Advert




31 July, 2012

Go Green!

Terlupa betul nak buat entry ni. Ini tidak adil..tidak adil bagi Syirah. Nyanyi cam Yuna sket.

Karnival Go Green! ni anjuran Persatuan Tadika-tadika Daerah Klang. Tak wajib untuk join tapi apa salahnya experience kan Syirah dengan aktiviti-aktiviti camni.  Seawal 8 pagi hari Sabtu kami dah terpacak kat Taman Rakyat Taman Sri Andalas, Klang untuk acara ni.  Kami bertiga memakai baju hijau, sebagai warna tema karnival.



Mama pun excited nak pegi sebab dapat tengok ramai kanak-kanak comel. Masa ni teachers tengah arrangekan barisan, lepas tu mereka buat sikit performance. Tadika Syirah nyanyi lagu Burung Kakak Tua. Comel gile.

Cari Syirah?



Syirah jadi munge *_*



Dah selesai berarak, buat performance, baru dapat breakfast. Kakak suap adik nasi lemak. Syahdunye tengok gamba ni. Dah besar rupanya anak dara saya. Sobs.



Ada jugak booth-booth pameran contohnya, jenis-jenis nyamuk yang berbahaya. Macam yang mereka berdua tengah tengok ni.



By kul 11 am kami balik. Itupun acara tak abis lagi, tapi sebab dah panas. Mintak kebenaran teacher sebelum balik.  Satu acara yang menarik utk Syirah dan Irfan tambah ilmu.  Sekian, peliharalah alam sekitar kita. Hehehhee..


27 July, 2012

Mari melipat kain.

Bestnye dah ada pembantu untuk lipat kain kat umah. Tapi kena sabarrrr banyak-banyak la masa nak ajar tu. Sebab anak dara saya ni, cane nak cakap ha.. kalo buat keje tu nak perfect2 je. Silap sikit marah..gitu..

Mula-mula, belajar lipat seluar dulu.



Betulkan seluar dulu, yang terbalik di bawak kedalam.



Pastu lurus-luruskan yang berkedut tu bagi licin.



Ha tu kakak dah start la tu nak ngamuk sebab susah nak bagi lurus. Mamat belakang tengah jalan tu pun sibuk gak nak lipat :P



Lipat kaki seluar dari 2 jadikan 1.  Adik tu gelak-gelak ape yang kelaka? Kacau kakak nak belajar.



Pastu lipat lagi, kalau seluar tu panjang buat la 3 bahagian, kalau pendek 2 bahagian. Paham tak kak? "pahammm" kakak jawab.  Adik masih lagi gelak tak sudah hahahhaaaa buat lawak la tu.



Belah kiri, hasil kerjatangan kakak. Lulus!  Belah kanan, hahahhaha adik punya. Tu lipat ke LEPAT dik?

Hai lah anak..anak..



24 July, 2012

Donat Suria

Alhamdulillah 1st puasa tahun ni jatuh pada hari Sabtu bermakna hari cuti. Boleh lah nak masak-masak ke atau ada yang dapat balik kampung berbuka dengan family. Aku pun balik kampung gak walaupun hanyalah sekangkang kera je umah Opah tu. Tapi happy dapat berbuka ramai-ramai dengan mak & adik beradik.

1st puasa aku tak masak sebab adik aku dah masak tapi dia kata dia nak ayam golek. So gi beli je lah ayam golek kat pasar ramadhan (PARAM). Cipta sejarah tahun ni ramadhan pertama dah jejak param. Tapi tak masuk sampai dalam, papa yang pegi. Ramai sgt orang, tak kuasa.

2nd day puasa kena la masak, papa dah jeling tu siap request nak makan donat. Aiyoo tak penah ok buat donat sendiri, goreng yang instant penah la. Pagi tu pegi Giant dulu saje jalan-jalan sambil beli barang dapo sikit.  Irfan dapat songkok raya, dah pakai tanak bukak. Hahaha..


Yang si Papa beli menda alah ni.  Tiba-tiba je beli, ikut dan dia nak beli dia beli. Bila lak kalanya bulan2 posa nak buat BBQ. Sebab dia memang suka makan BBQ, raya nanti boleh lah kot.


Balik dari Giant, fenatnye letih mengelolakan anak-anak, kemas barang-barang hasil belian tadi. Bagi anak-anak makan, tido..dah aman semua baru lah ke dapo kita. Nak buat donat suria ni. Hahhaa.. first time buat kena la refer resipi. Resipi aku copy dari blog Syerah Omar. Senang bangat buat donat suria ni rupanye. Korang tiru je bulat-bulat method kat sini. DONAT SURIA.

Ni rupa selepas diuli dan ditekapkan acuan donat. Tak tau nape dinamakan donat suria, aku rasa sebab dia tak sama macam donat biasa. Donat ni luar ni rangup, dalam lembut. Korang cubalah sendiri kalau nak tau. hihiihi..


