Advert




30 September, 2008

Balik kampung

Time ni Mama ngan Syirah dah selamat berada dalam plane. Balik kampung.... Papa, here we come. Hehehe..

Hopefully semua ok beraya pertama kali kat Kedah ni. Takut termenangis je sebab rindu kat suasana raya kat Klang.

Pada semua kengkawan yang masih bekerja, selamat bekerja dengan penuh dedikasi. Selamat hari raya ye. Maaf zahir batin pada semua.

Jumpa lagi lepas raya nanti. InsyaAllah.

28 September, 2008

Satay la pulak

Hari-hari berbuka posa dengan nasi boring jugak kan. So semalam bersempena dengan birthday Opah, kami pi berbuka posa kat Satay Kajang Samuri branch Bukit Tinggi, Klang. Satay merupakan makanan favourite Opah.

Dah lama tak makan ramai2 kat luar sebab selalu tak cukup korum. Ucu Syirah yang kat Sarawak tu dah balik ..so semua ada.

Yang paling kecoh of course Syirah la. Mulut bisingnya sampai semua orang pandang dia senyum2. Mama tak kisah.. janji happy. Ekekke.. Lepas makan terus balik le nak ke mana lagi kan. Semua dah kenyang alhamdulillah.

K lah nak gi iron langsir ni....bye..gamba2 from Mama's hp yang cikai so tak clear. Digi cam lupe bawak..sebab terbayang satay je...hahhaa

Syirah yang happy



Opah kusyuk makan, Ucu pantang orang nak amik gambo, Ayah Ngah jeling2 pulak


Mama and Syirah


Ayah Chik kekenyangan, Mak Long emmm no komen..ekekek

26 September, 2008

Ready Made

Memandangkan baju raya baru ada sepasang, so nak tambah lagi sepasang. Hari tu gi beli yang readymade punya kat Jalan TAR. Yang murah-murah saje..material kain tu, china silk. Kaler tu memang nak cari yg green apple sebab nak match ngan baju kurung Syirah yang hijau tu..heheh.. so apakah maknanya kena la cari baju Papa yg sedondon? Alasan....

Bagi menampakkan baju tu lagi vogue de vass...aku minta tolong kawan baikku yang kreatif lagi inovatif iaitu Cik Anis untuk hiaskan baju tu dengan manik-manik cam trend sekarang ni.


Ok la kan..baju dah murah, tambah sket manik..nah..dah jadi cantik (sila bagi peluang aku nak puji baju sendiri). Hasilnya sangat puas hati. Kemas je. Thanks Anis.. sape nak tempah leh anta kat Anis. Aku tak amik komisen.
Sebelum..



Selepas.. dah ada manik-manik kat tangan je


Kasi close-up sket..ha kan cantik kan..

Resipi biskut Mama Syirah

Atas permintaan Mama Emma, ni lah resipi biskut simple tu. Sila cuba jangan tak cuba..
Bahan-Bahan
  • Kacang Tanah (kalau nak lagi best almond/cashewnut, tapi ni bajet punye) 1kg atau ikut kesesuaian.
  • Cornflakes 1 kotak besar
  • Coklat masakan 2 bar
  • Chocolate rice/cherry/colorful biji2 tu - untuk hiasan
  • Mangkuk kertas (kecik-kecik tu)

Cara-Cara

  • Susun mangkuk kertas atas meja banyak-banyak.
  • Goreng kacang tanah/almond/cashewnut (tanpa minyak) - dibuang kulit dulu. Blender kacang tak payah hancur sangat.
  • Ramas cornflakes.
  • Campurkan kacang yang diblend tadi dengan cornflakes yang telah diramas.
  • Cairkan coklat masakan (letak atas air mendidih).
  • Tuangkan coklat masakan yang dah cair dalam mangkuk yang berisi kacang+cornflakes yang telah digaul tadi.
  • Gaul semua bahan-bahan ni.
  • Ambil sesudu dan letak dalam mangkuk kertas yang disusun tadi. Kena cepat-cepat takut coklat keras.
  • Tabur chocolate rice atasnya. (manik colorful pun ok)
  • Siap. NO NEED TO BAKAR DALAM OVEN. sebab tu senang. hehehe

