Advert




16 January, 2012

Syirah's 1st Time School Experience



Syirah's 1st day schooling

Entry ni mungkin agak panjang. Luahan rasa seorang Mama yang pertama kali berdepan situasi anak bersekolah, walaupun hanyalah sekolah tadika.  Nama sekolah Syirah - Tadika Intan Bestari, insyaAllah tadika Islam yang belajar English. Mungkin entry ni agak emo tetapi its from the bottom of my heart dedicated to my daugther and all mothers who have been experienced or will be experiencing the situation.

Tak sangka anak dara ku dah besar, walaupun birthdate dia hujung tahun tapi tetap lah kena terima kenyataan yang by October 2012, Maira Nur Insyiraah akan berumur 5 tahun.


Nak tak nak kena lah sekolahkan dia. Boleh gitu cakap nak tak nak? Kena lah kan, walaupun hati seorang Mama ni berat nak melepaskan. Risau yang teramat, Allah Maha Mengetahui. Biarlah orang nak kata aku ni over protective atau apa sekalipun, tapi itu lah hakikatnya. Aku tak malu mengaku yang im an over-protective mother. Protective bukan je dari kecederaan, dari macam-macam sudut. Dari unhappiness, bad experiences, rejection, from hurt feelings, failure, disappointments dan macam-macam lagi. Ni baru tadika aku dah risau, belum lagi darjah 1.  Risau boleh ke anak aku naik van sendiri, risau boleh ke dia handle sendiri kat sekolah tu? Cuma aku mohon pada Allah semoga berikan lah aku ketenangan dan berlapang dada untuk menerima hakikat bahawa anak aku PASTI BOLEH buat semua tu. Amin.  Kalau mama sendiri tak yakin, macamana nak bagi Syirah jadi orang yang berkeyakinan?Sebenarnya anak-anak kita BOLEH BERDIKARI kalau parents dia takde.  Percayalah. Ya, aku sedang menerimanya perlahan-lahan, please give me some time. Ketahuilah Syirah, Mama kat office sentiasa berdebar menantikan pukul 8am (time Syirah masuk sekolah), dan pukul 12pm (time Syirah balik sekolah). Bila Mama call Opah cakap Syirah dah sampai rumah ke, ok ke? Baru Mama lega dan boleh buat kerja dengan tenang. Kalau tak, nak makan pun tak lalu. 

Amik dia balik skool. Letih betul ni.

Hari ketiga Kakak skool iaitu hari Rabu, Mama dah start work. Mama tak boleh nak hantar sebab Kakak masuk lambat Mama dah kena naik train. Opah yang tolong siapkan kakak, pastu Papa yang hantarkan. Balik Mama practice kan kakak naik van, Mama dah informed cikgu yang kakak akan naik van dengan siapa, van mana. Mama pastikan makcik van amik kakak dan hantar kakak dengan selamat. Alhamdulillah cikgu pesan kena amik anak dalam pintu pagar, kalau luar pagar cikgu tak bagi. Walaupun sampai umah kakak berpeluh-peluh sebab makcik van tak bukak aircond, kakak kata ”Memang lah, kat luar kan memang panas”. Sorry Mama tercakap salah, ade ke Mama kata ”van makcik tu takde aircond ”. Terima kasih betulkan Mama, ape lah sangat panas sikit ye kakak? Kakak no hal kan? Theheheehee. Balik sekolah Mama call kakak, kakak kata kakak muntah kat sekolah. Alahai siannya anak Mama. Kakak kata dalam kereta nak pegi sekolah lagi kakak dah pening. Bibik skool kakak tukarkan baju kakak dengan baju spare.

Mama mintak izin cikgu nak masuk sekejap untuk amik gamba.
Syirah toleh belakang, nampak Mama. #Kantoi.

Hari keempat kakak menangis tak nak pegi sekolah. Mama kat tempat work dah susah hati. Papa cuba pujuk, kakak tetap menangis. Mama dah kuat semangat sikit masa ni, mama kata kat Papa, walau camne pun kena cakap baik-baik dengan dia suruh pergi sekolah tak boleh tak pergi nanti dia ingat kalau nangis je tak payah pegi. Don’t start.  Opah pun pujuk-pujuk and finally kakak nak pergi sekolah tapi Opah kena hantar sekali. Kakak masuk skool kul 9am, its ok bukan kakak masuk universiti pun, janji kakak pergi sekolah..masuk lambat pun cikgu tak marah.  Dan lagi sekali, Mama dapat tau kakak muntah kat skool.  Being Mama yang poyos, Mama terus google untuk tau sebab kenapa anak aku muntah setiap kali nak pergi sekolah.  Selama dia dah 5 tahun ni, kakak jarang muntah kecuali demam. Antara sebab-sebab yang Mama dapat, itu tanda-tanda anak yang nervous, panic dan risau akan sesuatu keadaan yang baru. Syirah mungkin tak biasa dengan keadaan ramai, tak pandai bersosial lagi sebab selama hari ni dia hanya duduk rumah berdua dengan Opah. Salah satu tanda orang-orang yang nervous termasuklah muntah. Ini jugak selalu terjadi kat orang dewasa, tak semestinya muntah ye. Kadang-kadang terkencing, sakit perut, buang air besar dan lain-lain. Macam kita butterflies n stomach lah kiranya ;). Bila petang balik rumah, mama tanya kakak kenapa muntah...kakak kata kakak bukan tak nak pergi skool tapi kakak takut muntah kat skool. Dia malu. Mama cakap camni ..kakak kena buangkan rasa risau tu sebab semua orang pun risau kalau ada benda baru. Mama pun akan risau, Papa risau semua orang ada rasa risau. Risau tu ape Mama? Risau tu macam takut. Ha Iyah takut hantu. Ahh sudah citer lain pulak budak ni. Dengar Mama cakap, semua orang kena pergi sekolah. Siapa yang tak pergi sekolah, dia tak pandai. Ok kakak, kakak kan good girl, budak pandai...Bila cakap camni, kakak angguk dan cakap ok.