After half an hour, dah jadi naik gemok camni. Terus goreng tau. Macam aku dah siap awal kul 4, takkann nak goreng kan dekat waktu berbuka baru nak goreng cadangnya. Sekali donat-donat ni dah melekat antara satu sama lain. Bila nak amik utk goreng tu dah payah n tak cantik.  Pastu goreng dgn minyak sederhana panas. Aku tak tau, pi goreng dengan minyak panas betul so jadik lah gelap-gelap donat tu. Maklom la 1st timer :P Nak amik gamba after goreng pun malu sebab buruk hahahha.. lagipun sebab nak cepat masa tu dah kul 7. Nak gi umah Opah dah berbuka. Alasan.

Korang kalau nak buat takyah awal-awal, uli tu sekejap je tunggu dia naik gebu camni terus goreng.

Dapat la 30 ketul. Testimoni dari syirah, suami, opah dan adik beradik mengatakan bahawa donat ini sedap walaupun rupanya buruk. Ok nanti nak buat lagi bagi cantik.



Alhamdulillah Ramadhan kali ni dipermudahkan setakat ni. Semoga terus sihat, anak2 pun ok..dapat lah lebih beramal ibadat. 

20 July, 2012

Bulan merebut pahala.

Assalamualaikum semua.

Hari ni merupakan hari terakhir sebelum kita mula berpuasa esok.  Alhamdulillah syukur semoga dapat kita sampai pada bulan Ramadhan, seterusnya sihat & dapat beribadah dengan baik sepanjang bulan mulia ni.  Bulan Ramadhan kan pahala berganda-ganda, senang-senang untuk kumpul tapi malas jugak kita nak rebut kan?  Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik insyaAllah, semua orang pun doa yang sama.

Niat puasa, kalau terlupa.


Tahun ni plan nak training Syirah berpuasa. Walaupun umur dia 5 tahun hujung tahun, tapi tetaplah dah 5 tahun ikut kalendar. Dapat setengah hari puasa pun jadi lah. Rasanya setengah hari tu confirm dapat sebab pagi dia pegi sekolah. Kul 12.30 selalunya sampai rumah. Syirah ni bukan pemakan orangnya so takde masalah kot nak suruh puasa. Cuma dia kuat minum susu.  Tengok lah nanti nak pesan kat Opah, kalau dia tak mintak susu ke makan. Biarkan lah.  Dia dah tahu erti puasa. Dia kata "mama, nanti bulan puasa tak boleh makan ngan minum siang hari kan?". Tapi nak praktik kan tu bukan mudah ye tak?  Masalah jugak ni nak pesan kat Opah. Opah ni kan lain sikit sayangnya dengan cucu. Silap-silap Syirah ok je puasa, dia yang kesian tengok cucu suruh minum susu. Hai lah Opah... Dah besar rupanya anak aku, dah kena start puasa.  Semoga dipermudahkan semuanya dapatlah Syirah puasa.

Satu lagi masalah yang tak pernah selesai di bulan puasa ialah masalah balik awal.  Aku kan naik ketapi tanah melayu yang tak pernah improve service nya tu.  Tak tau lah cemana keadaannya nanti.  Nak masuk awal, kena hantar anak2 awal. Syirah ok lagi, bab Irfan tu aku lemah. Sebab hantar ke babysitter pepagi subuh tu. Sian sungguh la anak aku. Tapi kalau nak masuk cam biasa, balik pun cam biasa..alamatnya berbuka dalam train. I dont mind nak berbuka dalam train, berbuka kat umah pun bukan nak makan sangat. Tapi suami kan ada, itu kena fikir sama.  Mudah-mudahan ada tolak ansur boleh lah berkompromi dengan isterimu ini sampai lambat sikit. Sementara nak tunggu isteri sampai kalau dah masuk waktu berbuka tu, makan lah kurma ngan minum air dulu pastu solat maghrib. Kang isteri sampai, baru lah makan. Isteri pun maybe beli je lauk tinggal nak panaskan je. Hihi..sian isteri bekerja gini lah.  Tapi kalau weekend pastilah kena masak. 

Semoga dapat baca Al-Quran hari-hari. Niat nak khatam insyaAllah kalau dapat. Terawih kat umah je lah kan. Perempuan seeloknya sembahyang dalam rumah sahaja. Takyah la nak berbondong-bondong ke masjid/surau. Suami je pegi.

Itu lah serba sedikit plan untuk Ramadhan kali ni. Baju raya anak2 alhamdulillah dah settle. Yang lain-lain tu nanti lah (kuih raya, duit raya).

Selamat berpuasa semua. Semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadhan nanti diterima Allah swt.


19 July, 2012

Sedap mata memandang.

Gamba ada banyak, cerita pun banyak. Tapi takde mood nak berblogging. Plus, rasa keperluan untuk blog kan citer tu dah tak penting.

Btw, sekadar menghiasi blog harini.