25 September, 2008

Biskut Ferrero Farah

Sabtu lepas, datang mood rajin nak buat biskut raya. Lepas tidokan Syirah, lipat kain bla bla... start wat biskut ni kul 10 malam. Buat sorang-sorang huhu.. tapi mak pun tolong la sikit macam taburkan chocolate rice tu.. Kul 1 dah settle semua siap masuk dalam bekas.
Biskut ni memang simple sesangat. Takyah guna oven. Just biar sejuk sendiri. Ye lah, wanita bekerja dengan sibuk anak lagi. Cari la idea buat biskut senang-senang. At least gigih jugak nak buat biskut raya walopun SATU jenis je. Nanti balik umah mak mentua, bila tanya...ada gak la biskut yang buat sendiri. Bukan semua pakat biskut tunjuk je. Hehe..

Ni lah hasilnya


Terliur tak? Cam tak sedap je kan rupa dia? Tapi belum cuba belum tau...:P

Dah siap letak dlm tupperware

24 September, 2008

Brooch

Ramainya orang berkenan brooch aku ni. Padahal dah melambak jual kat Jalan TAR tu aku rasa. Masuk2 ofis je..semua tegur. Jumpa orang kat surau pun tegur.

Actually ni aku test je pakai. Benornya nak bagi mak aku. Aku takleh la pakai brooch ni. Sebab Syirah tarik-tarik..siap nak masuk mulut. Jawapannya...kim salam je lah. Nanti nak beli lagi untuk mak mentua pulak.

Ok la nak bitau harga dia RM14 je. Morah kan? Dah dah gi beli..


19 September, 2008

Model in the making

Kuikui..idok le nak jadikan dia model. Tapi dah dia sendiri boleh posing gitu. Cam tak caya je anak aku ni 10 bulan. Hai anak ..anak..

Pose manja Syirah sedang menggayakan baju gaun baru pemberian kawan Mama, iaitu Mama Rayyan Dhanial (dapat baju raya lagi).. hehe..

We love u Syirah.

Siap tangan ke depan tu..tak tahan..

18 September, 2008

Sedih n Syukur

Cerita #1

Kat jambatan nak ke Sogo tu selalu aku nampak ada kakak (orang Myanmar kot tapi cakap Melayu). Mintak sedekah. Muka cantik duduk situ dengan 2 orang anak. Sorang laki, sorang pempuan. Kecik2 lagi yang pempuan tu baru pandai jalan kot. Sian, tido pun baring atas kertas yg mak dia lapik. Seharian kat situ. Tengok anak dia, teringat anak sendiri. Syukur sangat Syirah dapat baring kat rumah.

Cerita #2

Tadi gi Sogo. Ada sorang lagi kakak Myanmar mintak sedekah kat jambatan tu. Jauh sikit tempat duduk dia dari kakak #1 tadi. Ni lagi sedih. Anak 2 orang jugak. Tapi yang kecik tu baru lepas pantang aku rasa. Sangat kecik. Sib baik mak dia pakaikan topi. On the way balik dari Sogo, hujan. Aku lalu kat jambatan teringat baby tadi. Mana dia pegi? Belum abis hati ni berkata, tup tup dia lalu sebelah kendong baby kecik tadi. Dia nak pindah mana ntah? Dalam hujan gitu? Baby tu sure basah kena tempias ujan..adoiii aku takleh nak elak la pikir pasal baby tu. Dari tadi... kesian nya dia. Sejuk2 camtu..tido atas pangku mak dia je.

Dua-dua perempuan ni tadi berganjak nak cari tempat lain untuk elak tempias. Kat mana? Tadi ujan angin kuat. Tempias gile..if only i can help. Aku cuma dapat doakan mereka selamat. Amin.
Aku sedih dan sian gileeeeeeeeeee kat orang tu!

