berapa nak abis gred tu. Hahahha..



Beg untuk siapa yang bercita-cita nak jadik Nurul Shukor atau bukak butik andaman pengantin pun ada =)


Baju kurung ready made, tudung, jubah. Semua gamba yg aku amik ni hanya kat 1 pavillion je, itupun dah banyak kedai. Nak pegi semua pavillion penat kot.



Tujuan aku pegi GM hanya lah untuk memborong baju tido budak-budak. Yeeeehaaaa. Banyak ok kedai jual baju budak-budak.  Bukan baju tido pun ade, brand macam kalo ko pegi Bandung tu. Gap, Carters, Guess, bla bla. Tak ke ko jadik gile? Satu je gamba kedai aku amik. Selebihnya aku dah tak hengat dunia tengok baju. Kalo tak beli pun, cuci mata. Puas hati.


Mama merembat baju tido budak-budak. Kalo beli satu, harga lain. Beli 6 set, terus jatuh harga murah. Nak pilih ni pun makan masa setengah jam sebab banyak kan, rambang mata. Nasib baiklah bebudak ni behave.


Nak pegi lagi nanti...tapi rasanya baju anak-anak aku ni banyak sangat dah. Asik la membeli. Agak-agak kalo aku beli banyak-banyak ada tak orang nak beli? Hehehhe.. sedap sangat memilih ni.
Kalo nak pegi, guide dia senang je. Berdepan dengan Jusco Bukit Tinggi. Business Hour : 10am to 7pm Monday to Sunday inclusive public holidays :)

7 comments:

farikh said...

kita slalu pi sini beli model kapal terbang. Murah gila kak, sebijik sploh hengget je. kalau kat GM chow kit sebijik rm15 pastu minimum kene beli 3 bijik, baek pegi GM klang, nak beli sebijik je pun tarak hal

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

mak aii bestnya...
ada lagi satu wholesale yg erin nak share, khas utk pakaian2 berfesyen...gi ofis ke, kenduri kawin ke ekekekke:D

Kenanga City Wholesale kat belakang Jln Loke Yew tu je...dari ofis kita dekat je tu....

mama-syira said...

Farikh,
oo ko selalu la dtg Klang ye. best kan? rasa macam nak berkampung.. hahha..

Erin,
best utk borong baju budak2 erin. nanti erin wat lah entry pasal Kenanga City tu..

PM Borong said...

GM Klang kini sudah ada bangunan yang setinggi 7 tingkat. Lebih banyak pemborong dan produk yang menarik. Kunjungilah kedai kami di 2F-15, Tingkat 2, GM Klang, Bandar Botanic, Klang. Kami adalah pemborong hiasan wanita yang paling baik di GM Klang. Pelbagai hiasan wanita seperti cekak rambut, rantai leher, rantai tangan, cincin dan sebagainya. Kalau berminat pandora dan vintage charms, datanglah ke kedai 2F-13. Terdapat lebih dari 1000 rekabentuk vintage charms.

ciahshope said...

yg jual hend beg tu timgkat brape yg ada beg lv gred Aaaa tu..sy pg x jumpa bnyk sgt kdi..pning kpla cari..sis leh bg info kt mne x
..nk cri beg lv tu je huhuhu x mampu yh ori😜😜😜😜

ciahshope said...

yg jual hend beg tu timgkat brape yg ada beg lv gred Aaaa tu..sy pg x jumpa bnyk sgt kdi..pning kpla cari..sis leh bg info kt mne x
..nk cri beg lv tu je huhuhu x mampu yh ori😜😜😜😜

Unknown said...

kalo sekarang berapa ye harga 1 kapal... kalo borong jatuh berapa yg 16cm? kt gm klang pe nama ledai dia