Advert




05 September, 2008

Azam Ramadhan


Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk membentuk tabiat beramal - supaya apabila kita keluar dari bulan Ramadhan nanti hati kita senang pada melakukan ibadat kepada Allah swt serta menjauhkan tabiat-tabiat buruk yang menjadi kebiasaan.

Alangkah bagus kalau kita dapat membuat satu resolusi pada bulan Ramadhan ini sebagaimana orang membuat resolusi tahun baru tapi dengan sesuatu yang menjurus kepada pembentukan iman dan peningkatan amal. Rangkalah apa saja resolusi yang relevan dengan diri kita, samada hendak melakukan satu amal dengan istiqamah dan penuh iltizam atau untuk meninggalkan satu keburukan yang telah menjadi tabiat kehidupan.

Contoh-contoh resolusi:
1. Solat berjemaah di masjid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari
2. Solat subuh berjemaah di masjid
3. Solat tahajjud sekurang-kurangnya sekali seminggu
4. Solat dhuha setiap hari
5. Baca Quran semuka sehari
6. Menghafal setengah muka al-quran sehari
7. Mengamalkan ma'thurat setiap hari
8. Puasa sunat Isnin dan Khamis
9. Meninggalkan tabiat merokok
10. Meninggalkan tabiat suka mencarut
11. Tidak menonton rancangan TV yang buruk
12. .... dan seterusnya

Semoga kita dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan serta diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadat puasa seperti yang dikehendaki oleh Allah azawajal.


Source: from forwarded email.

2 comments:

Anonymous said...

nampak rambut lah..mane leh..xsah..

mama-syira said...

baik lah ustazah