Time ni kakak tak balik naik van, Papa yang amik.

Hari Jumaat, hari kelima kakak skool. Alhamdulilllah tak nangis tapi muka ada masam. Sebelum kakak sampai skool, Mama dah kol cikgu Sandra dulu seawal pukul 7.45 pagi untuk maklumkan yang anak saya lah yang muntah kat skool tu. Mama kata mungkin kakak nervous. Cikgu Sandra kata perkara biasa. Tapi cikgu kata, lepas Papa hantar dia muntah, dia ok je. Belajar ok, ikut cikgu nyanyi ok, main ok, makan pun ok. Alhamdulillah Mama relieved. Cikgu Sandra ada bagi satu surah untuk Mama baca, sambil baca letakkan tangan kat dada kakak sebelum pegi sekolah. Tapi mama lupa nanti Mama call cikgu balik tanya. Eh Cikgu Sandra ni nama penuh dia Sandrawati. Orang melayu Islam, pengetua tadika Syirah. Saja nak bagitau :P Balik sekolah naik van macam biasa, Papa ada tapi Papa spy dari jauh je. Nak biasakan kakak naik van sendiri. Mama balik kakak bagitau ”mama..mama..cikgu kata cuti 2 (sambil tunjuk 2 jari). Amboi suke ye. Bila tanya pasal skool, kakak citer sikit-sikit je. Mama paham, baru lagi kakak belum dapat kawan. Baru nak adapt.  Tapi selalu dengar kakak humming macam-macam lagu baru. Mesti lagu belajar kat sekolah kan. Hehehe.

Cari kasut sendiri
Hari ni hari Isnin, hari pertama di minggu kedua. Kakak bangun sendiri dan tak menangis. Kakak kata pergi sekolah tak payah minum susu atau makan sebab nanti takut muntah. Lepas tu kakak kata ’kan nanti kat skool cikgu bagi makan’. Ok ok... ape-ape lah anak, janji kakak nak pergi sekolah.

Papa dan Mama doakan semoga Kakak terus rajin pergi sekolah dan jadi anak yang bijak. Mama tak harapkan yang extravaganza, baru tadika je pun. Cuma nak ajar kakak berkawan. Much love from Papa & Mama. Happy schooling!


The proud Mama.


7 comments:

Ms Pearl said...

hehehehehehh firs time ye farah?

I pulak jenis sempoi tapi tegas. 2 HELAI MUKA SURAT bagi kat pengetua sekolah. apa yang boleh apa yang tak boleh. (gitew sekali)

pergi sekolah I bawakkan marissa bekal. karipap/goreng pisang/keria/roti berjem - tinggal meehun and mee goreng je tak bawak lagi heheheheheh

masalah nangis ke sekolah so far alhamdullilah takde.masalah nervous pun takde.

cuma tu la from time to time memang I call teacher tengok tengokkan marissa. and i make sure marissa punya seat kat depan sekali walaupun dia datang lambat ke sekolah! hamik sitew! over tak? hihihi

pergi balik daddy dia amik kira lega dah kat situew.......

p/s: syirah so cute in tudung :D :D :D :D and enjoy your school day syirah.....!!!!!! xoxoxoxoxox

~♥ OjaAmran ♥~ said...

seronoknyer anak-anak dah bersekolah..x sabar nak tunggu Zara pulak. Eh over!!! hehehe

Anis Rahim said...

Farah, bile bace ni, cam sedih pun ade....ter emo plak auntie anis pepagi ni...hehehe....moge syirah jadi anak yg cerdik dan berjaya....amin

mama-syira said...

Dear Auntie Hani,
sempoi? sila mengaku, jangan tak mengaku hahhaa. 2 pages do and don't, regularly call teacher. hehehe.. biasalah Hani, being a mother. thanks anyway... kalau ada any tips anak2 sila lah share :)

mama-syira said...

Oja,
memang seronok, yg over excited maknya.. tapi risau. huhuw. takpe takpe the time will come..nak tengok mummy Zara camne nanti hahaha

Anis,
insyaAllah doakan lah ye. Amin.
tak tau lah kalo aku citer memang orang akan emo ke ape? aku citer ngan lee chin, lee chin menangis berjurai2 airmata. hehe..
perasaan seorg ibu :)

Liza Hashim said...

pergh.. sayu pulak baca citer ni.. tk tau mcm mana qaleesya nanti.. bila hantar ke taska pun kalau dia nangis saya dah gi keje dgn berat ati.. ni ke skolah lagi la risau.. huhu..takut kena buli ke apa.. (boleh sampai ke situ fikirnya kan..)

mama-syira said...

Liza,
rasanya semua mak macam kita kan? cuma ada yg jenis tak nak tunjuk dan terang2 tunjuk. tunggulah turn liza pulak nanti ;) tapi kita dah kuat sikit. tgk syirah dah ok 2 minggu ni hehe