17 September, 2008

Awat cheq?

Cehh..tetiba cakap loghat utara, mentang-mentang raya kat Kedah dis year.

Tak sabar nak raya sebab 1st time raya ada Syirah.

Tapi rasa tak sedap gak ni, 1st time gak raya umah parents-in-law, selepas bertahun-tahun hidup, ni lah pertama kali raya kat umah orang walopun umah mentua sendiri.

Harap-harap tak nangis le nanti (especially bila dengar takbir raya) huhuhu. Korang raya umah PIL first time cane? sedih tak?



Balik kampung ooo balik kampung (maapkan la saya yang jakun tak penah rasa balik kampung di hari raya ni ye).

15 September, 2008

Buka Puasa @ Bali

Last Saturday, seperti yang telah dirancang awal, akhirnya termakbul juga hajat kami nak berbuka posa sama2. Dah lama sangat tak jumpa so, akhirnya berjumpa sekaligus dapat berbuka posa kat Ole-Ole Bali dengan kawan-kawan study part time dulu. 2nd time makan kat sini this year, Puan Ila tingin nak makan kat sini katanya. Sedap tak Puan Ila?

Aku datang dengan Papa+Syira, Puan Ila dengan hubby, Hajar dan Farha masing-masing masih single but i think not available. Hehe. Syirah nampaknya sangat 'mesra alam' dengan auntie2 ni semua sebab dia sikit pun tak nangis, tak macam selalu bila jumpa orang tak kenal dia sure nangis. Siap landing baik punye kat Auntie Ila dia. Yang buat lagi tak tahan tu, sepanjang dok kat restoran tu, mulut dia tak benti2 memekik. Aduii agak memalukan tapi i dun mind lah. Tapi bila nak dekat kul 8 tu dia dah cranky, dah merengek sebab ngantuk. Biasalah, official time tido dia tu. Bila masing-masing dah settle makan, kami gi solat jap then sempat amik gambo. Lepas salam mmuuah-mmuuah, pastu masing-masing bawak haluan sendiri. Huhu. Bila ntah nak jumpe lagi kan. Masing-masing dah banyak komitmen.

Mama ngan Papa jalan-jalan jap kat dalam Jusco memandangkan Syirah dah tido dalam stroller dia. Bagi dia tido jap then pastu leh terus angkat masuk dlm keta. Sian Syirah, baru nak tunjuk dia lampu jalan tapi tido plak. Ekekke..maklum la dah nak dekat 11 bulan, baru ni la first time Syirah jalan malam. Akhirnya....

Tapi best la kuar aritu. Pegi tak jem, balik pun smooth je. Dalam sunway pyramid pun lengang, tak ramai. Tak sesak..waa best la jalan-jalan aritu dengan aman damai. Tanya staff kat situ, dia kata waktu siang, ramai gile orang sampai tak leh nafas. Oo patut la. Lenkali nak jalan malam lagi lah.

Ok la tu je laporan hari ni. Kesimpulannya, aku sangat hepi dapat jumpe kengkawan lama. Suka duka kita buat part time study hanya kita yang tahu. Rasanya nak jumpe lagi takyah bawak suami ngan anak. Macam tak puas aritu. Hehe. Adios.





12 September, 2008

Air Travel with Infants: Tips?

Tengah prepare flight travel dengan Syirah nanti. Kalo ada Papa takpe la jugak. Ni kami berdua je, aku sorang nak handle Syirah oohh.. So jumpa ni dalam website, hopefully dapat lah sikit ilmu.

If travelling with kids, especially flying, then:

1. Books - Carry reading books (new ones preferably), colouring books and crayons, and if you can afford a portable DVD player...its fantastic! -- kena bawak flash cards Syirah la ni.

2. Bathroom - Make your kids use the toilets before boarding the aircraft as they are spacious and much cleaner compared to the aircraft ones! Carry baby wipes as you will need them a lot in-flight for a quick wipe up. Be sure to put them in a place easily accessible to you throughout the flight. -- of course baby wipes mesti ada. siap2 tukar diaper dia lah before boarding.

