Advert




11 September, 2008

Syirah pun nak baju kurung

3 hari before puasa, nak jugak beli kain untuk buat baju kurung Syirah. Tema kami dis year adalah PURPLE so nak cari la kain cotton kaler purple kat Syirah. Opah kata dia bleh tolong jahitkan, setakat baju budak cenonet ok la kot. Tapi Mama dah anta kat tailor yang jahitkan baju Mama tu, sib baik kakak tu nak jahitkan. Opah takyah susah-susah.

Meronda kat Jalan TAR, masuk la Gulatis, Euro Moda (kain buat baju baby ada hati masuk kedai ni). Pastu jumpa la sejenis kain ni kat Harisons. Tak le mahal sangat. So beli la 1 1/2 meter.


Pastu Sabtu lepas plak, gi teman Mak Long Syirah nak beli baju raya readymade kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Orang ramai gile pastu baju banyak size dah habis ok. Sangat pantas diaorang ni beli baju raya? Tapi dapat gak la yang berkenan di hati. Sib baik Syirah tak mengamuk dengan keadaan orang yg bersesak tu. Mama tak bawak stroller, sebab sempit. Lenguh la kena dukung dia rasa nak patah pinggang. Mama tak beli apa-apa sebab baju raya dah ada. Sebab Syirah good girl, Mak Long belikan Syirah sehelai baju kurung. Siap try kat situ, sib baik la Syirah tak kisah. Sebab dengan panasnya. Haiihhh. Tapi....Yeayyy!! Syirah dah ada 2 pasang baju kurung! Satu kaler purple, satu kaler hijau+oren. Lihat lah -->

Thanks to Mak Long

Beria la budak kenit ni nak pakai baju kurung di pagi raya. Nak tepuk montot dia nanti. Hahahha.
p/s: Sebenarnye, Mama dia yang excited lebih.

9 comments:

Deqna said...

raya kat mana tahun nie?

mama-syira said...

tahun ni raya kat Kedah..hehee

mommy qareena said...

Wah, comeynye baju syirah...kerawang2 n petak2... brapa rege yg beli siap tu mama syirah? sbb rata2 survey rege dlm 40++ ke atas

mama-syira said...

mommy qareena,
kat kompleks pkns tu macam2 jenis kain.yg elok, mahal sket.kain licin (which i think tak sesuai utk baby), murah dlm rm30. yg syirah punya ni rm49 dpt rm40. itupun ada manik2. kira ok la kot ek.

precious innocent said...

psss... kat alam sentral lg morah...

btw, theme kita sama la..

hu hu

-mama emma

mama-syira said...

mama ryan,
ye ke? tak cukup kudrat la nak gi alam sentral aritu.zaman solo dulu semua tempat redah, ade syirah ni pepaham ler susah sket. ehe
tapi dah enuff le tu baju. takmo dah beli.

Zuhaini said...

aha.. baju syirah mcm baju alia la!!!! :)

saya mintak kurang, dia x bagi.. so kena la bayo 49 gak..

mama-syira said...

zuhaini,
ye ke? saya pun puas pujuk mintak kurang. ehehe sama la baju syirah ngan alia nanti. leh la amik gamba alia pakai baju tu nanti ye.

ummu Masyitah said...

salam perkenalan,wah tengok baju ni cantik..ingin pulak nak ada baby girl...