Gaun Syirah. Mama terlampau suka baju ni, pusing tempat yang sama 2-3 kali akhirnya Mama beli juga. Syukur Syirah ada rezeki kamu.

Sweet tak baju ni?



13 July, 2012

Kuasa Social Media

Blog, facebook, twitter semua FREE kan?

Tengok bagaimana orang yang berniaga gunakan medium social media ni secara percuma untuk meningkatkan sales? 

Jom meniaga! Bisnes apa ek? Hahahha bisnes ape pun tak pikir lagi.



12 July, 2012

Perli.

Sms.
------------

Papa, nak beli handbag ni (mms gamba)

Oooo..berapa ratos?

RM890 hahahahaa..

Ok, beli 2. nak bagi mak 1.

Eleh, order kang

Ok lah camtu, tambah lagi 1. Nak bagi Syirah.

Huh..


#perli la tewwww...mencik!


Urbano e Fresco, Publika Solaris

Sementelah tak lama lagi nak puasa, mari kita keluarkan dulu gamba-gamba makanan sebelum terliur. Acara jalan-jalan cari makan ni pun dah lama berlalu. Baru nak upload gamba ha. Dah lama tak update blog lah katakan.

Urbano e Fresco ni restoran makanan Italy kat Publika Solaris Dutamas. Sikit2 Publika sekarang kaaann. Bukan apa, dekat ngan opis. Banyak kedai makan. Itu je sebabnya.



Ada jugak jual beraneka jenis jem. Jem yang sapu kat roti tu. Roti dan jem adalah buatan sendiri.


Sebenarnya kami pegi sini guna voucher Groupon. Beli masa offer kat Groupon dari RM50++ jadi RM19 sahaja seorang untuk 3 course meal.  Air je kena beli asing.

So memula datang la garlic cheese bread ni.  Sedap ya ampun. Banyak pulak tu. 3 pinggan camni dia bagi.


Kemudian, chicken wing pula menyusul.  Alhamdulillah sedap jugak. 3 pinggan jugak.

Pastu gamba spegeti aglio olio lupa nak amik, rasanya waktu tu dah terlampau kenyang sampai tak larat.  Nak makan pun sampai kuis-kuis nak habiskan. Kesian orang somalia kan..tak dapat camni.


Finally, dessert. Tiramisu kek. Sedap kawan-kawan.  Tak nyesal beli voucher RM19 dapat makan banyak. Kalau takde voucher, mahal. Alhamdulillah.


Kalau nak pegi sebelum puasa, boleh la pegi:
Urbano e Fresco,
D2-G3-3A, Solaris Dutamas (outside Publika),
Kuala Lumpur.

05 July, 2012

Irfan's Birthday - 2 tahun.

Muka teruja Irfan. Wuii kalau dapat tengok muka anak camni, tak tau camne nak explain feeling kita sebagai mak kan?


Birthday kecil-kecilan ni buat betul-betul pada hari jadi Irfan 12 Jun yang lepas.  Hari Selasa, hari bekerja. Tapi sebab makan-makan amongst family member je, takde la nak prepare apa pun. Kek dah tempah, Papa beli satay, buah-buahan, Opah buat pulut kuning berbalas rendang ayam, air Mama bancuh air ribena. Tu je. 

Excited Irfan dapat kek boboiboy. Feberet kartun character dia. Kek tu tempah kat kawan ofis punya kawan.


Kakak mengendeng sama nak tiup lilin.  Pastu sibuk tanya 'happy birthday Iyah bila?'. Berapa kali lilin tu pasang, tiup, pasang, tiup. Berebut nak tiup.



Happy birthday, Irfan. Semoga bakal jadi anak yang soleh dan berjasa. Mama doakan Irfan sihat selalu.


Hamek!


Macam tahun lepas, birthday celebrate sekali dengan Ayah Ngah. Ayah Ngah punya birthday 11 June. Selang sehari. Ingat lagi, masa Mama nak bersalinkan Irfan, Ayah Ngah la paling excited. Nak sama birthday ngan Irfan. Tapi takde rezeki, selang sehari. Ok la tu.


Opah buat pulut kuning sikit punya cantik. Sedap mabeles makan ngan rendang ayam. Banner belakang tu Mama buat sendiri. Hahahhaa..



Keluarga kecik kami ^__^



Tak sangka ye budak 2 tahun pun dah pandai hadiah. Kereta racing ni Ayah Cik bagi. Masa Ayah Cik bawak kotak ni dari luar rumah, Irfan dah lompat-lompat terus amik kotak kat tangan Ayah Cik. Siap cakap 'yeay yeay'. Padahal dia tak tau pun birthday ke apa. Emmmm materialistik budak2 zaman sekarang.

Terima kasih Mak bagi duit. Boleh beli baju raya. Haha. Terima kasih Opah buatkan pulut kuning ngan rendang ayam. Terima kasih yg lain sebab datang raikan birthday Irfan nak bagi dia happy je.