3. Seat choice - Only choose bulkhead seats if your baby needs a baby bassinet. If not get any other seats in preference. My reason for this is that at the bulkhead seats the armrest cannot be moved, while in normal seats the armrests can go up. This is far better if your baby wants to lie down on the seat with her head on your lap. -- done masa buat booking aritu.

4. Food - Carry biscuits, water, juice & snacks for your kids. Also carry milk packets (the UHT small packets) yourself. Airline snacks run out in flight and milk is a shortage very often. The cabin crew should not be blamed if this happens - it's not up to them to bring milk. They have to see to over 400 passengers too! -- kena bawak banyak2 BabyBites le jawabnya.

5. Ear pressure - If your baby is on a bottle or breastfeeding, give them the bottle or the breast for take-off & landing. It's the best things for their ears and they will also be relaxed.If your child is big, then carry cotton or ask for earplugs as soon as you board the aircraft. Make use of them for take-off then save them for landing as the crew may not have any fresh ones left by then. This helps the kids tremendously if they don't know how to pop their ears. -- pepandai la tutup tinger Syirah nanti or bagi dia susu je.

6. Health - If your child has a cold please ensure you have seen a doctor before the flight to check if the child is fit to fly. Even if the doctor says it's OK, please use your judgment. I see kids flying a cold and they really are in a bad state for take-off & landing. It is extremely painful for them if they are all congested & blocked up and they cannot pop their ears. It is very dangerous to their eardrums too! -- hopefully sihat insyaAllah.

7. Bottle heating - If you ask the crew to heat up the baby bottle, please check the temperature of the liquid yourself periodically and don't depend on the crew. They are extremely busy and no-one is free even for 5 minutes to stand by the bottle. Crew can unfortunately forget about your bottle for a long time and most crew in Ecomony Class are not mothers themselves (as they are very young) so they do not necessarily know the right temperature for a child's feed.Crew are most willing to help you but please remember, they are extremely busy. -- ala we are their customer what? hehe

8. Rubbish - Get a carrier / plastic bag from the crew, to put your garbage in and keep your area clean. Carry fragranced bags to dispose of daipers and put them in the toilet bins. -- nak beli kat ne fragranced bags ni?

9. Clothes - Carry a change of clothes for your child ALWAYS and it is advisable to carry a change of top / t-shirt for yourself too. You NEVER know when you will need it... -- baju Mama pun kena prepare ni..dibuatnya Syirah vomit ke.

Kalau u ols ada experience or any tips, sila la share. Sangat dialu-alukan.

11 September, 2008

Syirah pun nak baju kurung

3 hari before puasa, nak jugak beli kain untuk buat baju kurung Syirah. Tema kami dis year adalah PURPLE so nak cari la kain cotton kaler purple kat Syirah. Opah kata dia bleh tolong jahitkan, setakat baju budak cenonet ok la kot. Tapi Mama dah anta kat tailor yang jahitkan baju Mama tu, sib baik kakak tu nak jahitkan. Opah takyah susah-susah.

Meronda kat Jalan TAR, masuk la Gulatis, Euro Moda (kain buat baju baby ada hati masuk kedai ni). Pastu jumpa la sejenis kain ni kat Harisons. Tak le mahal sangat. So beli la 1 1/2 meter.


Pastu Sabtu lepas plak, gi teman Mak Long Syirah nak beli baju raya readymade kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Orang ramai gile pastu baju banyak size dah habis ok. Sangat pantas diaorang ni beli baju raya? Tapi dapat gak la yang berkenan di hati. Sib baik Syirah tak mengamuk dengan keadaan orang yg bersesak tu. Mama tak bawak stroller, sebab sempit. Lenguh la kena dukung dia rasa nak patah pinggang. Mama tak beli apa-apa sebab baju raya dah ada. Sebab Syirah good girl, Mak Long belikan Syirah sehelai baju kurung. Siap try kat situ, sib baik la Syirah tak kisah. Sebab dengan panasnya. Haiihhh. Tapi....Yeayyy!! Syirah dah ada 2 pasang baju kurung! Satu kaler purple, satu kaler hijau+oren. Lihat lah -->

Thanks to Mak Long

Beria la budak kenit ni nak pakai baju kurung di pagi raya. Nak tepuk montot dia nanti. Hahahha.
p/s: Sebenarnye, Mama dia yang excited lebih.

