Biar betul dah nak dekat 2 tahun? Bukan baru-baru ni je bawak dia balik dari hospital pastu kakak melompat-lompat depan pintu rumah tunggu adik? Bukan baru-baru ni pantang kat Kedah dengan lauk-lauk nenek yang sedap-sedap?
Huwaaa cepatnye masa berlalu.
Dah 1 tahun 7 bulan baru pegi jab untuk 1 tahun 3 bulan (chicken pox). Dulu masa Syirah kemain on time kalo pegi jab. Anak dah 2 konon busy bebenor. Lagipun haritu Irfan demam, batuk, selsema pastu dah ujung tahun banyak kenduri every weekend. Balik kampung lagi, every weekend takde kat umah. Bila nya masa nak pegi klinik? Giteww alasan kan.
Adik buat klinik macam rumah sendiri maklom la dah biasa pegi klinik. Ekekekekee. Orang tak ramai sebab pegi hari biasa, semua orang pegi sekolah, dah pegi keje.
Masuk je bilik doktor, ”hai..irfan”. Doktor pun sudah kenal sebab dia kata Irfan peramah dan mulut bising. Hahahhaa... Irfan kan ada taik lalat betul-betul kat bibir bawah. Mulut boleh tahan dia ni. Kalo kat umah dengan kakak, macam ada seploh anak rasanya. Hiruk-pikuk. Kalo dia kentut atau dengar orang kentut cepat-cepat ”eiii” sambil tutup idung dia. Gelaran untuk Irfan ialah budak manja. Memang manja takleh nak explain, nak panggil Mama pun mendayu-dayu. Dah pandai gaduh dengan kakak. Dulu tak pandai berebut barang, sekarang kalo kakak nak apa yang dia pegang terus dia lari sambil cakap ”tak leh” pastu nyorok kat celah sudut.
Kenal jenis-jenis kereta, kalo nampak Wira.. ”mak mak” keta mak dia. Kalo nampak Kenari ”mama mama” keta mama dia. Kalo nampak lori Frontier tu ”ayah cik ayah cik”.. (abis la semua keta sedara mara nak bagitau), keta Papa dia tak berapa nak perasan lagi kot sebab kereta Papa macam banyak je yang sama kan jalanraya? Kiranya dah tau la beza jenis-jenis keta. Boys will always be boys kan?
Mula-mula check kebesaran kepala adik. Besar kepala ke kepala angin? Kepala angin dia ni, kalo tak dapat apa yang dia mintak..dia baling apa yang dia tengah pegang. Pastu barang keliling pun dia amik campak. Eii teruknye perangai. Ikut sape lah ni. Mama rasanya tak camni.. kalo tak Mama, sape? Jeng jeng jeng.... nak tuduh pasangan kepada Mama la tuh.
Beria mendengar apa doktor cakap sebelum kene cucuk.. tahulah nasib mu selepas ini.. hahhaa.. dia pegi tengok doktor masukkan jarum sebab doktor cucuk kat peha depan. Nangis sikit pastu diam. Tak macho la dik kalau nangis..jangan wat malu Mama. Gamba tak amik sebab nak suruh Papa, dia buat muka. So takyah la amik.
Sekejap je Irfan dah besar. Tu je lah nak citer. Entry nak cepat. Bye.
2 comments:
happy birthday irfan....marissa kim salam
Thank you auntie.
Wahh ipan malew... kim salam balik ye..
ahahhaa mak-mak yang over
Post a Comment