Sebenarnya dah lama Syirah mintak belikan Baby Alive (gara-gara iklan tv). Tapi hasrat nak membeli tu terbantut bila fikir membazir. Dah survey harga kat Sogo before, telan air liur juga lah untuk seekor anak patung. Seekor peginye kan.
Lagi pulak bila fikirkan orang kata tak elok ada anak patung kat rumah. Nanti malaikat tak masuk rumah. Lepas baca dan cari info, alhamdulillah boleh la beli untuk Syirah. Sedikit yang aku baca:
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak-anak patung aku di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila rakan-rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku.
Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja.
Minggu cuti krismas hari tu, kami semua adik-beradik ada pergi mandi sungai. Citer ni nanti share. Balik tu singgah la Empire Subang. Dah re-open. Harap-harap tak meletop lagi lah kan.
Konon singgah nak lunch je, konon lah kan. Tapi mengenangkan anak-anak, kami laki bini pun berdialog gini "nak kena naik tingkat atas ke Pa? Situ ada ToysrUs, Leh tengok Baby Alive". Papanye pun bagi jawapan tak supportive langsung "entah, ikut lah". Aduiyaii.
Aku sebenarnya dah nekad dalam hati kali ni nak beli jugak-jugak. Sebab kat Sogo dah survey sampai 4-5 kali. Survey banyak kali dengan harapan harga turun kan, ahhahaa. Masuk je ToysrUs tu, banyak pulak Baby Alive merata-rata, kalo tak beli memang saja lah kan. Rupa-rupanya Baby Alive ni banyak adik beradik ye. Baru tau. Kalo nak yang basic pun ada RM59.90. Kecik lah macam newborn gitu. Takleh wat ape, terlentang je lah kot. Hahhaa. Ada yang RM119.90 tu yang level kedua lah kot. Syirah jadik tak tentu arah dah. Mata dah bersinar-sinar macam nampak berlian dah.
Lama jugak dalam ToysrUs tu sebab belek satu-satu yang mana nak beli. Memula dia nak yang harga RM269 tu, boleh cakap 50 phrases. Makan, minum, pee, poop. Tapi muka dia tak comel sangat. Pastu ada jugak yang lebih kurang sama, tapi boleh cakap 30 phrases n muka dia lagi comel. Pujuk-pujuk dia beli lah yang ni murah sikit. Ok lah Syirah ni cakap sikit dengar lah dia kata ok Mama.
Ko tengok anak dara aku, tak ke kesian? Sampai gitu sekali. Aku ni lemah tengok camni. Harga yang ni RM199.90
Adik kipas ni pun jadik RM7.90 je. Tapi tak beli lah pun. Saje bagi dia main.
Abis kalau dah senyum lebar camtu, takkan tak dapat kan? Gembira lah dapat apa yang diidam-idamkan sekian lama. Tak sabar-sabar nak bukak dalam kereta. Tapi suruh dia sabar, bukak kat umah. Dalam kereta sempatlah tazkirah sikit, kata "Kakak, mama ngan papa dah belikan Baby Alive ni kakak kena dengar cakap papa, mama, opah, semua orang tau. jangan nakal-nakal, jangan buat adik, jangan mengada-ngada. Kalau kakak nakal, mama pulangkan balik baby tu kat kedai, ok?". Angguk kemain "ye lah". Adik dapat mainan lori yang masukkan shapes. Itupun boleh tahan gak harganya.
Tengah bagi anak dia makan. Adik pun sangat kusyuk tengok. Makanan dia ada 2 peket, kalau habis kena lah beli lain. Lepas makan/minum air, nanti dia pee n poo. Pampers pun dia bagi 2 keping je. So kena lah beli pampers lain. Takyah la kak. Biar je lah dia pee ke poo nanti mama tadah. Hahhahaa... habis stok yang ada tu, habislah kiranya.
Minum air pulak. Baby tu kata "mummy im thirsty". Pastu Syirah "alamak.. tadi kan dah minum, minum banyak-banyak nanti kencing lagi". Hahhaa..Aku pun time ni la kena brainwash dia sikit "ha camtu lah Mama jaga kakak, makan susu, tukar pampers semua".
Anak dia berak pulak. Bersungguh-sungguh tukar pampers anak. Ok lah kan belajar dari awal. Hehehe..
Tak rasa membazir beli sebab Syirah dapat:
Tak rasa membazir beli sebab Syirah dapat:
- belajar menghargai barang - jaga betul baby dia, bawak tido semua.
- belajar bertangunggjawab - bagi makan minum, tukar pampers.
- tak berani buat salah - takut baby kena pulang balik kat kedai
- sayang adik
Baby Alive ni kalau malam aku suruh switch off. Kang tak pasal-pasal bercakap pulak kan. Ada satu kali baby ni cakap "Mummy, where are u?". Syirah kelakar, dia cepat-cepat datang "ye lah ye lah kat sini" siap dengan geleng kepala. Hahahhahahha anak ooo anak..Selagi papa ngan mama mampu, boleh lah usahakan. Mama tak dapat semua ni dulu.
9 comments:
ha ha ha
takot kan..tetiba cakap..
alieyah masa mula2 dulu suka lah
ni..
kadang2 je dia pandang bb dia
"Biar je lah dia pee ke poo nanti mama tadah. " adoi kak, sakit perut aku gelak, tak pasal ko dah bercucu kak kihkih
wah siap makan minum, berak sumer... bestnya.... ada bau tak? hehehe
sama cam balqis punyer, tapi kat toy ur us murah sikit RM169, tu pun cam berpinar2 je mata nak bayar...mahal giler...
Super cute...My doter nak jgk..RM249.90..Tapi boleh jalan je.. :(
anak kita nak sangat Baby alive ni tp kat srawak ni tak pernah jumpa..boleh tak kalau kita minta pertolongan puan belikan dan pos ke sarawak?kita harap sangat boleh dptkan patung tu untuk anak kita..
anak kita nak sangat Baby alive ni tp kat srawak ni tak pernah jumpa..boleh tak kalau kita minta pertolongan puan belikan dan pos ke sarawak?kita harap sangat boleh dptkan patung tu untuk anak kita..
kalau puan boleh membantu sila emailkan kepada email saya : Uchu_Sigat_Aki@yahoo.com.my
assalam,klu ada sapa2 nk doll bby alive murah blh tgk kt fb Maryam Asmah,dia ada jual murah2 tp secndhnd pnya la,cndition cantik
Post a Comment