09 September, 2008

Begini gayanya

My favourite activity is panjat katil. I love it sooooooo much!

Tapi Mama tak bagi dah. So, saya dengan happy dengar cakap Mama (nak amik hati). Saya kan budak baik? Hehehe..

05 September, 2008

Azam Ramadhan


Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk membentuk tabiat beramal - supaya apabila kita keluar dari bulan Ramadhan nanti hati kita senang pada melakukan ibadat kepada Allah swt serta menjauhkan tabiat-tabiat buruk yang menjadi kebiasaan.

Alangkah bagus kalau kita dapat membuat satu resolusi pada bulan Ramadhan ini sebagaimana orang membuat resolusi tahun baru tapi dengan sesuatu yang menjurus kepada pembentukan iman dan peningkatan amal. Rangkalah apa saja resolusi yang relevan dengan diri kita, samada hendak melakukan satu amal dengan istiqamah dan penuh iltizam atau untuk meninggalkan satu keburukan yang telah menjadi tabiat kehidupan.

Contoh-contoh resolusi:
1. Solat berjemaah di masjid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari
2. Solat subuh berjemaah di masjid
3. Solat tahajjud sekurang-kurangnya sekali seminggu
4. Solat dhuha setiap hari
5. Baca Quran semuka sehari
6. Menghafal setengah muka al-quran sehari
7. Mengamalkan ma'thurat setiap hari
8. Puasa sunat Isnin dan Khamis
9. Meninggalkan tabiat merokok
10. Meninggalkan tabiat suka mencarut
11. Tidak menonton rancangan TV yang buruk
12. .... dan seterusnya

Semoga kita dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan serta diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadat puasa seperti yang dikehendaki oleh Allah azawajal.


Source: from forwarded email.

04 September, 2008

Kuatkan iman

Ada external people call line phone bos ni, marah-marah.
Sejak semalam sebenarnya. Hari ni kol lagi. Kol je nak marah. Bukan setakat marah je, 4 letter word semua keluar. Cakap elok-elok tak boleh ke? Sah-sah ko tu orang ISLAM. Ko tak puasa ke pakcik? (i assumed he is a pakcik based on his voice).
Pa'kan la aku posa ni. Tadi pun tahap kesabaran aku dah nak meletup. Aku tinggi suara, nak je aku sound "u ni tak puasa ke?" . Eii bodohnya orang ni kalau aku jumpa nak je aku lempang. Ha kau.. terkeluar gak perkataan 'bodoh' yang dari tadi aku cuba cover.
Ko buat aku stress. Eiiii geramnye!!!

03 September, 2008

Bestnya cuti!

3 hari cuti dimanfaatkan dengan aktiviti bersenang-lenang (konon). Tak dapek la nak berehat, Syirah pun takmo tido sangat. Penat nak kejar dia sana-sini.
Hari Sabtu - gi kenduri doa selamat sempena menyambut Ramadhan kat umah kawan baik iaitu kawan seofis jugak kat Bukit Tinggi, Klang. Kak Balqis jemput gi umah maybe buat house warming sekali walopun dah lama duduk umah yang cantik dan besar itu. Hehehe.. Pegi ngan Papa, Syirah pastu bawak Opah sekali. Bestnya makanan sedap2. Kuih pun banyak. Harus ku terjah semua (teruknya bini sape ni). Syirah sangat behave bila kat umah orang. Duduk elok-elok tengok orang lain main. Emm..good girl.

Syirah ngan Opah

Good girl dengar cakap Mama kan?


Hari Ahad - lepas breakfast cekodok ikan bilis, semua orang siap-siap nak gi tengok umah kakak kat Kapar. Dia kan dah beli umah tu sibuk la ajak orang tengok. Tapi aku, Papa ngan Syirah tak pegi. Sebab kami ada plan lain...iaitu makan Pizza Hut di siang hari (sebelum esok nak puasa). Boleh pulak sama-sama cakap..nak makan ape ha? Tingin la nak makan pizza..pastu eh sama?? Kami pun keluar le lunch kat Pizza Hut, Giant. Service kat situ lembap nak mampus, terpaksa la menengking jugak kat budak waiter tu. Syirah dah boleh duduk kat high chair. Dia pun jakun la.. mulut pun bising asyik menjerit je. Papa hari tu takde mood sebab sakit kaki. Kebetulan masa berenti kat kedai Anakku beli safety gate Syirah, Papa ternampak kedai urut refleksologi. Terus kami singgah. Tapi kena la tunggu Papa urut 1 jam. Aku kena la bawak Syirah jenjalan..itupun dia dah boring. Papa kata best budak tu urut. Siap borak sakan ngan budak urut tu. Hensem wei budak urut tu.. (hahah sempat lagi).


Mulut bising la Syirah ni

Hari Isnin - puasa! bangun sahur kul 5 pagi. Malam tadi mak dah siapkan ayam masak lemak untuk sahur. Lepas sahur, dapat tido jap sebelum budak kenit bangun mengacau. Layankan dia, siapkan mandi ngan makan dia semua. Main-main pastu bagi dia tido. Dalam kul 2 petang tu, ajak Papa gi Carrefour kat Kapar. Papa tanya 'nak beli apa lagi tu?' Hehhe.. beli stok dapur la sayangku.. Beli susu Syirah, daging kambing (papa nak buat buka posa), sayur2, roti paratha, quaker oat, bla bla ... Balik tu hujan lebat giler. Kat area rumah ada ribut rupanya. Habis pokok banyak tumbang, rumah ngan keta ranap. Eii takut masa tengok tu. First Ramadhan Allah turunkan ujian. Mungkin ada hikmah. Alhamdulillah tak terkena kat umah aku. Malam tu berbuka ramai-ramai. Adik ipar pun datang buka sekali. Malam tu jugak Papa balik.. huhu..sedihnya. Ok la dah takmo citer. Tamat.

Dah ada pagar..dapur dah jadi restricted area untuk Syirah. haha

02 September, 2008

Coklat vs Kuih

Mana satu best?
Dua-dua pun best. Lagi-lagi kalau yang bagi tu orang yang special kan. Hikhik. Encik Azmi selalu bagi coklat Ferrero Rocher time dia balik. Kadang-kadang dia letak dalam beg aku, kadang-kadang dalam drawer. Oohh penah sekali, letak atas katil time aku balik Kedah. Encik Azmi memang suka wat surprise. Aku memang tak reti, kan penah mengaku dulu.

Jumaat lepas, dapat lagi. Tapi yang ni tak surprise dah sebab Encik Azmi dah kol awal-awal cakap "dah lama tak bagi coklat kat Mama kan?". Tapi tempatnya still surprise sebab masa balik keje bukak drawer meja solek tu ada coklat. Thank you! Mmmuah. Ok dah abis citer coklat.

- Siap kotak love..-

Kuih cucur jawa. Penah dengar? Aku pun sejak kawen dengan orang Kedah ni baru tau. Ni kuih orang kedah kot. Sedap, aku suka sebab mak mentua yang selalu buatkan. Time aku balik Kedah je, dia mesti buat. Kalo tak balik pun, dia kirim kat Encik Azmi suruh bagi aku. Kirim bukan sikit2, banyak ok. Tapi itu lah mak mentua aku rajin masak. Apa aku nak makan je, dia buatkan. Untung tak? :P

- Ni lah rupa kuih cucur jawa.
Dah abis makan separuh, kalo tak penuh -

Tima kasih untuk suami dan mak mentua ku. Dua-dua sedap!!